Mar 7, 2011

RINTIHAN HATI PEMUJA SEPI.

resah gelisah hati d sentap,
rasa manis bertukar pahit,
jagalah mulut tika bercakap,
agar tiada merasa sakit.

keluh kesah duduk menunggu,
melihat bayang pergi berlalu,
sudah asyik aku termanggu,
dalam berkata aku membisu.

apa d cari masih d sini,
tidak mampu beralih arah,
cukup sudah rasaku ini,
jangan d garu luka yg parah.

gugur lah air dari mata,
mengalir deras tanpa henti,
seorang diri menahan derita,
ke mana pergi pujaan hati.

bukan ku pinta tanah d bumi,
tidak ku harap harta menteri,
cuma ku ingin mentari pagi,
terus bersinar cerah menyinari.

biar bulan tidak gerhana,
biar tiada segaris cahaya,
tetap aku berada d sana,
bila masa engkau kecewa.

perlahan aku mendaki masa,
berkali jatuh bangun semula,
apa yg nampak mungkin tiada,
hanya yg ada segunung duka.

jujur kata bijak berbahasa,
pandai memuja luluhkan jiwa,
manakan sama rasa dan sisa,
cuba mencari makna tiada.

ingin layarkan sebuah bahtera,
sanggup pergi melawan samudera,
aku terlupa pesan si Raja,
jangan berani tidak semena.

aku harap kembali kuat,
untuk menempuh guruh dan kilat,
teruskan perjalanan menuju akhirat,
pesalah tetap tak kan selamat.


* terima kasih sekali lagi kerana membuat diri ini mampu berkata seindah irama.

Mar 5, 2011

THE-FACEBLOG!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Edit

moh le join ramey2! :)

Mar 4, 2011

WAHAI PEREMPUAN. DENGARLAH.

semalam merupakan hari jadi ku,
pes taim dlm hidop aku mkn tiram,
kepada perempuan hargailah dirimu,
janganlah menyeksa kami, kaum Adam.

ingin menyanyi suara ku serak,
lantas ku melalak bagai si katak,
pakai baju nampak ketiak,
cuba kau cium ada bau ke tak.

kelas pagi bawak ke petang,
adakala sampai ke malam,
bila duduk jangan lah terkangkang,
nk tunjuk kt sapa u punya seluar dalam?

sedang asyik si kerbau berkubang,
pasti cemburu si ikan haruan,
rambut hitam dah jadi perang,
otai la sangat bagi u kan.kan.

sudah lama x nampak tenggiling,
rupanya menyorok d dalam kelambu,
ketawa berdekah berguling guling,
ke mana hilang nya santun diri mu.

petani penat mengeluarkan peluh,
berehat sebentar menunggu teduh,
pinggang saiz 30, punggong saiz 40,
seluar semestinya, saiz 20!

kucing bergaduh cakar menyakar,
ingin mengawan d tempat terang,
bangga dada yg pejal dan besar,
bukanlah dgn cara tunjuk kt orang!

niat aku bukanlah nk mencarut,
apatah lagi ingin ber-tweet,
x sedar kaki penuh parut,
ada hati dok buat iklan veet!

ramai tetamu datang bertamu,
hidanglah snek, mahupon sumi,
gebu badan mu, halus kulit mu,
simpanlah saja utk si suami.

ingin ke bandar menaiki teksi,
yg ada hanya sebuah beca,
simpanlah gambar yg seksi seksi,
moga hidup tidak tercela.

selesai menonton filem cuci,
ingin sambung dgn filem aksi,
ramai yg mengaku masih suci,
bukanlah selaput yg menjadi saksi.

keluar rumah minta lah izin,
janganlah d cari malang sendiri,
tutuplah dirimu sebaik mungkin,
peliharalah harta yg tuhan beri.


* janganlah terasa jika anda bukan spesis yg sama ok!

Mar 3, 2011

HAPPY BESDAY TO ME! (GAYA USOP) UH TAK SIOR TEMAN.

sambil mengayuh basikal dan memegang kek yg bertulis hepi besday to me, aku pon lantas menyanyi sekuat hati. HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO MEEE!

PAKCIK SUDA DOPLOHSATU! YAHOOO!

bila tak tau nk mengundi. esok ada? ada dak kt mna2? mcm mna perasaan mngundi no. punya daif.

pa nk buat tatau. dok xkena, menerap xkena, telentang xkena. rsa nk p pnjat gunung santubong pas2 kawen ngn puteri santubong.

nk hadiah apa xtau. keta, muto, beskat, ketapi, kapai selam, timba, besen, periuk, belanga, garam, gula, kambing, ayam, ikan puyu, stokin, selipar, tedi bear, shawl, anak tudung, telekung. paaanngggg! paseipaaa dia ni  =.="

sebenarnya, umor kita bukan semakin meningkat. tetapi semakin berkurang setahun. renung2 kan dan ucap lah selamat hari lahir kepada saya! :)


d kesempatan ini juga saya ingin mengajak semua muslimin dan muslimat agar sama2 kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Tok Ayah saya yg baru sahaja pergi menyahut panggilan Ilahi pada jam 3 pagi tanggal 1 mac yakni pada hari selasa. Moga roh beliau d tempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Beliau seorang Imam besar Masjid Kg. Padang Lalang, Simpang Empat, Pulau Pinang. saya bangga dgn dia walaupun kami jarang berkomunikasi semenjak saya dtg ke Sarawak ini dan satu hal yg menyedihkan, saya x dapat hadir utk melihat beliau utk kali terakhir. Tok Ayah, Dia lebih sayangkan Tok Ayah. Kami, anak2 dan cucu2, insyaAllah akan manfaatkan segala ilmu yg Tok Ayah pernah curahkan. Tunggulah kami d sana..

Mar 1, 2011

TOLONG LAH. AKU JUGA MANUSIA BIASA.

dingin malam jelas terasa,
ingin ku peluk pujaan hati,
namun mimpi bukan lah nyata,
hanya mainan perasaan sendiri.

cuba bangun utk berdiri,
namun kaki tiada terasa,
apa lagi yg tinggal kini,
hanya rintihan gundah gulana.

semakin jauh cuba ku lontar,
semakin dekat ia kembali,
terbanglah engkau bersama sang camar,
biarlah aku membawa diri.

terlalu lama aku terkhayal,
d buai lagu ciptaan nafsu,
tiada hujung tiada pangkal,
mungkin hanya mampu merindu.

segala janji sudah d cipta,
sudah bersumpah akan setia,
ke mana pergi dia yg ku cinta,
seperti aku si pekak yg buta.

berapa lama harus ku kejar,
aku juga manusia biasa,
jgn sampai aku terlantar,
kerana penat menahan cinta.

dari awal sudah ku pesan,
aku bukan seperti yg lain,
kini engkau mula tertekan,
mahukan benang menjadi kain.

aku tiada kapal yg besar,
utk kau pergi ke pulau sendiri,
hanya jala yg koyak d tebar,
ingin menangkap seorang bidadari.

jika kau mahu sebutir mutiara,
sanggup ku selam hingga ke dasar,
apa yg ada bukanlah sempurna,
maafkan aku jika berkasar.

kerap sudah berair mata,
tidak mendapat cinta manusia,
hanya ku pinta setitik tinta,
utk ku tatap d kala duka.

mampukah aku utk bertahan,
setelah lama menanggung bebanan,
salah kah aku selama pertalian,
aku bersedia menerima celaan.

mentari dan bulan sering bermusuh,
ingin d puja oleh manusia,
pakaian aku walaupun lusuh,
tidak bererti cinta ku sama.

jawapan utk rangkap pertama-

lebih indah mimpi terjadi,
jika d turut merana diri,
sudah selesai berwali berkadi,
peluk lah diri nya sehingga mati.

* saya suka bila saya sedih kerana saya mampu berpantun sesuka hati. terima kaseh sangat2!