Jun 1, 2011

MAYA.

ku tatap indah nukilan maya,
kala heningnya subuh terasa,
menggamit memori dahulu kala,
saat kita masih bersama.

engkau hadir bagai cahaya,
sepantas kilat tanpa suara,
sudah tertulis takdir oleh Nya,
bertemu d saat belum upaya.

bukan ku ingin bermain rasa,
tidak pula mencipta derita,
apa ku mahu hanya bahgia,
sesalan d awal pertemuan kita.

kenapa sekarang sering termimpi,
gambaran muncul tak henti-henti,
wajahmu ibarat seorang bidadari,
hanya berkhidmat untuk si suami.

tidak tahu sebab nya kenapa,
ternyata sekejap kita bersama,
tetapi d dalam dimensi masa,
terasa lama aku kau bawa.

jauh mana aku kembara,
hanya nama aku tak lupa,
kerana dgn namanya saja,
mampu ingatkan ku kpd yg Esa.

setiap kali ku baca nota nya,
hatiku d sentap tertanya-tanya,
bagaimana sekarang keadaan diri nya,
moga hidupnya sentiasa gembira.

maafkan segala khilafku dulu,
patut ku tahu sejak bertemu,
engkau ternyata masih ku perlu,
dalam diam aku merindu.

maafkan aku jika kau xsuka. hatiku terdetik ingin bercerita. tiada niat mengembalikan derita. hanya bermain dgn memori yg pernah d cipta. walau ku cuba untuk melupakan, namun kenangan itu datang perlahan lahan. maafkan aku sekali lagi. dari hujung rambut sampai hujung kaki.

11 comments:

fifianggun said...

awak cipta sendiri?

Lampu suluh. said...

iyee :)

fara azmi,,^_^ said...

saya suka yang ni,,=)

Lampu suluh. said...

terima lah kasih :)

Anonymous said...

wujudkah maya itu?atau hanya bayangan kau?

Lampu suluh. said...

hanya dia yg tahu..

Anonymous said...

salam. kita dah makin tua, sama2 kita berubah .jgn perangai mcm kanak2 lagi mcm dulu.ahah. pesanan,kalau nak cari seseorang yang baik,kita perlu berubah dulu utk jadi baik ",. wish u all da best my fren!

Lampu suluh. said...

ahah btol2. mekaseh :)

Anonymous said...

sama2. dolu2 masih usia muda remaja suka mencuba.kejap org tu,kejap org ni.cam main2 plak. aku pn mnta maaf la noh.ahah.aku nk tglak bila pikir balik.tp pengalaman2 waktu dulu lah yg byk mengajo kita supaya lebih matang dan membetulkan ksilapan kita pd masa lpas .cuba utk menjadi hamba Allah yg lebih baik. skrg aku sedo, bkn cinta manusia itu yg utama.dulu aku gila sgt cari cnta manusia.hehe. :)

Lampu suluh. said...

hehe. sama2 lah kita mencari cinta Allah :)

mairo said...

weh bila ko nak update?Cpat ah aku nak baca