Jan 28, 2012

DIA MUNGKIN MILIK ORANG.

Bukan salah mu aku termanggu,
bukan silap mu aku tertunggu.
Mungkin takdir aku kan lemas,
terkadang mengharap berhujan emas.

Seribu kenangan aku lampirkan,
sejuta kesalahan aku maafkan.
Namun dirimu tak kan kembali,
walau ku rayu berkali-kali.

Setiap detik aku teringat,
saat pertama aku terpikat.
Gadis sempurna bertudung ungu,
wajah yg manis menawan kalbu.

Senyuman itu masih terbayang,
suara itu masih terngiang.
Seperti semalam salam perkenalan,
mungkinkah kini waktu perpisahan.

Oh hati kuatkah lagi,
oh sengsara cukuplah sekali.
Kasihani lah dia yg tidak berdaya,
untuk melawan kehendak orang tua.

Jangan khuatir kekasih hati,
jangan bersedih tanpa ku d sisi.
Tempat mana pun engkau berada,
ingatlah aku walau hanya nama.

Mungkin dia bukan pilihan mu,
siapa tahu dialah jodoh mu.
Walaupun engkau seperti d jual,
tabah lah seperti dirimu kebal.

Aku tetap berada d sini,
menunggu hadirnya dirimu kembali.
Menadah tangan berdo'a pada Nya,
semoga hidup mu tetap sempurna.

Percayalah pada kuasa yg Esa,
takdir tertulis kita berusaha.
Bukan sengaja aku mengarang,
kerana dia mungkin milik orang.


(T__________T)


apa yg boleh aku lakukan..
apa yg perlu aku lakukan.. Ya Allah..

Jan 27, 2012

KENAPA BERAK DI TENGAH MALAM?

Setiap kali korang keluar dari jamban, apa ayat pertama yg keluar dari mulut?

1) fuhhh lega ceq oii!
2) hadoih, saket lagi perot ni.
3) arghhhh pedihnya lubang dubur ku.
4) syukur, dapat juga aku beristinjak.

sudah lebih 15 tahun aku buat kajian tentang reaksi orang yg baru keluar jamban. sekilas pandang muka je aku dh tahu korang ni jenis yg mcm mana. HAHAHA!

kotor ke sembang pasal berak, jamban, etc. ? ye, kotor. HAHAHH! tapi aku nk cite jugak. jamban kt umah aku terletak berhampiran dengan pintu dapur ke-2 yakni seblah bilik air. bukan d dalam, tetapi d luar rumah. tak la sampai berkilometer jaoh nye. gile ke hape! dalam 5,6 langkah, sampai la ke tempat yg d tuju. sapa yg ada tabiat suka berak tengah2 malam macam aku? aku bukan xnak berak tengah hari, tapi panas la. xselesa rasanya kalo nk membuang tym berpeluh ketiak bagai. hahahaha.

tapi aku yakin korang semua mesti jamban sekali ngn tempat mandi kan? sambil mandi pon boleh uuhh uhhkk kan?? ye la, rumah aku ni rumah kampong. jamban lua rumah, jamban cangkung. bukan jamban tempek dubur. tapi apa yg aku nak kongsikan d sini ialah, salah satu sebab aku suka berak tengah malam tym org dh tido sebab aku boleh berak bukak pintu. pelik? tak pelik pon bg aku. oleh sebab jamban aku kt lua, menghadap sawah padi, itu le pasal aku bukak. kang kalo tutup, xtau apa yg ada kt lua. huehuheuheu. lagipon, lampu jamban rosak. lilin xde, torchlight kehabisan bateri, BB Torch pon xterbeli. tapi aku xla londeh semua tym bukak pintu, masih pakai ken basahan dan langsung tidak merenung ke arah bawah, hehe. percaya plisss.

fakta menarik bila korang berak bukak pintu (untuk yg sama kes macam aku la) angin malam yg bertiup sungguh mendamaikan. dengan kehijaun sawah padi yg terbentang luas walaupon xleh nampak sebab tengah malam. in fact, hamboih! aku dapat tengok taburan bintang yg bersepah atas langit. cantik sangat. sukee sangat. suwiit sangat. *muntaaaaaahiii. tapi setakat ni aku belum pernah la terserempak apa2 kt lua jamban tym aku tgh bereksperimen dlm tu. maksud aku, selain manusia dan kucing. berak itu sihat. manusia mana tak pernah berak??

tidak kira lah makanan yg kita makan berharga mahal atau hanya goreng pisang Mak Temah, mahupon cucur kembong Pak Mail, semua akan tetap keluar dari tubuh menjadi tahi. segala zat, lemak, protein, etc. akan d serap ke dalam tubuh dan mana yg tidak d perlukan akan d keluarkan dalam bentuk tahi yg comel gitu. perlu ke rasa geli bila kena cebok kan mak atau ayah kita apabila mereka sudah tidak berupaya nanti? mereka tidak pernah merasa geli untuk membasuh segala kotoran kita sewaktu kita masih kecil. hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada :)

* bagus tak pesanan aku. HAHAHA. nak berak jap. adeh, makan cabai banyak sangat.

Jan 26, 2012

DILEMA SEORANG PENYAMPAI RADIO.

" ok pesanan seterusnya datang daripada latip seman dari kg tertumpah. ditujukan khas buat bekas kekasihnya zenab lajok dengan pesanan abang masih sayangkan zenab. kembali la ke pangkuan abang sementara abang masih belum menopos.. "

pernah dengar tak pesanan yg menggelikan segala bulu? bukan takat geli. tiap kali aku terdengar aku akan sentiasa berbulu. macam pantai* .

" kita dengar pula pesanan yg datang daripada kiah brado. kepada hubby yg duduk seblah dalam kereta ni, semoga cinta kita berkekalan hingga ke akhir hayat.... "

PERLU KEEEEE??

" sms seterusnya datang daripada rejab gurkha. terima kasih buat isteri yg sudah tidur, kerana mengadakan surprise party sempena besday saya yg ke 87. i luv u soo much baby muahx10.. "

SAPA YG NAK DGR??

xpernah ke kesian dekat penyampai radio? xpernah ke pk bpe byk kali dorg termuntah tiap kali baca pesanan yg tak perlu d jadikan pesanan pon! seelok2 nye bg la pesanan ilmiah, bermanfaat untuk masyarakat.

zaman dulu ye. zaman skang, xperlu la kot aku rasa kan. ke perlu?? terpulang la. tapi aku kesian kt penyampai radio. dorang bekerja siang malam nk cari nafkah untuk anak bini. tapi apa yg dorg dpt kalo tiap2 hari termuntah hijau kahak pekat melekat. hal peribadi wat ape la nk d kongsikan beramai2. tak peribadi la namanya ye dop. pape pon, kita perlukan radio. jgn kerana pesanan se ayat, rosak radio teros berkarat.

Jan 24, 2012

EBERIDEY AI EM SHAFELIN.

hamboi terok benor spelling error. dh lama x mengapdet, nk eja pon dh xberapa nk reti. mahap laaa. ye memang aku tgh shafel tgh2 mlm raya cina. salah ke??

sempena ini laya cinia munya oowh, wa mau kasi angpau belupa sabuah cilita la sama kolang2 yg masihi masi melum meniduri anak2 nye puun. ahahah laen pulak maksud nye ye. tetapi kawan2 wa mau celita satu kisa yg mungkin berteladan untu kita samua yg hidup dalam berbidang kawum d Malaysia ibu pertiwi ku ini nye haduuui terok benor nk ckp rope org cina ni!

pada suatu hali yakni hali ahad selepas sabtu, wa sedang asyik berjalan ke hulu hilir bersama wa munya sedale male dan sahobat handai. apabila wa melihat sekeliling, wa mendapati ada sewolang pakcik tua yg tidak diketahuyi identiti sedang asyik berjoget ala2 zapin dan makyong d tengah2 taman rekreasi tersebut. wa pun pelik dan hailan kelana sepanjang wa hilup wa ta pena nampak ada olang berkelakuan seperti pakcik itu nye. jadi dengan penuh lasa ingin tahu, wa mendekati pakcik itu dan memulakan konversasi hamboih.

wa: kenapa pakcik berjoget d khalayak lamai tanpa mendapatkan sebalang payment?

pakcik: pakcik ikhlas nak. pakcik hanya ingin mereka tahu yg adat dan musikal melayu xkan hilang d dunia!

wa: hamboi, pakcik ini semacam memplagiat kelija hang tuah sahaja. jadi mengapa pakcik tidak cuba untuk menonjolkan bakat melalui medium yg lebih efektif? contohnya ploglam lealiti, etc.

pakcik: pakcik xberminat nak. itu bukan tujuan pakcik berjoget. pakcik hanya seorang tua yg ingin mempertahankan apa juga yg masih bersisa dlm masa manusia semakin lupa.

wa: sangat baguih la pakcik iniy kelana sanggup menghabiskan masa tua dengan coba menahan kan apa yg dia masi ingat. anak2 pakcik ke mana? tidak kah meleka tahu akan kegiatan pakcik ini?

pakcik: itu yg pakcik takotkan. sekarang, adat kita sebagai seorang melayu islam semakin pupus d mata generasi muda. mungkin kerana mereka tidak mahu kelihatan kolot dalam aktiviti harian bersama rakan2. aurat terdedah, mereka ketagihan dadah, berpesta & berparti hingga dini hari tanpa rasa bersalah, jauhnya mereka daripada tikar sejadah. jgn jadi macam pakcik, dh tua2 baru nk bertaubat. pakcik takot sgt xsempat nk buat amal ibadat.

wa: pakcik. sangat brilliant kata2 pakcik itu. justelu mengingatkan saya tentang Dhia dili ini yg melupakan seolang hamba yg hina. telima kasih pakcik kelana menyedarkan saya tentang perkala yg seling saya lupa.

pakcik: xpe nak, sementara pintu luas terbuka, marilah kita beribadat bersama. ingat mengingati, ziarahlah kubur si mati, nescaya kita akan lebih berusaha untuk menjadi yg lebih baik d sisi sang pencipta.

wa: ok pakcik tenkiu banyak2. tapi pakcik, suda masuk maghrib, pakcik tamau balek pigi masjid?

pakcik: er.. anak pergi la dulu, pakcik akan menyusul kendian. ada keje sket lg ni..

wa: haiyeeaar ini pakcik oooh. cakap tiale selupa dengan dia munya pembikinan nye pun kini haduii.

begitulah dialog yg dh d potong oleh penapis dialog antarabangsa atas sebab2 ingin menjaga tata susila. ingatan untu sedale male d lua sane dan juga dili ini sendili, andai masa suda tiba, tiada apa dapat membantu kita melainkan ibadat yg d terima oleh Nya. mudah mudahan segala apa kebaikan yg d lakukan biarlah dgn hati yg ikhlas suci. jgn mengharap pujaan manusia, tidak kekal selama lamanya. damba lah redha daripada Nya, insyaAllah bahgia dunia, selamat d sana..

xde pantun2. xlarat nk pk. HAHAHA! BAI