Nov 30, 2010

SAYAP TERLUKA.

Dalam keributan hembusan beliung,
Terbanglah aku sang camar hina,
Mencari singgahan andainya kau sudi,
Menghampar kasih di pantai hati..

Dah lama ku puja kini jadi nyata,
Sayang hanya untuk seketika,
Sayap ku terluka ditimpa bencana,
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara..

Ku tahu diri ini bagai, menggapai bintang di langit..
Tersingkir jatuh, tiada pernah kau peduli..
Rapuhnya cinta kita, patah terkulai di ranting hampa..
Pedih terluka, tiada siapa yang endahkan..

Biar derita biar sengsara, 
Aku rela menjadi mangsamu..
Akan ku simpan di nurani ini, kenangan antara kita..
( hingga akhir nanti oh.. )


Kini kan tinggal cinta dan kasihku,
Umpama pungguk merindu bulan,
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini,
Biarpun harus ku tunggu, seribu tahun lagi..


TIBA TIBA.

jam dinding menunjukkan jam tangan 1.00 a.m. ketika itu. ketika itu aku masih berada di kedai mamak berceloteh dgn sahabat hyundai. banyak perkara yang dibincangkan termasuk kes2 semasa yang sedang berleluasa. sedang kami bergelak ketawa berair mata mengetuk meja menghempas segala, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman tidak lebih dan tidak kurang 500 meter dari tempat kami bercengkerama.

6 jam sebelumnya..

Li : malam ni apa plan?

Sa : ingat petang tadi nak pi mengail. hujan pulek. try cuba tanya sahabat yang lain.

Su : aku ingat malam ni nak pi surau la.

Ri : tuuu dia. xpa la. lepas isyak kita pi tibai snuk se frame dua.

Ha : uish xleh. aku xdak duit cek oi.

Ni : xpa la, ang pau aku dulu. esok aku pau ang balek.

semua : set!

maka bergerak lah kami seperti yang dijanjikan. menjolok buah berwarna sangat lah seronok dan ia telah menyebabkan aku ketagihan kini sudah selama 4 tahun. walaupun kelihatan seperti satu pembaziran, namun ramai yang masih gemarkannya. terutama ketika mengalami masalah kitaran haid yang lambat. siapa yang juga gemarkannya? kepada yang ingin mengetahui point untuk setiap warna, mari aku kisahkan sedikit.

di dalam permainan snooker atau lebih dikenali dengan nama snuk dalam kalangan masyarakat kampung yang ingin ke bandar namun xkesampaian, terdapat tujuh (7) jenis warna :

merah : satu (1) mata

kuning : dua (2) mata

hijau : tiga (3) mata

coklat : empat (4) mata

biru : lima (5) mata

pink : enam (6) mata

black : tujuh (7) mata

para pemain perlu menjolok bola merah dan meletakkannya di dalam mana-mana 6 lubang yang terdapat di sesebuah meja. apabila bola merah sudah masuk lubang, barulah boleh diteruskan dengan mana-mana bola warna lain pula berselang seli. faham? contoh : merah - pink, merah - black, merah - biru. setelah habis kesemua bola berwarna merah, iaitu sebanyak 15 biji, barulah diteruskan dengan memasukkan bola berwarna satu persatu dimulakan dengan kuning sehingga black mengikut mata. bagi sesiapa yang belum pernah mencuba, pergilah cuba. tetapi kalau boleh hindarkan pusat snooker yang mengandungi bar di dalamnya jika anda mahukan keadaan yang aman. salah kah perempuan bermain snooker ataupon pool? no komen. tapi aku rasa pompuan yang pandai main, memang hot.

tiba-tiba aku cerita pasal ni. memang entri ni khas untuk mood tiba-tiba. harap anda semua faham akan mesej 'tiba-tiba' yang ingin aku sampaikan.

6 jam selepas jam tujuh petang.

selepas mendengar bunyi dentuman, kami semua bergegas ke tempat bunyian tersebut. tiba-tiba. sebuah tong gas petronas kaler hijau (yang dok masak tu) tiba-tiba bergolek di atas jalan dan mengganggu para pengguna yang lain. tiba-tiba datang seorang pakcik dan menyelamatkan tong gas tersebut daripada digilis oleh manusia yang tidak punya perasaan. tiba-tiba pakcik itu terus pergi begitu sahaja. kami pun bergegas pulang. dan tiba-tiba aku rasa macam nak tulis tentang kejadian yang penuh ketiba tibaan itu. terima kasih pakcik.

ku rasa sepi tanpa cintamu.
bagai malam tiada cahaya.

tiba-tiba aku rindu saat manis bersama bermadu asmara kala aku masih kau puja.

Nov 29, 2010

KU Di HALAMAN RUMAH.

sedaq x sedaq 2 hari dh aku kt umah. mangkit pg mandi2 makan2, smbg tdoq smpai tgh hari. mangkit basuh muka makan2, smbg tidoq blek. ptg xtau buat apa, kuaq smpai ke senja. blek mandi2 mkn2, kuaq smpai tgh mlm. blek2 tros tidoq. hari2 gu ni gomok la aku!

azam aku nk update sehari 20 kali seblom balek. ceh dh blek umah laptop pn tebiaq dok tepasang dua hari gu tu ja. punya malas nk belek paseipa tah. dok golek2 bukan buleh. satg hanya tggl nama d pusara. lapaaq. huhuuk. ampa mkn dh? jom kuaq mkn. smlm mimpi dR Rozmey boh rambut dia kt aku sambil tunjuk jari 'good' dia 2. oh no! hahaha. mesti ampa ramai join page xsuka dia kan? mungkin dia xsedaq dia tgh blagak. doa2 la moga dia sedaq. pasai rambut dia, kot merah dia, gaya dia, hat tu lantak kt dia. kita ni bkn sapa2 nk kutuk2 org, xkn la suma sempurna kot. ciss, aku bukan backup dia, aku pon xsuka dia dok belagak x tahwan hala. tapi apa pon dia ttp islam, ttp melayu. cubit cendawan kanan, cendawan kiri terasa. haha!

oh aku pn xtau pa mimpi abah aku p beli moto baru. dia nk merempit la aku rasa. semenjak dua menjak ni, dia suka tgk cita adnan sempit ngn bohsia. tapi yg aku x setuju dia beli sebijik ja kt dia. aku punya mana! dia kata kongsi2 la. kunci keta dia bg aku pgg. hahaha! mama aku pon risau. dia takot abah aku ada skandal. sbb tu ingin kelihatan muda. berayaq mata ku gelak tgk pasangan yg masih berjiwa muda. apa pon xpa la. janji hidop aman bahgia. nak cucu dak? satg cek bg. hehe

Nov 26, 2010

SENDIRI.

Tahu lagu May x? bukan bulan may, mahupon sabun may. tapi May, mus tu. ala, mentor si ayim ke sape nama nya. sendiri ni lagu peberet aku sejak zaman belom sekolah.

Am          Dm 
Dinginnya di malam ini 
G   Am 
Suasana pilu 
Am           Dm 
Terkenang daku kembali 
E        Am 
Sejarah silam 
Am        Dm 
Setelah engkau pergi 
G   Am 
Sepi hatiku 
Am              Dm 
Terpadamlah api cinta 
E                Am
Musnah harapan 
F 
Mengapa engkau sanggup
G 
Mengubah fikiran 
F 
Hanya kerana 
Peristiwa itu 
F 
Kau hancurkan kota cinta 
G 
Yang kita bina bersama 
C          E 
Di masa Yang lalu 
C          G 
Kini aku terus tersiksa 
F           G 
Oleh kepalsuan cintamu 
C           G 
Tinggallah aku sendiri 
F            E 
Menanggung derita ini 
Am       Dm 
Setelah engkau pergi 
G   Am 
Tertutup hatiku 
Am          Dm 
Tak mungkin bercinta lagi 
E     Am 
Biarku sendiri..

haa, tau dah lagu ni? bagus2. aku rasa mcm aku sorg je yg tinggal kt kolej ni ha. mana pegi tah org laen. agak2 la, xkan suma nak balek awal dari aku. ingat nak nyanyi, nk bg korang xleh tido or mimpi basah ngeri, tapi seb bek xleh nak upload bidio. ahaha. meh kita melalak tgh2 mlm meh.


pehal x rasa nk tido wlopon 3 jam je aku tido smlm? aku kt London kot. kan.


Nov 25, 2010

ABES SUDA.

Tiap2 sem mesti macam ni. budak ekonomi la yg paling last balek. oh bukan aku kesah balek awal ke lambat. aku kesah bila suma orang balek x tunggu aku!

dok sorang dalam bilik. dekat aras. dalam blok. macam kambing yg xjumpa rumput dah. xpe la, masih ada yg setia menemani. tima kaseh ye :)

last paper 3jam aku siapkan cuma dlm masa sejam. yeay! memang suma orang tgk tym aku kua tadi. ape diorang ingat aku pandai ke leh jawab ngn cepat. ceit! suma hentam! serius, memang susah 2 exam dlm satu hari. tym UPSR xpulak rasa susah.

oh ape nak buat malam ni. tgk cite. donload lagu. tgk cermin. lap selipar. tongkat dagu. pakai baju. termenung mcm org dungu. hari sabtu baru balek. malas nye nk kemas barang. bosan!

hidup kt dunia memang membosankan. yg pasti syurga itu memang tidak ada yg bosan selama-lamanya. xsabor plak nk tgk syurga. ahah. layak ke.. T_______T

makin ramai plak blogger baru kan. bagus tol. rajin plak tu mengupdate blog. template suma pelik2 tapi cun. mana tah diorang dpt. haha. aku lah manusia paling MALAS sekarang! nak jalan pegi tandas pon malas. sape2 tolong cebok kan. HAHAHA!

aku ada benda nak tanya korang pasal nuff ni. pelik la. tapi aku mcm pelik plak nk tanya sebab memang pelik bila dia jadi pelik camtu. aku pon rasa pelik gila nak tanya soalan yg pelik. x pasal2 korang jadi pelik lak bila pk soalan pelik. tapi memang pelik la aku punya nuff. xmacam korang yg xpelik. pelik je bila tgk xsama mcm orang laen. aku xleh hindarkan diri daripada merasa pelik kerana nuff buat benda pelik kat aku. jom kita pelik sama2.

Nov 22, 2010

DOKTO.

at far east.
they pay the doctor when they in a good health, not when they sick.
thats mean, they pay for what they want, not for what they dont want to.

-SAW 6-



omak, anak omak tongah rajen ni ha. masak lomak cili api sodap! den suko. kobau pon sodap! 

KRISIS Di PERTENGAHAN HIDUP.

esok paper. khamis paper. duit 50 tunai. balek 27. sehari 10 ringgit. lagi 5 hari.

negara kita mengalami krisis kewangan atau lebih spesifik d sebut economic crisis sekitar '97 hingga '98. hal ini d jangka akan berulang dlm hidup aku pada penghujung 2010 hingga awal 2011. kelihatan seperti crisis in a short-term tetapi ia akan berlanjutan jika tiada inisiatif daripada diri sendiri utk meningkatkan saving dan mengurangkan consumes. beberapa pihak telah mula mengambil tindakan dgn menyuntik kitaran ekonomi dgn melakukan investment dan menaikkan interest terhadap setiap pinjaman. oh mungkin sudah terlewat utk aku meminjam. oleh kerana duit d perlukan utk menjalankan kitaran perbelanjaan, bank d sekeliling kita akan membeli bon daripada org ramai. kerajaan akan cuba sedaya upaya utk mengalirkan wang dlm ekonomi dgn penjualan sekuriti dan bon supaya org ramai dpt memegang wang.

keyword Capital Gain (CG) terhadap pemilik bon ketika ini adalah begitu penting. mereka harus meneliti keadaan ekonomi sebelum membeli bon dan menjual nya. Speculation merupakan salah satu kaedah bagi mereka utk mendapatkan CG. CG bermaksud, buy low, sell high. peminat2 bon d luar sana akan menganalisis ekonomi supaya mereka mendapat peluang yang terbaek utk membeli dgn nilai serendah mungkin dan menjual kembali dgn nilai yg berganda2. seriously, memang menguntungkan.

Jadi saranan aku kepada anda, simpanlah duit d bank. jgn sorok bawah bantal, dlm lemari, dlm bra, blakang tong gas, atas kabinet dapur mahupun d mangkuk jamban. pasti duit anda xkan bertambah jika d tempatkan d tempat yg tidak sepatotnya. semakin banyak yg anda mampu simpan, semakin tinggi pulangan yg akan anda dpt. aku bukan bertugas sebagai promoter mahupon pemujuk, aku hanya mengulangkaji pelajaran. tima kaseh sebab membaca.

oh lagi satu. semalam aku mimpi Lisa Surihani masok meminang. mungkin petanda exam aku susah. jom tgk movie! study masih belom -.-''

MADAFAKA.

sila baca mengikut ejaan BM.

yor mada neba tich u hau tu spel wed korekli.
dets wai u kenot pronauns a gud wed.

yor fada oso neba tich u hau tu chus wed epropraetli.
dets wai u kenot spik a gud lengguej.

i em not bleming u for de demm gud etitiud det u ek tudei.
bat i nid u tu tek a gud ker of yor mauf bikos it sims tu bikam biger dei bai dei.

oh for u tu remain yor sef.
i edmit it, i hef no sach tings laik eberiting det u hef.
bat u ar the mos fani pesen det i eba met.

u eat wif de rong hen.
u lai wif de fek smail.
u stok wif de klos eyes.
u tok wif de yusles bren.
u oso pi wif de smol aim!

sila jangan tiru bahasa ini ketika exam. tima kaseh.

Nov 20, 2010

KAMEK SAYANG KITAK.

Dah dgr lagu Hujan - kamek sayang kitak? oh ni lirik dia.

Semua laguku hanya untukmu
Semua rasaku hanya padamu
Ku kan bersamamu selamanya

Kamek sayang kitak
Mena mek x bulak
Kawen jak ta duak
Janji mek ngn kitak

Kamek sayang kitak.

Jangan risau bila rindu
Sebut saja oh namaku
Biarpun malam yang ribut
Ku kan datang kepadamu

Dengarkan kataku
Dengarkanlah..

Kamek sayang kitak
Mena mek x bulak
Kawen jak ta duak
Janji mek ngn kitak.


dulu waktu pes taim aku sampai Sarawak, memang sepatah haram aku x paham. tapi bes. serius bes bahasa diorang ni. dulu aku ingat suma perkataan kena letak K kt blakang. dah setaun lebih dok cni, sedikit sebanyak tu boleh la dh aku paham. tapi aku xleh nk bercakap lagi slang diorang. xjadi! haha. dengar pelik je bila aku sebut. bese la mat salleh nk cakap swak. lidah pelat. HAHA!

meh kita belajar sket bahasa diorang :

1) aok = ya.
2) sik = tidak.
3) bulak = tipu.
4) mena = benar, betol.
5) tok = ni.
6) ya = tu.
7) mun = kalau.
8) kamek = aku.
9) kitak = kau.
10) ney = mana.
11) nya = dia.
12) nak = kan.
13) mbak = bawak.
14) nunggah = panggil.
15) ado malam =  HAHA! cari sendiri maksudnya.

ramai blogger yg berasal dari sarawak yg aku dh jumpa. yg dekat dgn U ni pon ada. member kepada kawan aku. kecik tol dunia. tapi dia ada perbezaan slang dan perkataan sket2 mengikut tempat. tapi kebanyakannya, melayu sarawak lebih kurang je bahasa diorang. tapi kalo iban, memang aku xpaham. dua perkataan je yg aku tahu.

1) parai = mati.
2) lelengau = rindu.

unik kan? ye memang cita2 aku nak belajar banyak bahasa. tapi oleh sebab sensei nihong aku tym F2 merajok sebab kitorang malas nak menghafal, so aku pon turut kecewa. pehal lak an. banyak lagi perkataan diorang. untuk keterangan lanjut korang leh tanya sendiri kat kawan korang yg berasal dari sarawak. yg aku tulis tu suma basic2 je. yg patot korang tahu bila datang sarawak. kalo x, korang akan nganga pah ceroh. haha! oh utk korang lebih paham. aku akan buat ayat berdasarkan perkataan atas tadi 2.

jali : cney takorg pok?

kamal adli : hotel 5 bintang. mok ikut sik?

jali : mun sik keberatan lah. mok juak ku pegi cya.

kamal adli : bah, ju lah. ney gerek ko ya?

jali : k pa mok mbak gerek?

kamal adli : aie, gk mok nyk. ado malam kita.

jali : jaik na ko pok. sik mok ku. iman ku tok tebal ilak. masih inginkan keredhaan ilahi.

kamal adli : demm.

naah, itulah antara contoh perbualan yg berfaedah. paham?? so kaktok kita klaka swak ramey2. bah, mok ado malam dolok. boh kaco k. HAHAHA!


psst : nama watak langsung xde kaitan ngn aku.

GOSSIP GIRL.

Tipu kalo korang x suka. aku suka! haha. baru abeh tgk dua season. memang aku suka ketinggalan sket.
oh sapa ada cite macam cite ni lg? bg kt aku. boleh gila x tengok cite cmni. awek suma cun. ahah. tym2 raya aku layan cite lak. pe masalah U ni pn aku xtau la. orang laen da hepi2 kt umah. oh juwita.

awek aku.

x caya? lantak lah. janji aku ngn dia hepi. haha. oh belom terlambat kalo aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat islam seantero donia. minggu depan ada exam lg T________T

omak, den x berayo laie taon nie. x tawu lah nasib ni ha. xpo lah omak. taon depan dapek la kita rayo samo2. heh kobau den lopeh.


xoxo. GG. hahaha! taksub dh ngn cite ni. gila!

Nov 16, 2010

JANGAN2 CUBA.

Waktu waktu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Bergetar seluruh tubuh ku
Hati ku tak tentu

Waktu itu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Memerah pipi ku jadinya ku malu

Dan kau bisik kata cinta
Hati ku berbunga bunga
Dan jangan kau cuba-cuba
Untuk lebih merayu ku

Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan cuba kau paksa
Jangan jangan cuba kau siksa
Jangan jangan cuba kau cinta aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan jangan jangan..

Waktu itu kau kucup
Pipi kanan kiri ku
Berdebar-debar detak jantung ku
Memerah pipi ku jadinya ku malu

Dan kau bisik kata cinta
Hati ku berbunga bunga
Dan jangan kau cuba-cuba
Untuk lebih merayu ku

Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan cuba kau paksa
Jangan jangan cuba kau siksa
Jangan jangan cuba kau cinta aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan cuba kau paksa ( jangan )
Jangan jangan cuba kau siksa ( jangan )
Jangan jangan cuba kau cinta aku ( jangan )
Hanya kerna hawa nafsu.


Nov 15, 2010

CELA.

Rabak mata ku,
Pena menari,
Tinta berdarah.

Rabak mata ku,
Pena menari-nari,
Tinta berdarah,
Kata membara-bara.

Masanya ku bernafas,
Ini terakhir kali,
Puas sudah ku sesak,
Dalam dunia sempit.

Dulu tersungkur,
Kini berdiri,
Kau bermain api,
Kini ku bakari,
Dulu menunduk,
Kini ku celik,
Kau bermain api.

Engkau mahu sempurna,
Engkau jadi sempurna,
Biar aku bahagia dengan cela ku,
Engkau mahu malaikat,
Turun dari kayangan,
Biar aku bahagia dengan cela ku.

Mengapa..
Tidak engkau cermin saja,
Diri mu yang sempurna, mempesona,
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa..
Tidak kau bercinta saja,
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona,
Ku bahagia dengan cela.


Siapa yang mampu mencapai mahu mu.
Bilamana kau juga seorang manusia?

Nov 14, 2010

CUBA TEKA.

 

argh. bosan nya ngadap buku. oh korang nak maen teka2 x? tolong lah layan aku. T___T bukan teka teki. korang cuma perlu teka dalam gambar ni. yang mana satu aku.

 

kikilala

 

dan nyatakan sebab apesal yg 2 korang kata aku. oh ni bukan contest. jangan harap hadiah. cuma ucapan tahniah yang aku boleh bagi. ni je gambar yang aku ada. yang laen xde dah tah mana pegi. laptop aku ni leh sorok gambar sesuka hati. oh dan sebagai klu korang boleh lihat gambar ini.

 

231

 

korang xkan dpt teka. HAHA! oh selamat hari jadi kawan. japg besday kawan aku. walaupon esok exam, pasti akan rabak bontot kau malam ni. yehh!

Nov 13, 2010

JANDA.

Aku xkesah. macam best je kan. bukan lah aku mintak d jodohkan dgn janda, tp kalo dh jodoh. aku terima seadanya. hehe. maaf ye kepada sesiapa yg bergelar janda. aku cuma tertarik utk bercerita pasal janda.

Bagi janda yang baru mendapat gelaran janda, terutama yang berhias, kemungkinan mereka :

1) cuba melupakan kisah lalu, jika suaminya meninggalkannya begitu sahaja.


2) meneruskan hidup sementara masih mantap.


3) ingin mencari seorang pengganti yang betul2 boleh bertanggungjawab terhadap rumahtangga.


4) mahu kekal single walaupon ramai lelaki yang terpikat kerana serik bercinta.

Kenapa ramai yang akan salah anggap, terutama kaum perempuan. jika laki mereka ke kedai kopi atau runcit yang d kendalikan oleh seorang janda, mesti mereka akan menganggap laki mereka gilakan janda tersebut. kenapa. kenapa...

Adakah kerana janda itu lebih cantik daripada mereka? atau laki mereka kena pukau oleh si janda?

Inilah masalahnya rakyat sekalian. jika kita asek melihat dari sudut perspektif yang tidak sihat, nyata ia akan memberi impak negatif, sekaligus menjadikan rumahtangga tidak aman. walhal si janda tersebut punya la baik, jujur dalam melakukan kerjanya. langsung tidak terlintas d hati nya ingin merampas suami orang. biarkan laki anda melepak dari pagi sampai ke malam kt kedai janda tu. biarkan. hahaha!

Oh bukan itu yang aku nak cerita. haha. sebenarnya aku rasa janda ni HOT la. serius. masa dia masih bergelar isteri, mungkin orang sekeliling tidak nampak akn aura yang tersembunyi d sebalik si suami. maaf ye bagi yang kehilangan suami, aku bukan nak memburuk buruk kan keadaan. cuma aku tertarik kepada janda. xtau kenapa. pelik kan. tapi ramai gadis2 sekarang sudah kelihatan seperti janda apabila si balak meninggalkan mereka terkontang kanting d lembah sepi. mungkin reaksi mereka melebihi janda yang ditinggalkan suami. oh tidak mengapa lah. adat bercinta. dan mungkin aku juga pernah menjadi duda.

Sebab2 lelaki memilih janda :

1) pengalaman. ya, itu penting.


2) kekuatan emosi. mereka telah belajar daripada kesilapan lalu utk menjadi lebih kuat.


3) harta yang menjamin duit poket. (bukan la semua).


4) kematangan dan ketenangan dalam menghadapi masalah.


5) sebab HOT! 

urgh. kalo mama aku tau aku cite pasal janda, mesti dia nak tolong cari kan. (-.-') . tujuan aku tulis ni, bagi kaum perempuan, jangan la takot andai anda mendapat gelaran janda. (jika si suami pegi cari awek lain). sesungguhnya janda lebih laris d pasaran. tapi apa pon, moga kita d jauhkan daripada sesuatu yang kita tidak inginkan.

JUMPA KEMBAR.

Peh pes taim aku sedar ada org nama sama dgn aku. ingatkan aku sorang je dlm Malaysia ni bernama azrif. muahahaha. esaited, esaited. dok singgah sana singgah sini td, terjumpa nama aku. pelik plak, setau aku xpnah pn aku tulis gitu. rupanya nama kitorang sama! haha. weh korang paham x aku cakap ni? nama kitorang SAMA la! hahahaha. paaang!

Ingatkan kembar real aku saje nak gunakan nama aku utk mengkomersialkan belog beliau. xpnah plak aku nampak dia berblog melainkan mengeji aku yg asek berbelog. huh, rupanya kembar nama yg sama. hahahaha. pehal ni =.='

korang x caya? nah link blog beliau. g la singgah. awal2 lg da nampak nama kitorang sama. waah xpenah seseronok sambil melompat2 cmni.

http://azrif34.blogspot.com/

Haaaa, sama kan??? muahahaha. suka3!!

aku terlalu esaited sebab lom penah jumpa org yg sama nama ngn aku. kalo search kt google ada la. tapi xpnah jumpa cmni. hikhik. syuke2.

sape nk tampar aku pn xkesah. nak tido dgn senyuman. hehe

Nov 12, 2010

TWENTY-5.



Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha.

Tengah aku dok busy exam, boleh pulak cik eEyda mengetag aku tanpa rasa bersalah walau sekelumit pun. Oh kerana aku suka menjaga hati manusia, aku pon menjawab dengan penuh jujur. Terima kasih la ye. X marah pun. Sukaaa.

1. nama d beri dalam kad kaler biru muda, Mohamad Azrif b. Asmi.

2. result UPSR baru kua. Alhamdulillah. 5A.

3. suka lagakan kambing ngn ayam.

4. kt umah aku xde kucing wpun aku suka kucing.

5. belum ada bini.

6. suka makan budu ngn tempoyak.

7. suka gelak sorang2. tym baca komik sin chan mahupun tgk movie horror.

8. duit ptptn dh abes. tgh mengepau duit sahabat2.

9. suka daki bukit sbb penat.

10. suka tgk laki hensem. abaikan.

11. mengumpul gelang getah. hobi sejak kecil.

12. ingin menjadi imam yg soleh d mata isteri.

13. inginkan isteri yg tahu goyang kaki kt umah je.

14. xreti menjahit wpun mama aku seorang penjahit.

15. seorang tokan rokok d kolej. sape xkenal.

16. xsuka d benci dan d pinggirkan wpun suka berada d pinggiran.

17. cendol pulut sgt sedap.

18. suka melancong tapi belum pernah lg melancong.

19. jgn sampai aku marah.

20. jgn bergurau main kepala kalo xnak makan mesin tebu.

21. penah tanam jagung dan kacang bendi.

22. bela ikan talapia merah, banyak.

23. masih belajar dan akan terus belajar sampai jasad sudah tak bernyawa.

24. dengar cakap atok dan tokwan.

25. ingin bahagiakan kedua org tua selama lamanya.

ok dah2. nak menangis aku buat tagged ni. sedih, pilu, lemah hati ni bila teringat kampung halaman. sungguh aku xterasa nak balek, aku cuma rindukan mereka. 


Nov 11, 2010

ALALA COMEY2.

15 tahun yang lepas. Ketika aku masih berjiwa kecil.

aku : mama, mama, paseipa kta xleh minum beer?


mamaku : sebab minuman tu minuman syaitan nak..


aku : oh. syaitan reti minum jugak?


mamaku : itu adalah kerana ia boleh memabukkan nak..


aku : oh. tapi awat depa leh minum?


mamaku : agama kita melarang kita minum kerana banyak unsur2 negatif yang boleh menjurus kepada rosaknya akidah kita sebagai umat islam..


aku : blurr...


sesungguhnya, ayat mamaku telah d skemakan demi pembaca mengambil mood antagonis dan mendapat mesej yg cuba d sampaikan.

Kebanyakannya, anak2 kecil akan bertanya sesuatu yang mereka ingin tahu dan nampak menarik d mata mereka. Jika kita lihat seorang anak kecil yang kool dan pendiam, terlintas d hati kita. Budak ini tampak genius. Sebaliknya, jika kita lihat anak kecil yg super aktif atau terlampau aktif sehingga merosakkan harta benda. Terlintas d pikiran kita, sungguh nakal tidak terhingga. Dan jika seorang anak kecil yang kelihatan blurr dan rasa nak tampar tiap kali memandang, itulah aku tika dulu. Kita lihat contoh seterusnya.

aku : bah, bah, awat kita xleh nak bunuh orang?


bapaku : hemm. kita pun nak hidup. mcm 2 jugak org lain. buat apa nk bunuh membunuh..


aku : tapi awat depa masih dok bunuh2 dlm berita tu?


bapaku : terdapat segelintir manusia yg hilang unsur kemanusiaan dlm dirinya mungkin kerana tekanan dan masalah jiwa. org yg normal akan berfikir sebelum bertindak..


aku : jadi, kalau org bunuh along (aku la tu), babah bunuh org tu balek dak?


bapaku : awat ckp lagu tu, xbek. hidup mati bukan manusia yg tentukan. kalau kena tembak 100 das pn, kalau belum ajal, xkan mati jugak. kita cuma perlu bersedia sebab mati itu pasti bagi setiap benda hidup..


aku : x menjawab soalan la bah ni.


bapaku : biah, ooo biah. (mama aku la tu). amek budak ni p tempat len. 


aku : frust...

Ya, aku perlukan semua jawapan bagi setiap soalan x bermoral yg aku ajukan dulu. Tapi, aku lebih sukakan hidup seorang anak kecil. Yang tidak tahu apa2. Yang naif. Yang nakal. Yang bersih. Yang suci. Yang bermutu. Yang boleh guna jari aje. Aku rindukan saat aku masih menyusu dahulu. Sedap ke tak. Aku dah lupa..


motif : bosan mengadap buku (-.-)

GILA.

Gila. Gila. Gila.

bhahahahaha. bahahaha. baaahahahh.

Sedih. Sedih. Sedih.

wuwuwuwu. wuwuwuwu. wuwuwuwwu.

Bodoh. Bodoh. Bodoh.

kikikiki. kikikikiki. kikikikiki.

mianhamnida. kamsahamnida. anyeong. sarang hae yo.

Maldo eopsi sarangeul alge hago.
Maldo eopsi sarangeul naege jugo.
Sumgyeol hanajocha neol damge haenotgo.
Ireoke domang ganigga.
Maldo eopsi sarangi nareul ddeona.
Maldo eopsi sarangi nareul beoryeo.
Museunmaleul halji damun ibi.
Honjaseo nollangeot gata.
Maldo eopsi waseo.

pe jadah layan korea tym2 exam! bila nk study!!!


MALDO EOPSI.

I shouldn’t have done that.
I should have pretended not to know.
like I didn’t see it, like I couldn’t see it.
I shouldn’t have looked at you in the first place.
I should have run away.
I should have pretended I wasn’t listening.
like I didn’t hear it, like I couldn’t hear it.
I shouldn’t have heard your love in the first place.
Without a word, you made me know what love is.
Without a word, you gave me your love.
Made me fill myself with your every breath.
Then you ran away.
Without a word, love leaves me.
Without a word, love abandons me.
Wondering what to say next.
My lips were surprised.
It came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore, 
and that you’re not here anymore.
otherwise, it’ll be just the same like before.
Without a word, you made me know what love is.
Without a word, you gave me your love.
Made me fill myself with your every breath.
Then you ran away.
Without a word, love leaves me.
Without a word, love abandons me.
Wondering what to say next.
My lips were surprised.
Without a word, tears starts falling down.
Without a word, my heart is broken.
Without a word, I waited for love.
Without a word, love hurts me.

Hye, P.S. (2009). Without words, You're beautiful. Ceh mcm wt reference plak.

Nov 10, 2010

HILANG.

Aku tidak terasa kewujudan aku di celah keramaian.
Mungkin tiada yang ingin peduli.
Atau mungkin langsung tidak disedari selama ini.

Pernah rasa hilang dompet yang penuh dengan kertas dipanggil duit dan kad kredit?
Ya, begitulah aku rasa bila tiada yang mahu dekati.
Benarkah aku ini wujud. Atau aku cuma bayangan sesuatu yang mereka pernah lihat.
Aku bingung. Benarkah aku berada di alam realiti.
Atau bermain dengan fantasi buatan sendiri.

Aku juga ingin disedari. Atau sekurangnya ada yang menegur sapa.
Supaya aku tidak terus hanyut. Dan hilang dalam dunia kamu semua.
Mereka melihat, bukan mengamati. Mereka mendengar, bukan memahami.
Mereka hanya tahu, bukan ingin mengambil tahu.

Kenapa aku yang perlu lalui semua ini.
Kenapa tidak kau. Dia. Mereka.
Apa kerana aku suka menanggung derita.
Dan suka terus sengsara.

Ya, aku tahu.




Kerana aku hanya seekor kucing.

(ini adalah luahan hati seekor kucing ketika aku terserempak dengan beliau d hadapan tandas).

Nov 9, 2010

HAMPARAN.

Terkadang ku lihat corak dan warna.
Tertarik diri ingin memuja.
Namun tiada apa ku rasa.
Hanya secebis dusta semata.

Aku ingin menjadi seperti hamparan kain yang putih.
Tiada yang boleh dibangga. Tiada apa boleh dipuja.
Tiada yang hargai, hingga tiba saatnya. Tampak tidak berharga.
Namun menyimpan sejuta makna.
Saat dibalut tanpa nyawa.

Tika itu ramai menangis. Mungkin terpaksa.
Air mata tiada harga. Boleh didapati di mana-mana.
Keikhlasan dan kejujuran. Bukanlah barang mainan.
Jangan persenda dengan menyalahguna sentimen keinsanan.

Bilakah saatnya kita pula.
Melangkaui batas pemikiran jiwa.
Satu alam yang tidak terbayang.
Mungkin sengsara menanti akhirnya.

Atau juga bahagia selama-lamanya.

Biar susah sebelum senang. Biar sakit meredah derita.
Biar panas mentari membara. Biar gelap malam gelita.
Kerana semua itu hanya dunia.
Kerana semua itu hanya sementara.

Mampukah kita bersabar sehingga tiba saat perjanjian.
Tiada yang tahu selain tuhan.
Aku harap kekuatan iman.
Temani diri di saat aku perlukan.

PENUKARAN.

Setiap orang mahukan perubahan. Setiap manusia perlukan perubahan. Act memang malas aku nk ubah. Tapi terpaksa walau hati pedih terasa. Bayang. Bagi aku sangat bermakna walau hanya boleh dilihat tanpa dirasa. Aku cuma perlukan sedikit masa. Aku juga ingin berjaya. Tapi aku tahu, usaha aku tidak sama dengan usaha mereka. Aku hanya mampu lakukan apa yang termampu.

Oh sebenarnya aku nk bagitahu yang aku dah tukar link. Perasan x link aku dulu tu. Sepatutnya yang tu link asal ketika nama blog ni " Andai ink mampu bicara " dulu. Ingat x?? tau dh korg x ingat. Tape2. Asal aku ubah, kenapa letak nama tu, asal x letak nama laen, kenapa masih xbyk ubah, haa. Sebab aku xreti nk ubah byk2. Yang aku tau, aku ubah nama. Oh dan sebenarnya jugak aku agak dlm tekanan sbb minggu exam kan. So memang agak busy lah walaupon aku ni bkn yg jenis rajin study mcm korang. Busy membuat benda selain study. Aku juga tekanan melihat sahabat yang celik mata buku, lunch buku, high tea buku, maghrib buku, tengah mlm bangun plak, masih buku. Apa masalah diorang ni? Mungkin aku yang bodoh xikut cara mereka. Tapi yang pasti aku tidak bodoh dlm menjaga makan tidur aku. Walaupon sekarang jam 3.00 pagi. Aku akan cukupkan tidur selama 8 jam. huahua

Setakat tu dulu. Sapa ada masalah, xpuas hati bagitau. Aku akan puaskan hati korang. Dan lagi satu, aku nak berterima kasih dan meminta maaf kepada seluruh umat blogger selama aku berBW kt blog kamu. Andai ada silap dan salah, maafkan la dulu. Nanti kita cari pasal len. Kita sudah berada di fasa yg ke-4. Memang dunia sangat2 d akhir zaman. Halalkan mana terlebih kurang. Dengan aku xpe. Xde hal punya. Korang jgn riso. Aku cuma inginkan kehidupan tanpa berhutang budi mahupon harta. Hati manusia boleh berubah jika perasaannya terancam. Ok selamat menjalani final exam yaaa!

Nov 8, 2010

ADUUH..

Musim exam..
Musim accident..
Musim bencana..
Musim merana..
Musim kelaparan..
Musim kebuncitan..
Musim sedih..
Musim merajok..
Musim bawa diri..
Musim malas mandi..
Musim ini d kenali musim GILA..
Ye aku tau korang busy, aku pon busy jugak..


Tapi aku dah bosan ngn template nih. Aku nk ubah..
Tapi tersangat la MALAAASS!
Serius memang aku nk ubah..
Tapi serius jugak memang aku malas..


Korang free x?
Nak tolong aku x??
HAHAHA!


Sape leh tolong aku edit, jadi seperti apa yg aku inginkan..
Dah sebulan xupdate, suma orang tuka template. Ciss..
Sape nk tolong leh tolong..
Sape tanak tolong, tolong blah..


Memang aku paksa korang tolong aku. Nak benci aku pon benci lah..
Aku dh xlarat nk edit2, lagipon memang aku xreti hape pon..
Jadi meh tolong aku edit, xpon bagitau ape yg patot aku edit.. 
Aku serius ni. Xpenah aku seserius ni..
Dengan penoh serius, aku nk berkias.


Mengapa d cari puteri d gunung, andai d hati tersemat bidadari..
Mengapa bermimpi menjadi raja, andai realiti ilusi semata..
Mengapa menangis bazirkan air mata, andai senyum itu penawar duka..


Ternyata sukar ku sentuh jiwanya, kerana tiada lintasan bayangnya..
Ku cuba berdiri gagahkan hati, hanya ku mampu merangkak pergi..
Sakitnya jasad tidak ku peduli, apa ku mahu damai d hati..


Tolong aku.. Ok.. Nanti aku bagi no. tepon umah atok aku.. Leh calling2. kan..

Nov 6, 2010

KEMBALI!

Fuhh.. Puuuhhh! Shhuuhh! Huuuhh! Cuuuhh! Duuuhh! juuhhh! aeiouuuhhh! pehal tuan meow nih..

Lama.. Serius lamaaa! Dekat sebulan x hapdet! Wadefak wadefak..

Jangan tanya aku pehal. G tanya lecturer2 aku yg bg esemen sampai x ingat dunia ni hanya sementara T.T

RINDU GILA KAT KUCING AKU ATAS 2!

Meh papa kiss2 hug2 meh. muacks2! mucha cha! ahah. GILA!!

Serius lagi. Memang aku dh gila buat esemen ala2 10 proposal PTA. Apedehal. Baru dunia. PTA akhirat lom siap! wuwuwu. wuwuwu. wuwu lagi. wuwuwuwu lagi lagi. 

Banyak la benda aku nk story. Tapi xde masa sbb masa dh xde.  t(-.-!)t

Aku rasa rindu nk melampias dan menghamburkan kata2 sepatah dua kata =.='' buat kwn2 belog aku.

Cukup la mlm ni. Esok kalo d beri waktu utk bersama, aku akn hapdet lg. Jom bejalan! lama x jalan weh! Moh ramey2 kita g daki puncak cinta teragung.. =.=''

Izinkan aku akhiri dengan 15 rangkap pantun :

Ungkaplah cinta sambut tanganku,
Ku hadir kini meneman mimpi mu,
Maaf ku pinta pada perindu,
Kini ku kembali ingin bertemu..

Sekian~ 

Para penonton : Mana lagi 14??

Pemantun : Satu je aku ingat.. T____T