Oct 14, 2010

SATU PENGERTIAN..



Maaf kan aku, aku tiada hak.. Aku tidak punya apa.. Aku hanya mampu tebalkan muka dengan meminjam dan terus meminjam sesuatu yang aku tidak punya hak..

Aku cuba untuk berdikari, nyata terlalu sukar bagi ku.. 
Aku cuba untuk mempunyai sesuatu namun aku tidak mampu..
Aku cuba untuk menahan diri, namun aku terlalu tidak sempurna..
Aku terlalu lemah, terlalu mudah untuk menyakitkan pihak lain..
Aku cuba untuk kuat, namun hati ku nyata terlalu lemah.. 

Apa gunanya aku ada jika hanya menambah derita..
Apa gunanya aku ada jika hanya merosakkan suasana..
Apa gunanya aku ada jika hanya terus berharap..
Apa gunanya aku ada jika hanya menambah kebencian..

Maafkan aku sahabat..
Maafkan aku kekasih..
Maafkan aku Penciptaku..

Satu yang aku pasti, aku terlalu sayangkan semua yang berada d sekeliling ku..
Sahabat, Kasih..

Oct 3, 2010

PERCIKAN ASMARA..

Pehh tajuk.

Ketika aku mula membakar sumbu pelita jiwa, aku tidak sedar yg aku sedang berada d kawasan yg penuh dgn cahaya cinta.. Cahaya itu menyaksikan pelbagai jenis warna daripada setiap sudut hati manusia..


Aku terpesona dengan keindahan biasan kasih dari pantulan perasaan cemburu yg acap kali berubah arah..


Selepas sumbu aku nyalakan api, terdapat percikan asmara yg berterbangan mengikut arah yg tersendiri..
Aku cuba lari namun percikan itu sentiasa memburu aku..


Aku mula terfikir, bagaimana aku boleh pastikan pelita jiwa itu tidak akan terpadam.. Andai ia nya terpadam, bermakna tiada lagikah peluang utk aku nyalakan kembali?

Oct 1, 2010

PILIHAN..

Jika d beri bulan dan matahari, akan aku pilih bulan..
Biar tidak memberi cahaya, asal tidak memberi kepanasan..


Jika d beri permata dan kaca, akan aku pilih kaca..
Biar tidak setanding nilainya, asal tidak pandai berbangga..


Jika d beri hujan dan pelangi, akan aku pilih hujan..
Biar tiada apapun warna, asal hadir tanpa d paksa..


Jika d beri suara dan mata, akan aku pilih mata..
Biar tidak boleh berkata, asal selamat dari sang dusta..


Jika d beri bahagia dan sengsara, akan aku pilih sengsara..
Biar nikmat tidak terasa, asal tahu hargai cinta.. 


Jika d beri bantal dan lengan, akan aku pilih lengan..
Biar tidak empuk rasanya, asal tidak d buai lena..


Jika d beri kau dan dia, akan aku pilih...


Mengantok lak.. tido dulu! zzz~