Jun 13, 2011

KEKASIH MU.

memberi cahaya bernama suria.
hidupkan flora tanda kuasa.
tiada sekelumit riak dan bangga.
engkau lah Dia, yg maha Esa.

panggilan subuh memuji namaNya.
bergema d setiap pelosok dunia.
namun tidur masih utama.
sedikit pula yg menyembah Dia.

tiba pula waktu bekerja.
semua pekerja mementingkan kerjaya.
tiada kah waktu untuk bersama.
dengan tuhan pencipta mereka.

pulang ke rumah tepat masa nya.
penat lelah seharian bekerja.
Asar dan Maghrib entah ke mana.
lena d buai mimpi senja.

keluar rumah d malam hari.
ingin bersama sahabat tercinta.
berborak melepak sehingga ke pagi.
terus tertidur, Isya' pun tiada.

wahai si hamba lupakah anda.
rezeki dan nyawa, daripada siapa.
syukurlah kamu d beri masa.
selagi pintu masih terbuka.

maafkan aku tuhan yg satu.
banyaknya dosa telah ku beban.
cuba memenuhi lima waktu ku.
dalam dunia penuh hasutan.

berikan aku kekuatan hati.
untuk ku bangun bersama dgn Mu.
jangan biar ku hanyut lagi.
hanya pada Mu tempat mengadu.

terima kasih wahai yg Esa.
atas segala nikmat dari Mu.
sudah lama ku memendam rasa.
dapatkah aku menjadi kekasih Mu..

Jun 1, 2011

MAYA.

ku tatap indah nukilan maya,
kala heningnya subuh terasa,
menggamit memori dahulu kala,
saat kita masih bersama.

engkau hadir bagai cahaya,
sepantas kilat tanpa suara,
sudah tertulis takdir oleh Nya,
bertemu d saat belum upaya.

bukan ku ingin bermain rasa,
tidak pula mencipta derita,
apa ku mahu hanya bahgia,
sesalan d awal pertemuan kita.

kenapa sekarang sering termimpi,
gambaran muncul tak henti-henti,
wajahmu ibarat seorang bidadari,
hanya berkhidmat untuk si suami.

tidak tahu sebab nya kenapa,
ternyata sekejap kita bersama,
tetapi d dalam dimensi masa,
terasa lama aku kau bawa.

jauh mana aku kembara,
hanya nama aku tak lupa,
kerana dgn namanya saja,
mampu ingatkan ku kpd yg Esa.

setiap kali ku baca nota nya,
hatiku d sentap tertanya-tanya,
bagaimana sekarang keadaan diri nya,
moga hidupnya sentiasa gembira.

maafkan segala khilafku dulu,
patut ku tahu sejak bertemu,
engkau ternyata masih ku perlu,
dalam diam aku merindu.

maafkan aku jika kau xsuka. hatiku terdetik ingin bercerita. tiada niat mengembalikan derita. hanya bermain dgn memori yg pernah d cipta. walau ku cuba untuk melupakan, namun kenangan itu datang perlahan lahan. maafkan aku sekali lagi. dari hujung rambut sampai hujung kaki.