Jul 24, 2011

PESANAN TERAKHIR.

pernah kau beri semua yg ada. cuba menghampar selautan permata.
membuka jalan untuk ku berlari. benarkan aku meneroka hati.
engkau menurut tanpa melawan. aku memaksa, tiada belas kasihan.
sakit nya engkau, terseksa nya engkau. hanya tuhan yg lebih tahu.

beribu maaf, berbagai cara. namun ku tahu hati mu sengsara.
ibarat permaidani putih yg tercela. jiwamu yg bersih kini merana.
sinar wajahmu kian malap. berganti pertanyaan yg sukar d jawab.
senyuman manja hilang ke mana. hanya sedu sedan memenuhi ruang masa.

bila kau tanya siapa kah kita? aku terdiam tanpa bicara.
maafkan aku sekali lagi. luka yg kering parah kembali.
hidup mu sukar, laluan mu berliku. bersyukurlah tuhan terlalu sayangkan diri mu.
walau sekejap kita bersama. terima kasih kerana mengajar aku tentang cinta.

Jul 19, 2011

RINDU LAH

Salam.
buat rinduku bertambah dalam. jari jemari mula terasa kaku. berkurun lama ku pergi berlalu. hanya mencari sesuap nasi untuk bekalan anak dan isteri. maafkan aku rakyat jelata, tidak mampu menahan sengketa. sedarkah kalian dunia semakin tua? tak akan bangun selepas rebah. menunggu mentari berubah arah. terlalu banyak berlaku petanda. hanya Dia yang tahu bila waktunya. ku harap masih punya masa. untuk baiki segala yang ada.

siapa yg rindu, sila tekan button like. pandai2 la cari kt mana button 2!