May 31, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 4 (FINALE 2)

Terasa agak lama tidak meng update. Penulis bercuti menulis selama 2 hari 2 malam d Cherating akibat demam labi-labi yg memaksanya menjadi lembab. Kali ini, btol. Benar. Tepat. The Grand Finale ! Kita akan menghabiskan cerita yg asek tergantung ni.. Muktamad ! Kita akan tiba di titik noktahnya pada hari ni. Kita akan mulakan hidup baru. Lupakan kisah silam yg menyimpan berbagai rasa dalam rencah kehidupan. Kita mesti bersemangat waja, berjiwa pesona dan berperibadi exora. muahahaha. Ok tuan2. Sebagaimana yg aku telah taipkan d entry yg lalu, Zali dan Zee adalah sahabat karib sejak kcik. Namun, mereka telah hilang perhubungan sejak 10 tahun yg lalu kerana kerja yg d terima oleh keluarga masing2.. Apakah kaitan perhubungan mereka dgn rancangan Zack dan Zana? Marilah kita sama-sama saksikan pengakhiran cerita ini. Jgn ubah channel anda. Nanti terlepas plak. Xde ulangan dh.. huahua. Zeus~


*************************************************



Sejak Zana asek sibuk dgn urusan nya, Zali mnjadi bosan. "Aku bosan dgn cintamu, aku rasa buang masa. Kau selalu mendustakan, cintaku." Zali bernyanyi sambil melompat2 anak d hadapan Nissan Fairlady nya. Tiba-tiba dia terjeling satu kelibat manusia yg pernah d kenalinya satu ketika dulu. Pompuan 2 sedang melompat2 juga. (xtahu kenapa) d hadapan 7E. Dia menghampiri pompuan 2 lalu menyapa nya, "Ni Zee ke?" pompuan 2 mnjawab, "Ye. Dan awak ni..." Bese la, dialog cite melayu. "Ni aku la, Zali. Zali mondok" (nama panggilan yg d beri oleh Zee kpd Zali. "Ooo, kau ke Zali. Lama nya xjumpa. Lu pe cer skang mat?" Seblom Zali smpat mnjawab, Zack kua dr 7E dan terus menyepak Zali. Dia tarik tgn Zee dan mereka pon berlalu pergi dr c2.. Zali yg tersungkur akibat d sepak, bersusah payah bgn dan membuat senaman meregang badan.(pelik btol Zali ni). Dia masih berfikir kenapa dia d sepak tnpa belas kasihan? Mungkinkah laki 2 balak Zee? Tanpa melengahkan masa, dia terus mengekori mereka.. Setelah Zack menghantar Zee pulang, dia terus pergi ke rumah Zana. Zali yg mengekori Zack sejak td, merasa curiga. Pe ke hey nye Zack jmpe Zana plak. Diorg pon pegi bersuka ria d taman permainan kanak2..(tmpat len full, bese la, cuti umum).. 


Zali masih berfikir, terus berfikir dan akan sntiasa berfikir. Mengapa Zana snggup berlaku curang terhadapnya sedangkan dia begitu setia, baik, sopan, tertib, pemalu, pemurah, pemberi duit kpd si Zana. Sungguh durjana  btol perangai Zana 2. Keesokan nya, Zali pergi ke rumah Zee untuk berbual2 kosong. Sedang asek bercerita, mereka tersentuh bab balak ngn awek. Zee pon story telling la sama Zali bgaimana, d mana, bila, dia boleh brknalan ngn Zack 2. Dia mntak maaf bg pihak Zack yg menyepak Zali tnpa sbb. Zali sebenarnya xsmpai hati nk bgtau Zee pasal Zack, tp setelah pikiaq pnya pikiaq, Zali pon habaq la kt Zee apa yg dia nmpk smlm. Zee kelihatan sgt marah dan kecewa serta terkilan d samping menyimpan derita bersama sengsara kerna dia terseksa d atas perlakuan Zack itu. Dia pon berlari ke tiang berhampiran dan memeluk tiang erat2. (mcm cite zaman P.Ramlee) Dia menangis tersesak-sesak kt tiang 2. Zali sgt kasihan melihat kawan nya yg malang 2. Untuk menenangkan Zee, Zali pon membawa Zee pergi ke Spa dan Sauna utk merehatkan bdn. Setelah itu, mereka pergi ke Spa dan Sauna lagi utk kali ke-2. hehe. Selepas puas ber Spa dan Sauna, mereka pergi ke kedai mamak utk pekena roti canai kurang masak dan teh tarik kurang manis. Tengah2 rancak bersembang, diorang ternampak Zack dan Zana melintas d hadapan kdai mamak itu. Zali yg melihat meluap2 la panas, lebih panas dari teh tariknya yg baru smpai td. Zee cuba menenangkan Zali dgn membeli eskrem tp Zali xnk. Dia nk McFlurry. Huh,sempat lg nk memilih. Tp xpe. Tanpa melengahkan masa, diorang mengekori Zack dan Zana. Zack mempunyai niat untuk membeli sebuah kereta dan sebijik lori dgn meletakkan nama Zee sbgai penjamin dan Zana pula ingin membeli tanah dan sebuah resort dgn mencagarkan harta2 si Zali.. Seblom ini, Account milik Zali telah d ubah nama menjadi milik Zana. Begitu jugalah dgn Account milik Zee berpindah milik menjadi milik Zack. Jadi mereka tiada masalah utk meletakkan nama Zali dan Zee sebagai penjamin mereka. Sape x berbulu kan. Suma org pon ada bulu. Tapi bukan 2 yg kita nk cita kan. Org bg duit utk masa dpn yg lebih gemilang, tp diorg nk abeskan duit konon nk buat satu pelaburan.


Zee dan Zali pon berfikir. Setelah lima jam setengah diorg punya pikir, akhirnya Zali keluar dgn satu konklusi. Mereka ingin mengenakan kembali pasangan Zack dan Zana 2. Mereka mengatur satu temujanji d tempat yg sama, hari dan masa yg sama, d sebuah kedai makan yg terletak d tgh2 kota metropolisi. Pasangan Zali dan Zana tiba terlebih dahulu sebelum Zack dan Zee tiba. Zack dan Zana terkejut kerana mereka berada d tmpat yg sama. Tp xpe la. Diorg buat2 xknal je. Kalau ada peluang, pasti mereka bermain mata. Terkenyit-kenyit lebih dr orang sakit mata. Menyampah btol Zali yg melihat. Selepas habis mkn, Zali pon buat2 la jumpa dgn orang2 kenamaan. Begitu juga dgn Zee. Jadi hal ini memberi peluang kepada Zack dan Zana utk blah dari c2 menggunakan kereta Zali. Zali yg sudah dpt mengagak hal sedemikian akan terjadi, telah meminta bantuan daripada polis bantuan. Zack dan Zana pon mula gerak dari c2. Ketika sedang sedap memecut 380 km/h, Zack tiba2 terbersin dan hal ini menyebabkan kereta yg d pandu sebegitu laju hilang kawalan. Kereta yg sedang laju itu terbabas masuk ke kandang kambing dan menyebabkan ramai kambing hilang anak kerana mati d langgar. Selepas itu, kereta itu termasuk dlm reban ayam berhampiran dan mengganggu persenyawaan yg sedang ayam2 itu lakukan. Oleh kerana kereta masih lagi laju dan tiada arah tuju, Zana ingin trjun dari kereta melalui tingkap. Zack yg gelabah kemain ni, terus menekan pedal minyak agar kereta itu menjadi lebih laju. (Zack akan mnjadi bengap ketika panik) Kereta itu meneruskan perjalanan nya, ke kandang lembu. Lembu2 yg tgh syok memerah susu mereka sendiri terperanjat lalu memancutkan susu mereka kpd kereta itu. Akibat dahaga, Zack membuka tingkap dan sempat meneguk seteguk dua susu lembu fresh. Namun, kereta itu tetap tidak dpt d hentikan. Setelah bermacam jenis kandang dan ladang yg d lalui, akhirnya kereta itu mulai slow sebab Zack baru prasan kereta itu mempunyai brek cakera bersalut timah lalu tnpa melengahkan masa, Zack pon menekan brek tersebut. Huh, akhirnya berhenti pon kereta tersebut, d tgh2 balai polis. Polis bantuan yg d upah oleh Zali tadi, tercungap2 ketika sampai d balai polis kerana dia mengekori kereta itu sambil berlari. Zack pon menyerah diri namun baru dia sedar, Zana tidak lagi berada dlm kereta itu.






************************************************




Zana membuka matanya perlahan-lahan. Sakit sekali badan nya terutama pada bahagian pinggang.. Ada lampu, ada selimut putih, ada titis air yg menitik, ada orang yg mengusungnya.. Adakah aku telah mati? fikir Zana. Tiba2 dia d kejutkan dgn satu suara. "Awak dh sedar?" Zali yg mengutarakan soalan itu kepadanya. Zana sekarang berada dlm wad bersalin. Oleh kerana wad lain telah penuh, jadi utk mengelakkan kesesakan, Zana terpaksa d tempatkan dlm wad bersalin. Dia pon mencari2 kiri dan kanan, di mana Zack. Zali bgai tahu apa yg bergelora dlm jiwa Zana, lalu Zali mnjawab, Zack sedang berehat d rumah selepas d ikat jamin oleh Zee dan Zali. Zana cuba bgn utk berdiri namun dia tidak merasa kakinya. Dia angkat kain, ada je kaki. Dia pon turun dari katil, utk berjalan. Namun dia terjatuh, tersungkur, tersembam, dan terkencing d c2. Zali tidak membiarkan saja, dia terus memapah Zana ke bilik air. Zana termenung sendirian d katilnya selepas diberitahu yg dia telah lumpuh secara kekal dari bahagian pinggang sehingga kuku ibu jari kakinya. Zali masih lagi setia menunggu Zana ketika orang lain tiada seorang pon yg dtg menjenguknya. Setiap keperluan yg Zana perlukan, pasti Zali akan sediakan. Selepas itu, Zana d tukar ke wad 1st class. Zana merasa bersalah dan terharu yg xhengat pd Zali. Walaupon dia telah memberi tahi kpd Zali, namun Zali masih membalas dgn memberi bunga kpdnya. Setiap hari Zali akan menemaninya dan memberi kata2 semangat agar Zana tidak putus harapan utk terus hidup. Sehinggalah suatu hari, Zack dtg menjenguk Zana bersama Zee. Zack kelihatan sangat kasihan memandang Zana dlm keadaan sedemikian rupa. Tanpa berkata walau sepatah, Zack ingin keluar dari bilik itu, tetapi. Zali akhirnya bersuara..


" Sedangkan pungguk sentiasa merindui bulan walaupon bulan tidak boleh utk menerimanya sebagai pasangan.  Inikan pula kita, manusia. Yang punya akal fikiran utk membezakan baik dan buruk. Zana merindui kau. Dia perlukan kau, bukan hanya ketika senang. Ketika susah, ketika kuat, ketika lemah, ketika berupaya, ketika xberupaya. Walaupon cinta korang berlandaskan harta namun dia sayangkan kau bukan kerna harta. Engkau merupakan satu2 nya harta yg dia ada atas dunia ni. Walaupon aku sayangkan Zana lebih daripada segalanya, tp aku xboleh ubah hati seseorang kerana harta. Orang yg dia syg, kau Zack. Kau temanlah dia, bimbing dia, bknnya bawa dia ke lembah dosa. Biar muka xensem, asalkan peribadi jgnlah hodoh " Zack terdiam mendengar ceramah Zali tadi. Mungkin kerana hatinya sedang berkecamuk, segala apa yg d ucapkn td tidak boleh memberi kesan kepadanya. Zack tetap blah dr c2.. Meninggalkan Zana menangis teresak-esak. Zana sudah tidak mampu utk mengejarnya. Zana hnya dpt mengenangkan kembali memori ketika mereka bersama. Walaupon sekejap, namun Zack lah org yg pertama yg Zana btol2 cinta. Bukan kerna paras rupa, harta, tetapi sbb Zana dpt melihat diri Zack yg sebenarnya. Zack mempunyai byk tabiatnya yg org lain xpernah tahu. Dia suka bekerja, mencari duit dan menyimpan utk masa dpn. Zack juga selalu bersedekah kepada org2 miskin, menggunakan wang gaji yg dia peroleh ketika kerja. Dirinya sendiri tidak punya apa2 harta kerana ayahnya seorang penagih dadah dan ibunya bekas pelacur. Duit yg dia peroleh dari Zee, sumanya dia simpan dan xpernah lagi menggunakannya walau sesen pon. Satu hari nti, dia pasti pulangkan semula duit itu kpd Zee. Tanpa Zana sedari, Zack lebih awal mencintainya seblom Zana mula menjalankan rancangan ni. Tapi Zack tahu, jika xberduit, Zana tidak akan rapat dgn nya. Sbb itulah Zack buat2 join Zana dlm rancangan ni padahal dia hnya ingin sedarkan Zana yg harta bukanlah segalanya. Zana telah berjanji kepada dirinya, yg dia akn terus menunggu Zack sehingga nyawanya d ambil kembali. Sementara itu, Zana telah meminta tunjuk ajar daripada Zali mengenai keagamaan dan dia btol2 ingin berubah.. Alhamdulillah...


Enam tahun kemudian, Zali dan Zee pon bersatu sebagai pasangan suami isteri yg sah. Sekali-sekala mereka akan menjenguk Zana yg tggal bersendirian. Walaupon dirinya serba kekurangan sekarang, Zana tidak berputus asa. Dia sudah memiliki perniagaan sendiri dan terus melakukan ibadah tnpa merungut akan apa yg telah berlaku. Sehingga sekarang, Zana masih lagi menunggu Zack. Mungkinkah cinta mereka akan bersatu suatu hari nanti? Sekian daripada penulis.. Selamat Membaca ye anak2. Dah ponat menulih, nk tido lah. Lega dpt abiskan cerita ni.. Semoga anda terus bersama CERITERA-SEHELAI-KERTAS pada hari2 yg lain. Sama2 kita amek pengajaran drpd cerita ni. Jika ada persamaan watak atau kejadian itu hanyalah kebetulan sahaja.. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Ok? bye syume  ^.^




p/s: Jika ada sebarang bantahan @ ketidakpuashatiaan, let me know k? 

   

May 29, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 4 (FINALE 1)

Sedar xsedar, dh smpai ke penghujung nya. Aku sebenarnya sayang nk abeskan cerita ni. Ceyy, mcm J.K. ROWLING la plak. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan pasti ada kesedihan. Setiap kesedihan pasti ada hikmah nya. Setiap hikmah pasti ada kelebihan nya. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan nya. Setiap kekurangan pula pasti ada keistimewaan nya. Sepanjang aku menulis cerita ni, aku jd terlalu penat. Penat utk mencipta, menjiwai, melayari, merentasi, melepasi, memahami, menghayati, memasuki, dan mengkonklusi kan segala aspek dlm segenap plot-plot cerita ni. Padahal xde plot pon. Sampai kekadang aku tertidur ketika menulis. Bunyi mcm penulis sejati.(agak melebih2 ye)  Tapi bkn ape, aku ingin memahami diri aku sndiri dgn menyelami perasaan sndiri ketika menulis entry ni. Kepada yg xsuka nk baca, ada aku kesah?? muahahaha. Aku hnya serangga d taman belantara. Aku terlalu suka utk mencipta sebuah kehidupan dlm masyarakat kontemporari zaman skang. aisehh.. Jadi, kepada yg berminat nk baca ape yg aku mengarot ni, silakan lah.(baca la dr part 1 k) hehe. Den xkesah jang oi! Asalkan jgn disamakan cerita aku dgn mana2 cerita sbb ni sebenarnya adalah kehidupan rekaan aku aje. Begitulah perasaan penulis-penulis novel agaknya kan. Terpulang la kalo korg rase aku ni jiwang karat ke ape, tp aku adalah aku. Yg xbpe nk btol dari dulu. wahahargh.. Haish. Sudah2 !


Berbalik kpd bagaimana ending cerita aku ni. Untuk menjadikan keadaan lebih rumit, sebenarnya, Zali dan Zee Eve adalah sahabat karib dari kecik. Haa, tuu dia.. Bagaimana kisah ini akan berakhir? Apakah rancangan Zack dan Zana? Nantikan endingnya yg ntah mcm mana nti. Semoga ia seperti yg anda semua harapkan.. =)) Sebab ape aku xtulis bg abes je? Sebab esok ada kenduri daa.. Kena tolong. Aku kena tido awal. Kawan aku dh gatai nk menikah. hahaha. Alhamdulillah, dh bertemu jodohnya. Kita bila lagi? Tunggu je la ye anak2.. Jadi, teroskan setia bersama CERITERA-SEHELAI-KERTAS pada hari2 mendatang. Jom tido ! Zass~

May 28, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 3

" Jgn kau pandang, bibir yg manis. Kerna dia bisa menghancurkan. Jgn kau pandang wajah yg indah, kerna dia bisa meracun mu.. " Pesanan melalui lagu oleh abang RAMLI SARIP kita. Kebanyakan pemuda pemudi zaman teknologi berirama sensasi skang ni, hnya nampak satu benda, yakni HARTA DUNIA. (termasuk la juga yg sedang menaip ni). Sebenarnya, apa yg aku ingin kait kan ialah bgaimana Zana berhasil memperdaya Zali dan mengaburi mata Zali dgn kecantikan luaran yg dia ada. Sesungguhnya kecantikan luaran akan lenyap dalam sekelip mata saja tuan2.. Mcm penceramah bertauliah plak rasenye. Emm, sebagai cntoh. Jika muka si cantik tertomoih tersembam dkt lantai simen lepas tersadung bendul pintu, anda rasa bgaimna dgn hidungnya? Bgaimna dgn giginya? Bagaimna dgn kucingnya yg tgh lapar? (xde kaitan) Ya, sbb itulah jgn terlalu mudah hanyut bila memandang wajah yg indah seblom mengenal peribadi seseorang itu..

Jadi, marilah kita sama2 melihat, mengikuti perkembangan abg Zali malang kita ni. Seblom itu, ingin aku ingatkan kpd pembaca sekalian, andai nama2 watak dan jalan cerita ini bersangkut paut dgn anda ataupun sahabat anda, jgn lah d amek port sgt. hehe. Sbb cerita ini hnyalah imaginasi seorang hamba Allah dlm usahanya untuk meningkatkan ketakwaan kpd Allah.. Berbalik kpd Zali. Setelah menyedari akan kekurangan dlm perhubungan mereka itu, Zali mengambil tindakan yg drumstick drastik utk bersuara menuntut keadilan yg saksama bg dirinya.. Zasss~


********************************************


Suatu petang yg damai, Zali d lihat menanti seorg teman, sape lg kalo bkn cik Zana.. Punya la baiknya si Zali ni, tggu smpai berpeluh-peluh ketiak rilek je. Mmg penyabar orgnye. Setelah hmpir dua jam, Zana pon tiba dgn melenggang kangkung, kangkung tepi telaga. Diorang pon pegi la mkn kt hotel. Mana mau tempat cikai2 ni. Xstandard la kan.. Sewaktu mkn 2 la, Zali jadi serba serbi. Nak d luahkan, takot Zana pikir yg bukan2. Kalo x diluahkan, ke mna nk dikongsi perasaan nya itu.. Akhirnya, Zali luahkan juga apa yg terkitab terbuku dlm hati. Habis semua peristiwa, semenjak awal pekenalan mereka, Zali ungkit kembali. Apa yg dia rasa, brape kali dia terasa, bagaimna dia x terasa, bila yg dia boleh merasa. ehemm.. So, last skali, Zana hnya membalas dgn satu ayat sahaja.. " Awak nk tinggalkan saya ke? " sambil mula mengeluarkan air mata palsu berguguran jatuh ke pipi mulus nya. Zali memaling muka, memandang ke arah yg lain. Baru sebentar tadi dia nekad untuk meninggalkan Zana tetapi setelah melihat air mata itu, seluruh tubuhnya mnjadi lemah. Hatinya menjadi sayu, jiwanya merintih hiba, perasaan nya meronta-ronta. Jauh d susut hatinya, ingin sahaja dia memeluk tubuh yg bergetar, teresak-esak menahan tangisan itu. Tapi dia masih ingat, belom muhrim.. Selepas mereka pulang pd mlm itu, Zali xboleh tidur. Jadi dia pon menari, (xde sebab) "Ku ke kiri, kau ke kanan, kita maju ke hadapan" lagu Adam dan Stacy menjadi pilihannya utk menari bersungguh2 pd ketika itu. Masih juga, resah d hati belom dpt d kurangkan. Apa lagi setelah membaca mesej Zana yg bertaip " Terima kasih ats sumanya. Selepas saya dh mula sygkan awak, awak pegi tgglkn saya. Saya xkn lupa. " Namun itu semua adalah ideology Zana semata-mata dlm mmbuat Zali mnjadi serba salah dan terus brsama dgn nya kerana masih byk lg benda yg dia inginkan melalui harta Zali ni. Tetapi lain pula bg Zali, mungkin kerana hati yg telah d asuh agar tidak berprasangka buruk terhadap org, dia akhirnya mengalah dgn perasaan nya itu. Itulah dia bgaimana murninya hati Zali sehingga x bertempat. Kita tggalkn dlu Zali dan Zana. Kita lihat pula bgaimna kisahnya si Zack.. Zasss lagi~ 


********************************************


Zack ni terkenal dlm kuliahnya. Bese la, punyai rupa paras yg segak, tampan, macho dan smart. Ramai la peminat rahsia dia ni. Tapi sbb dia ni seorang player, xramai pula yg berani rapat dgn dia. Ada la sorang minah ni, muka leh tahan comey, cucu bekas menteri perdagangan dan mendagangkan, juga merupakan antara yg ter loaded la dlm U 2.. Setelah menyiasat latar belakang yg diberi nama Zee Eve ni, Zack pon melancarkan plan A. Perhatian, Zee ni bukanlah ZEE AVI, (semalam i call u, u x answer) 2 ye. Ha, Zee ni bukan juga yg jenis menggedik xtahwan hala. Walaupon dia kurang ilmu agama, kerana kedua ibu bapanya xpernah nk mngajar dia utk melakukan apa2 ibadah, namun dia berminat dan sentiasa bertanya kpd kwn2 yg lebih tahu. Ramai lelaki yg takot nak rapat ngn Zee sbb dia ni pendiam dan digelar makhluk misteri oleh budak2 yg lain. Tapi dia buat derk je pe org nk ckp. Dia cuma ingin belajar dan terus menimba ilmu demi masa depan nya sehinggalah.. Zack hadir dlm hidupnya..

Zack juga merupakan pelakon pakar yg berjaya menipu semua mata kasar yg melihat. Zack tahu Zee berminat dgn ilmu agama cuma xberkesempatan utk mempelajarinya dgn lebih mndalam. Jadi Zack pon berpura-pura menjadi seorang lelaki yg pemurah dan baik hati serta kuat ilmu agamanya. Ketika satu ceramah d adakan d dewan U tersebut, Zack telah mngikut gerak geri Zee lalu muncul d hadapan Zee yg sedang dlm perjalanan ke dewan tersebut. Zee tergamam kerana belum pernah ada lelaki yg dekat dgn nya seperti itu. Zack mula menyapa dan mengajak Zee ke dewan bersamanya. Pada mulanya memang Zee mempunyai rasa curiga terhadap Zack yg tetiba sahaja menegurnya. Tetapi, lama kelamaan, Zee merasa selesa bersama dgn Zack sbb Zack ni ckup pndai amek hati org, lucu bebenor, dan dlm stiap percakapannya dia akan selitkan elemen2 agama yg berkaitan dgn topik yg diorg sembangkan. Huh, sape yg xnk laki cmni. Aku pon nk. Muahahaha. Kawan2 Zee sudah puas menasihati Zee agar jgn terlalu rpt ngn Zack 2, tp Zee ni degil. Selagi dia xrasa bersalah membuat sesuatu perkara, dia xkn dgr ape yg org lain ckp. Ketegaq ngat aih. Hem, jadi hubungan mereka pon semakin akrab dari hari ke hari. Hoho. Kita fast forwardkan sket ye. Banyak2 bkn nye korg bace pon. (malas nk menaip). Semakin hari, Zack mula menunjukkan belang nya. Pada awalnya, Zack yg belanja mkn, minum, tgk wayang, tp cuma utk satu minggu sahaja. Selepas itu, setiap hari Zack akn meminta wang daripada Zee. Zee ni pon ala-ala bengap la jugak, bila dh sayang 2, kena la jaga katanya, jadi, dia pon bg je bila Zack mintak..

Zack dan Zana selalu berjumpa ketika mereka xbersama pasangan masing2. Tym 2 la diorg joli sakan hasil drpd cinta tipu mereka. Senang kan hidup kat dunia ni? Asalkan mempunyai pakej yg lengkap utk membuat org jatuh hati.. Sehingga satu hari ni, mereka telah sepakat untuk mengerjakan harta dua hamba Allah yg xbersalah 2 secukup-cukupnya. Apakah rancangan mereka? Saksikan episod akhir cerita ini pada entry yg akan dtg.. Penaip sudah penat nk berfikir. Berikan dia masa ya. muahahaha. Maaf la kalo cerita ni membosankan. Spe soh korg bace. hehe. Ape pon, kita tggu post finale yg akn d tayangkan pd bila2 masa. Hanya d CERITERA-SEHELAI-KERTASSelamat Hari Gawai  

MyEm0.Com

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 2

Huh, begitu awal sambungan cerita ini ya. Para pembaca jgn riso sbb ini bkn rancangan TV atau komik MANGA yg anda kne tggu seminggu, dua minggu, mahupon sebulan untuk mengetahui sambungan seterusnya. Haa... Pengarang cerita ini menyayangi anda yang sntiasa mnyokong, membackup, menahan, menyorak, dan mengkritik hasil2 nukilan nya. Jika anda suma prasan la kan, nama2 watak dalam part 1 tu, suma bermula huruf Z.. Kenapa agaknya? Anda ingin tahu? Teruskan bersama CERITERA-SEHELAI-KERTAS sepanjang minggu ini okeh ! Dan jgn lupa, janji temu bersama penulis blog ini pada setiap tgh mlm, tiap2 hari. hohoho. Mari2 kita sambung kembali kisah yg menyayat hati ini.. Seblom 2, pembaca jgn konpius eh. Ini baru cite sal Zana. Zack blom lg. Mungkin agak mngelirukan jika aku meletakkan sesuatu masa atau tarikh, jadi, terpulanglah kpd pembaca sekalian nk anggap bila2 pon. huehue..


***********************************************

Setelah hampir tiga minggu Zana d rawat d hospital berkenaan, keadaan lututnya beransur ok. Jgn terkejut ya, Zana merupakan anak asuhan d rumah anak2 yatim kerana ibu bapanya telah meninggal dunia ketika mereka sdg nyenyak tidur (kena heart attack daa dua2). Mungkin kerana kekurangan kasih ibu dan bapa membuat Zana memandang harta lebih pnting daripada segalanya. Sbb itulah juga, tiada saudara mara yg datang menjenguk Zana sepanjang masa rawatannya selain drpd hero kita ni, Zali. Dalam masa tiga minggu sahaja, Zana telah berjaya membuat Zali jadi Syiok Sendiri. Walaupon penat, tp tiap2 hari Zali akan berulang-alik dari kuliah, ke hospital, kuliah ke hospital untuk menjenguk Zana. Kalo ikotkan, boleh kurus si Zali ni. Malangnya, nafsu makan nya xpernah nk hilang. Op, op, jgn slh sangka. Zali ni bkn jenis yg mkn xhengat dunia, dia hanya mkn ketika lapar dan berhenti seblom knyg. Bdn dia mcm 2, adalah mslh genetik yg d warisi drpd ayahnya. Jadi boleh la gamaknye kita troskan bcerita ye.. Em, walaubagaimna pon,Zali ni mempunyai satu tabiat buruk. Dia terlalu mudah mesra dan rapat dgn seseorang tnpa menguji kejujuran org tersebut. Tidak salah jika mahu mesra dgn suma org, bak kata BOB AF tu, tagline dia yg berbunyi MESRA~.. Namun harus d ingat, bkn suma org punyai hati yg ikhlas dan jujur.. 

Zali telah mula merasakan yg dia ngn Zana ni mempunyai chemistry apabila bersama. Pnye la perasan si Zali ni, tp xpe la, dia hnya ber monolog dgn dirinya sahaja.. Setelah doktor mengesahkan yg Zana sudah sehat sepenuhnya, Zali pon membawa Zana pulang ke rumah sewa Zana yg mempunyai penghuni seramai lima orang yakni sahabat2 U jugak la. Zana tau, jika dia terus mndampingi Zali, mungkin Zali akn perasan akn niat buruknya itu. Lalu Zana mngambil kputusan utk buat selamber badak je ngn Zali selepas itu. Buat2 jual mahal la pulek. Padahal da abes discount dh dia 2. muahaha. Yang si bangang Zali ni jadi tak tntu arah. Bila mkn, nmpk muka Zana dlm pinggan. Bila mandi, nmpk Zana tgh skodeng dia mndi. Bila main golf, nmpk muka Zana dlm lubang golf. Pendek kata, suma yg dia buat slpas berpisah ngn Zana, suma xmnjadi. Sampaikan bapak Zali ni pon pelik. Buang tebiat ke anak aku ni, kata bapaknya dlm hati. Sbb bila dia suruh Zali bg mkn kucing, dia pegi bg mkn anjing seblah umah. Keadaan Zali makin kritikal dari hari ke hari. Sehinggalah suatu hari, selepas selesai solat isyak berjemaah dgn bapak nya, Zali menerima skuntum sistem pesanan ringkas SMS daripada Zana. Berbunyi " Terima kasih awak. Saya nk jumpa awk nti. boleh? ". Pergh, si Zali ni punya la tonyoh gosok mata ngn telinga pkai dawai gosok periuk utk memastikan apa yg d lihatnya adalah benar belaka. Setelah melecet mata dan telinganya, barulah dia tersenyum kegirangan. Dengan jari sepantas kilat dia mula menaip, " Salam. Awak sehat? dh xsakit kn lutut 2? saya pon sehat. Sama2, saya sekadar membantu saje. Bila awk nk jmpa saya? boleh saya amek awak.. " Org tnya sikit2, dia balas nk pnjg je. Adoi, Zali, Zali..     Sepanjang mlm 2 dia tggu tp Zana xreply pon mesej dia 2. Dia antr satu lg " Awak dh tidur ke? Maaf ganggu. Cantik awak pg td.. " Ohoo, pndai jgak Zali ni mengayat. Tp si Zana 2 lg expert, dia tros wat donno je kt Zali ni.. Keesokannya..

Sedang Zali duduk keseorangan dlm library membaca bhn ilmiah, tiba-tiba Zana dtg. Duduk btol2 berhadapan dgn nya. Zali ni pon ape lg, mcm tupai hilang gigi la. Nak buat pape pon dh xleh. Nebes la katekan. Zana hnya tersenyum.. Dia hulurkan sekotak choc kt Zali sbb dia memegang kpd prinsip " Siapa yg melabur, dia la yg dpt untung nya " .. Tanpa berkata apa, Zana tros angkat kaki, nk blah cm2 je. Zali dgn pantas memegang tgn Zana, mata mereka bertaut, kaki mereka tersangkut, dahi mereka berkedut, dan jiwa Zali berkecamuk dilanda ribut. Ke mana hilang nya nilai2 murni yg tersemai dlm diri Zali? Dia sudah berani memegang. Esok lusa mungkin menunggang?? muahaha. Itu kita x tahulah.. Semenjak insiden itu, mereka sntiasa d lihat bersama. ke sna, sni mencari makan.. Mulai pada saat itu juga lah, satu sen pun xpernah keluar dr purse Zana. Lihat, bagaimna berkesannya taktik Zana. Pada mulanya dia mncuri hati si bengap ni, buat org 2 gila bayang dan kemudiannya dgn bermodalkan sekotak choc yg d beli d MYDIN aje, dia dh dpt untung berlipat kali ganda. Pada awalnya, Zali masih belom lg lupa lirik. hahaha. salah2. Lupa diri.. Sedang asyik mereka bercinta, dia tidak pernah lupa mengingatkan Zana utk bersolat dan mengerjakan ibadah2 lain. Tutup aurat, jaga tingkah laku.. Namun tiada kesan terhadap Zana yg hatinya sudah sekeras karang d lautan. aisehh.. Sebaliknya, haa. ini yg kita takot tuan2 sekalian.. Zana pula yg mula mempengaruhi Zali supaya lebih bersosial. Dgn wang yg Zali ada, bkn mnjadi masalah bg nya utk bersosial.


Semakin hari, Zali semakin hanyut dlm alam cinta tiruan ciptaan Zana. Semua kata2 Zana adalah benar baginya walaupon hati nuraninya  menidakkan perkara itu. Zana kini digelar Datin Muda d U itu. Memang hidupnya 100% ditanggung oleh Zali. Baju, kain, seluar, xkira la yg lua ke dalam, semua d beli oleh Zali. Sape x sayang awek kan. Sehinggalah suatu hari.. Zali merasa ada yg tidak kena dgn hidupnya. Walaupon dia merasa bahgia dgn Zana, namun dia masih berasa ada yg kurang d antara mereka.. Apakah ia? Setelah puas berfikir, akhirnya Zali perasan.. Di mana kemanisan dlm perhubungan nya. Di mana budaya dan adat yg sering dia amalkan dulu. Ke mana hilangnya ketaatan kpd Allah yg dia tidak pernah tinggalkan dulu..


Hadooii, tudia la kalo ampa nk tau. Penangan sesuatu yg bernama CINTA ni. Sampaikan dia xnampak apa yg dia buat 2 salah.. Masih ingin meneruskan pembacaan? Adakah Zali akan mengubah kembali nasib hidupnya yg terumbang-ambing kini? Kita nantikan dalam episod yg akan dtg.. Cekidout yaaw ! Penat dah menaip. huhu.. Ingat channel ini ya, CERITERA-SEHELAI-KERTAS. Free je, xperlu bayar. Baek kan aku ni. hahaha. Setakat ini saje tgh mlm ni..  
MyEm0.Com

Akan d sambung lagi daa..

May 27, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 1

Aku tau ape yg korang tgh pikir kan. Perhatian ye. Ini bukan kisah tentang aku. hehe. Aku cuma rasa bertanggungjawab utk menerangkan maksud sebenar ayt 2 agar xde yg tersalah phm.. Walaupon xberkaitan LANGSUNG dgn aku, tp aku ttp nk menyibok dan terangkan kpd anda suma..


Aku teringat sebuah cerita yang pernah aku karang sewaktu aku bergelar penulis jalanan satu ketika dulu. Kisah benar ni. Xada masa gua nk tipu lu orang.. Kisah ni berlaku di sebuah U yg terkenal di utara semenanjung. Ada la sorang awek ni kan. HOT 2, satu U knal. Padahal baru freshie je. Emm, malangnya. Kecantikan yg dimiliki telah di salahguna untuk mendatangkan manfaat kpd dirinya sndiri. Anugerah ilahi yg indah telah dizalimi oleh ZANA, si pemilik wajah manis, sepasang mata galak terlekap indah bersama hidung mancung (ala2 HAN GA IN) di raut wajah bujur sirihnya. Kalo ikotkan, aku pon minat si han ga in 2, tp xpe. mari kita bercerita dlu.. 


Terlalu ramai lelaki yg inginkan perhatian Zana ni sehinggalah pd suatu hari, seorang lelaki bernama Zack telah mula mendekati Zana. Zack ni plak terkenal dgn kemachoan dan kesmarttan nya dlm mengorat dan mengayat pompuan2 cun. (phm2 kn la ayat2 ni ye). Pada mulanya, Zana ni xmau kt Zack ni, sbb Zack ni xbpe nk ada duit. Keje nk mengikis je. Harapkan muka je hensem, kata Zana dlm hati tnpa perasan yg diri dia 2 pon sama je. Lama-kelamaan, Zana ni mula dpt idea. Kedua-dua mereka mula bersepakat padu merealisasikan impian yg satu, yg jitu, tunjuk ajar ku sifu !! ahah, ops. terlebih suda.. haha. ok2,serius..


Zana dan Zack mula menjalankan rancangan mereka utk memerangkap lelaki dan pompuan2 kaya dgn mengorat mereka shingga mereka diberi habuan yg lumayan. Kita mulakan dgn Zana.


************************************************

Dalam course yg Zana amek, terdapat sorg laki ni. Cucu atok Ali yg dok mengajar silat n merupakan anak kpd Datuk bandar berhampiran dgn U 2 je.. Suda semestinya lelaki yg d beri nama Zali ni, poketnya sntiasa penuh dgn matawang dr dlm negara mahupon luar negara. Tp agak malang kerana Zali ni xpunya rupa paras yg indah dan mempunyai fizikal yg luar biasa besar nya. Jadi, Zali ni xde la rpt sgt ngn pompuan. Dia byk menghabiskan masa dgn kgkwn laki je. kgwn dia 2 pon, rpt dgn dia sbb masing2 mempunyai kepentingan yg trsendiri utk mghabiskan harta hamba Allah 2.. Namun peribadi si Zali ni jauh lebih indah berbanding org lain. Solatnya belum pernah sesekali ditinggalkan, amal jariah yg dilakukan toksah habaq la dan dia tidak merasa malu dgn fizikalnya yg sebegitu kerana dia sntiasa teringat pesanan arwah ibu nya, manusia ni adalah sebaik-baik kejadian. Lagi, dia tidak pernah merasa riak dgn harta yg dimilikinya sbb dia tahu, suma kekayaan adalah pinjaman dari Allah. Tetapi, seribu kali sayang, sifat jahat manusia yg berada d sekelilingnya yg sering mngambil kesempatan atas kebaikan yg d lakukan nya tidak lagi dpt d bendung oleh sapa2 termasuk kerajaan dan pihak swasta. haha. ok, aku troskan.. 

Zana ni bukan boleh tgk org berduit, mata dia pon bertukar jd $$ seperti KIRIMARU dlm NINJA BOY. Dia xkesah la laki 2 mcm mne pon bntuknya, dia hnya nmpak kereta ngn wallet laki 2 je.. Dia pon mula merapatkan diri dgn si malang Zali ni melalui cara lakonan berkesan sebagai seorang pompuan yg lemah lmbut dan ayu tingkah lakunya. Pergh, sape xcair tgk pompuan g2 kn. dah la cute, sopan plak 2. aku pon nak. hahaha. Oleh sbb Zali ni xbersosial sgt, dia xtau la pasal pngai Zana ni yg sbnar.. Satu hari, ketika student program mereka berada di library, Zana buat2 jatuh berguling2 dpn org rmai tnpa sebab. Orang len pon ape lg, bantai la gelak berdekah2 setengah nyawa, ada yg smpai menangis seharian sbb gelak pasal 2 je. Dan ada juga yg d laporkan masih d rawat sehingga kini sbb perotnya hampir pecah akibat tekanan yg terlalu kuat terhadap prot melalui teknik ketawaan td 2.. Zana ni mmg terer btol la blakon, siap wt muka simpati seposen dia 2 namun org len xde de nk mnolong dia. Tiba-tiba hero malang Zali pon tampil ke hadapan. Dia angkat Zana, siap dukung lagi sbb lutut Zana terkalih ke blakang akibat insiden yg d sengajakan td. Zali d sorak oleh suma org sbb menunjukkan cntoh yg baik kpd pelajar2 yg len. Zali tros mmbawa Zana ke hospital berhampiran. Zana pon d rawat oleh pakar2 dan d layan seperti puteri bunian. Bese la, 1st class kan. Sepanjang proses pemulihan lutut Zana, Zali lah yg sntiasa menemani, berada d sisi utk mmberi smgt dan membantu Zana supaya cepat pulih. Semakin hari, hubungan mereka semakin rapat. Zali yg terlalu naif dlm alam percintaan ni mula terjerat dgn ayat2 Zana yg kaw2 pnya power, d amek daripada ayat2 para cendekiawan zaman lampau. 

Apakah nasib Zali seterusnya? Adakah iman nya mampu membendung dirinya daripada terus hanyut dalam permainan yang d cipta oleh Zana? Ingin tahu kesudahan nya? Teruskan bersama CERITERA-SEHELAI-KERTAS dlm episod yg akn datang.. 
MyEm0.Com
to b continued..........

JOM MENCARI PUBLISITI !


Dah lama rasanya x letak gmbor diri sendiri dalam ni. Cehh, mcm la sudah lama ber blogging. huahua. 
Hari tu kita belajar cara melukis kan, sekarang kita akan belajar mewarna pula.
X susah pun nak mewarna ni, hanya perlukan kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal yang mantap aje.

 Ahahh. akibat bosan dok umah, hari ni pun  berjaga dari awal pagi, so inilah hasil penat lelah aku selama beberapa minit. Penat woo walaupon hanya menggunakan sedikit tenaga, tapi sangat penat.
x tahu la kenapa. haha. Jom2 kita lihat apakah publisiti yang ingin dicari oleh tuan punya blog ni. haish..

Ha, nampak gambor ni?? teknik peng colour an yang digunakan sgt smooth and steady. hehe. Untuk menampakkan subjek lebih menarik, jgn pakai tgn utk mengaler ye. Kalo boleh, pakai la siku sbb siku ni licin. Ok, selamat mencuba ! Lagi, jgn pakai kaler pensel bese yg anda salu guna. Luna lah, Swan lah, Stabilo lah, jgn anak2. xjadi nanti. Kita pakai Photo Editor. Ha, zaman dah maju kan. Ape jenis pon xpe. asalkan leh ubah gmbor2 anda.




Yang ni plak, baru la kita pakai kaler pensel. Jgn asah mata pensel anda. Biorkan aje tumpul! baru la kreatif namanya. Kalo tajam sgt, gmbor akn jadi terlalu sharp dan xmenarik utk dilihat. Haip2 !! Jgn pertikai kan knapa mulut subjek ini ter nganga ketika amek gmbor ni. Itu hak dia. haha. Lagi, jgn tnya sapa yg berada di seblah dia 2. Abaikan je. Yg pnting, kita lihat teknik peng colour an dia ye. Ha, da puas tgk?? 
Xpe2, kalo lom puas, tgk la lagi. Sampai cni je pelajaran kita hari ni. sebena nye, aku blom lg tido dari smlm. Sbb pe aku xtido?? Jgn dok tnya. Suka ati aku la. muahahaha. ok2, troskan berkarya utk anak2 bangsa. Kesian.. Eh salah, Sekian.. 







:. ADDICTED KAH ANDA .:


Engkau hadir ketika aku masih mentah.


Engkau pemuas nafsuku ketika aku memerlukan.


Engkau pembawa nafasku.


Engkau pewangi badanku.


Engkau pelengkap hari-hariku.


Engkau penawar duka lara ku.


Engkau pelawas terbaik bagiku.


Jangan sesekali membiarkan anak2 anda bermain dengan BENDA ini kerana ia memudaratkan.
Jangan sesekali mencuba BENDA ini kerana ia tidak mendatangkan manfaat.
Jangan sesekali bermain dengan BENDA ini jika anda sayangkan wang simpanan anda.
Jangan sesekali biarkan orang yang anda sayang terpengaruh dengan BENDA ini.

PESANAN IKHLAS CERITERA-SEHELAI-KERTAS :

Kepada yang belum : JANGAN

Kepada yang sedang : KURANGKAN (jika mahu)

Kepada yang berhenti : TAHNIAH



May 26, 2010

-- ANTARA AKU DAN SI F --

Sudah terlalu lama aku menyimpan perasaan ini. Mungkinkah si dia tahu hasratku ini? Setiap hari aku hanya mampu memandangnya. Tidak mampu menyentuh dan membelainya. Adakah aku terlalu takut untuk berhadapan dengannya? Harga dirinya sendiri terlalu tinggi untuk aku mengenalnya dengan lebih dekat. Apakah insan sepertiku tiada peluang untuk bersama dengannya?

Ya, memang terlalu ramai yang inginkan mereka. Dia dan adik-beradiknya yang lain, semuanya mempunyai pakej yang lengkap untuk memegang status REBUTAN pemuda-pemuda yang menggilai mereka. Pernah satu ketika aku mengambil keputusan untuk mengalah kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk memilikinya. Namun kini aku bersyukur, kerana aku tidak pernah tunduk dan memberi peluang kepada orang lain utnuk merebutnya daripada aku. Tetapi ada satu perkara yang sering bermain di fikiranku. Bilakah gamaknya aku dengan si F ni dapat bersama, menjadi pasangan yang sah?

Jika aku sudah mampu memilikinya sekali pun, aku juga perlu membuat keputusan yang tepat agar aku tidak menyesal di kemudian hari. Antara Fs, Ft, Fjm, Fj, Fm, aku hanya mampu memiliki salah satu daripada mereka berlima. Memang memeningkan kepala jika kita hanya mampu memilih salah satu daripada lima yang kita suka. Tolonglah aku memilih yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemilang ye.. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang menjadi pelepas rinduku pada mereka.

 
Ini yang 1st. Nama dia 
Kenny Wayne Shepherd Stratocaster®.
Ini yang 2nd. Nama beliau
Jim Adkins JA-90 Telecaster® Thinline.
Yang cute ni ke-3. Namanya
Thurston Moore Jazzmaster®.
Yang ni plak madu yang ke-4. Nama diberi
Special Edition Jaguar® HH.
 Yang last ni namanya
Classic Series '65 Mustang®.
Itulah antara aku punya partner-to-be. F itu adalah FENDER. Sejenis branded name la dalam arena per muzikan ni. Pening sangat pale aku memikirkan nya. Semuanya $ 1,000 ++ sehingga $ 2,000 ++. Mana la aku nak cekau duit nak beli kan. tapi xpe, satu hari nanti, aku akan dapatkan jugak antara mereka ber 5 ni.. emm...

(^.^) SENYUMLAH KEMBALI (^.^)

Sudah masuk hari ke-2 usia Blog ini dan sudah 2 hari lah aku mencari. Namun tiada khabar gembira yg dapat aku kongsi, hanya duka yang sering menapak dalam hati. Mungkinkah Dia tiada di sisi? Tidak. Perasaan ini sama sekali berlainan daripada perasaan yang pernah aku alami. Tidak sedap hati.

Ke mana hilangnya senyuman ini. Puas aku mencari, tidak jua aku temui. Wahai duka, cepatlah kau pergi. Aku ingin ceria kembali. Aku malu menghadap si Dia dalam keadaan begini. Sedangkan Dia pernah berpesan, jangan terlalu bersuka, kelak kamu akan berduka. Hati, tenanglah. Tenanglah seperti air yang mengalir tanpa henti. Jangan kau berduka lagi. Diri, bacalah kalimatNya. Sembah lah Dia. Adu lah padaNya kerana Dia maha segalanya. Jangan merasa keseorangan kerana Dia sering menemani. Jangan merasa takut dengan dunia kerana dunia hanyalah sementara. Janganlah berpaling dariNya kerana Dia tidak pernah mengabaikan kita. Ucaplah syukur padaNya kerana memberi kita kehidupan. Cantiknya kita, baiknya kita, sihatnya kita, semua adalah anugerah dan rezeki dariNya.

Hati ini milikMu, Jiwa ini mulikMu, Jasad ini milikMu, Nyawa ini juga adalah milikMu. Terima Kasih kerana memberi insan sepertiku meminjam harta-harta dariMu. Sesungguhnya, aku sangat lemah kerana terlalu mudah melupakanMu. Kuatkanlah ingatanku, Teguhkanlah imanku, Terangilah hatiku agar aku dapat melihat jalan menuju redhaMu.

Maaf kawan2, agak beremosi pada hari ini. Luahan ini adalah pesanan buat diri aku sendiri n kawan2 ku yg berada di luar sana.. SENYUMLAH kerana Dia sentiasa mengambil berat tentang kita.



<<< SEJARAH NAMA DIBERI >>>

Orang tua2 cakap, nama ni melambangkan keperibadian. btol ke?? no, no, no.. objection! ceh, berdebat plak. bg aku, nama ni memberi 1st impression pd seseorg..hullamak! ok, sebagai contoh, bila dgr nama NADIA, anda mesti bayangkan pelakon ALMY NADIA tu kn? mesti anda bygkan dia seorg yg cute, comel.  haa, so jgn la tertipu dgn nama.. Nama itu akn mnjadi lebih indah drpd maksudnya jika tuan nya sendiri mempunyai peribadi yg indah. itu sebenarnya anak2 sekalian.. hehe. Rupa paras, fizikal, suma xpenting. yg penting HATI..

Sebenarnya, gua ada story. gua mau cita kt lu org sal nama2 yg telah gua dpt sepanjang hidop gua. haaa..berminat?? selain nama sebenar la ek. aku start dari SEK.RENDAH. oleh kerana umah aku xjaoh dr skola, budak2, cikgu2 kebanyakan nya dh knal ngn aku ni ha. bese la, KEMBAR kan. muahahaha. (riak nye) seb bek tym 2 budak2 lg suma, so diorg xde la bg nama pelik2.. aku di panggil ALONG. bosan nye nama. juz along sbb aku ni yg sulung. Pehtu, bila melangkah masuk ke SMAP KAJANG sekolahku yg tercinta, aku pon d beri jolokan nama baru yg xpnah pon aku terpikirkan motif nya. kejadian ni berlaku tym form 2. ketika aku, maru, dan masao melepak kt blakang kelas meng ushar XENA (bkn nama sebena), tiba2 maru bersuara : 

>> maru : weh azrif, pe kata ana pggil anta bull
>>.aku : pehal plak nk pggil cm2??
>> masao : x dow. jap2, kita pggl dia G-BULL.
>> aku : pehal plak anta ni? xbes r nama 2
>> maru : ha'a la. anta wt rmbut stail G-MAN (senior kitorg tym 2) n muka anta pon mcm EPUL (senior jugak)
>> aku : hemm.. xpe la, ikut suka antum la..

Dialog ni telah pon dipotong2 sbb aku pon xbpe igt dh pe yg ktorg ckp.haha. Semenjak hari 2, nama G-BULL tros melekat n bersemadi dlm diri ini. BULL 2 sbnanye gubahan dr PUL, so, sbb xnk sama diorg pon bantai sebut BULL. bkn kt SMAP aje, sehingga ke matrix pon nama itu terus menjadi panggilan bg diri ini.. aku pon xkesah, asalkn kgkwn aku bahgia. Panggil la ape pon asalkn yg halal. So, bg spe2 yg masih igt nama ini, jgn la sekali2 melupakan nya sebab tuan punya nama ini xpernah n insyaAllah xkan melupakan anda.... 
MyEm0.Com

May 25, 2010

| AKU ADA DUA |

Mungkin ada dlm kalangan anda yg mengetahui bahawa aku ini mempunyai kembar seiras. Ye, btol. kembar..
Susah nk percaya? percaya lah.. seperti mana anda percaya JULIANA EVANS akan jatuh hati dgn aku pd suatu hari nanti. muahahaha. maaf, ter bergurau pulak.. Kembali pd topik kita, KEMBAR.. hemm.. Aku pon xtau aku ni ada kembar. sehinggalah aku berumur 2,3 tahun. tym 2 da boleh tgk2 dunia sket kn.. Tp jujur cakap, aku xrasa pon muka kitorang ni sama.. perangai mmg jaoh skali la kn.. antara soalan yg sering di tanya ketika keluar membeli ikan di pasar raya berhampiran (dialog d bawah dlm loghat utara ye) :

1|  AMPA NI KEMBAQ KA?
     aku hnya mengangguk tnda setuju.. 

2|  LA, PATOT LA MUKA NK SROPA. SAPA DIA ABG, SAPA                
    ADIK?
     aku tnjuk adk aku, adk aku tnjuk aku.. lalu,kami mnjwb serentak " dia adk,abg"

3|  HAT ABG NI NMPK KURUIH SKIT PD ADK NO. ADK         
     LEBIH KASEH SYG KOT. NAMA AMPA SAMA DAK?
     kami dua2 buat muka pelik. lalu menjawab nama masing2..

4|  NANTI KALO BINI AMPA TETUKAQ AMPA DUA,    
    CMNA?
    aku mnjawab, " xpa la p.cik oi. bkn p.cik yg jd bini sy. " muahaha. 


Haa, tudia la anak2 kalo nk tau. haish, xlarat dh aku nk mnjwab ptnyaan2 cm2.. kalo ktorg singgah 10 kedai, 10-10 la akn tnya soalan mcm 2. penat,letih,lelah dgn karenah manusia nih.. Macam besa la kn, aku akn provide kn anda dgn gmbr ktorg bdua.. tp ni tym kcik2 la.. 


klik la untuk membesarkan


Ish3, mcm anak cina kn?? haha. 2la,dlu mmber2 tokwan aku yg cina, suma bminat.. ni tym bpe bln tah. 4,5 kot.


klik la juga ye


HAHAHA ini tym zaman rock kapak !! tgk rambut la brader..
mmg agk stylo la ktorg tym ni. cuba la teka aku yg mna ye.. selamat mencuba.