Jun 23, 2010

ADOI. FENIN PALA!

AMARAN! Sila duduk dengan tertib dan patuhi semua tingkah laku yang normal. Mata d hadapkan ke hadapan, bukan ke belakang. Tangan memeluk tubuh dengan erat. Kaki jangan d angkat melebihi paras kepala. Kepala jangan d dongakkan ke atas. Telanlah panadol jika anda merasa penin. Jauhi daripada 'migrainer' kerana gambar d bawah hanya akan menambah burukkan keadaan bagi mereka. Zoom in~


: Jika anda terus ikuti pergerakan dot pink itu, ia akan terus menjadi pink. Ok, sekarang, anda fokuskan dekat (+) tengah 2. Haa.. Jadi kaler pe?? eh2, pehal senyum2.. teruja la 2..


: Nampak orang ke? Xde pon sebenarnya..


: Dah2! jgn tgk lama2. hoho


: Kira titik cekelat yg ada. 


: Nampak x orang kt situ?



: Ni xde pape. Saje nk memeningkan kepala. hoho


: Eh2. bergerak lak dia.


: Belah mane ni??

Adoi2. Aku dh nk muntah tgk yg penin2 ni. Jom muntah ramai2! 


AGAK PELIK SIKIT DARIPADA BIASA.


Lamanya nk tggu match ARGENTINA jap g. Aku pon mengambil inisiatip utk membaca benda2 pelik dlm dunia kita ni. Ish, banyak betol kan benda pelik. Nak tau x aku baca ape? Haa, jom baca sama2. Mayb ada yg kamoo suma dah terbaca seblom ni kan. Pe pon, mari lihat kebesaran Allah S.W.T~

ULAT DALAM MATA!

1. Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. Huh. Pe kes ulat leh ada dlm mata. Aku yg rasa sakit! hoho.

LEMBU KEPALA DUA!

2. RIVERA – Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak.

Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota.

Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.

“Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan,” kata isterinya, Rosario Leyva.

Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan.

LAMPU ABADI!

3. Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah itu memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut menemukan sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala hinga selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu adalah sangat mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini. Akan tetapi, tidak ada bukti yang menguatkan teori-teorinya itu. Orang pintar seperti apa yang membuat lampu yang tetap terus menyala hingga 1,500 tahun?


BESAR PUNYA TELOR!

4. Beijing – Pemilik seekor ayam di China ini menyatakan yang ayam peliharaannya telah mengeluarkan telur yang layak direkodkan di Guinness World Records. Telur itu didapati tiga kali ganda lebih besar dari telur ayam biasa.

Zhang Yinde, pemilik ayam di Suiling, Provinsi Heilongjiang, China telah menyimpan telur tersebut di dalam peti sejuk beku supaya tidak busuk.


“Saya mendapati rekod dunia sebelum ini adalah 176 gram, saya percaya, telur ayam milik saya akan dapat memecah rekod.” kata Zhang Yinde baru-baru ini.

“Telur itu sama seperti telur lain cuma ia lebih besar dan kulitnya agak kasar sedikit. Saya memutuskan akan meminta pihak Guinness mengesahkan rekod telur ini.” katanya. Adakah telor anda sebesar ini?? hoho. Pertanyaan untuk ayam ye. Jangan perasan pulak! huh.

BESAR DARI MEOW2!

5. Tikus tersebut, di mana beratnya 6 pound dan ekor sepanjang 12 inci telah ditangkap pada satu hujung minggu di kawasan perumahan Fuzhou, di mana bandar yang mempunyai lebih 6 juta penduduk.

Mr Xian, orang yang bertanggungjawab dalam menangkap tikus terbabit berkata semasa beliau sedang menyapu di jalan raya di depan rumahnya, beliau ternampak segerombolan orang berkumpul seperti melihat sesuatu yang pelik. Beliau yang kemudiannya terus bergegas ke situ dan melihat seekor tikus gergasi sedang cuba untuk meloloskan diri dari pandangan orang ramai.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan, mungkin binatang ini adalah satu jenis haiwan yang jarang ditemui dan mampu menjadi penemuan spesis baru, beliau mula mendapat semangat untuk menangkapnya. “Ya! Saya berjaya. Saya berjaya menangkap tikus sebesar seekor kucing ini!” katanya sejurus sahaja berjaya menagkap tikus itu di genggaman tangannya.

Pihak universiti tempatan telah mengkaji haiwan tersebut dan mendapati haiwan ini tergolong di dalm jenis ‘bamboo rat’ berdasarkan gambar yang diperolehi mereka. Namun begitu kata mereka lagi, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan bahawa benar tikus ini tergolong dalam golongan tersebut.

Tikus golongan ini amat jarang ditemui di mana-mana dan ianya mungkin berasal dari negeri selatan China, Burma ataupun Vietnam. Namun begitu, ‘bamboo rat’ yang pernah dijumpai di Sumatera masih lagi memegang rekod tikus terbesar di mana ukuran panjangnya mampu manjangkau sehingga 30 inci panjang dan juga seekor tikus yang ditemui di negara Afrika yang mana panjangnya dipercayai dilaporkan sepanjang 36 inci. Meow2 takot nk makan. hohoho

IKAN STYLO!

6. LOS ANGELES – Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.

Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.

Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.

Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.

Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan
.

Memang smart kan! hoho. Ciptaan manusia mcm mana pon xkan dpt melawan ciptaan Allah~ Seperti lampu tadi. Memang la dia da lame menyala. Tapi matahari? Xkan pernah padam anak2 sekalian. hoho. Eh dah pukol 2 la. Jom tgk bola jap g! Seblom 2 kena buat kopi ngn megi. Laparnya!! Jom2~

Jun 22, 2010

TANGISAN SUAMI, KEBAHAGIAAN ISTERI


 | NASI TANGAS |

HAAA! Pernah dengar? Atau pernah buat?? ish3, harap2 xde la ye. Nama lain nya nasi kangkang. Semalam, tgh aku syiok menonton Portugal membelasah Korea Utara, mama aku pon sebok dok story telling kt aku. Dia cite, kwn kpd kwn dia, punya anak sedara belah makcik dia punya kwn, cite kt dia. hoho. Ada la hamba Allah yg sggup buat mcm 2 dkt suami dia.. Sampai suami dia jadi mcm org bodoh, ikot je pe yg dia 2 ckp, walaupon dulunya, si suami terkenal dgn keganasan dan kepanas barannya yg tersendiri. Nak tau mcm mana nk buat bnda haram 2? Xyah la ye.. Berdosa anak2 sekalian. Aku sebagai lelaki turut merasa jijik dgn perbuatan isteri seperti itu. Untuk menyejukkan dan mengikat hati suami, mcm2 lagi cara yg dok ada. Suma yg halal. Berpandukan ayat Al-Quran, ikot cara isteri2 zaman para anbiya', amalkan surah2 tertentu. Bukan susah pon, daripada engkau dok 'kangkang' kt nasi yg akan d makan oleh si suami. Free2 je xcium bau syurga. Mama aku pon berpesan, hati2 pilih isteri nanti. Biar yg tahu hukum hakam nye. hoho. Semenjak dua menjak ni, dh xsesabor dia nk menantu. Sabor ye mama! Ha, jom baca artikel ni pulak :

Harian Metro : Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.

Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.

Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.

Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.

Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya.

Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.

Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.

Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.

“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.

Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.

Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.

Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.

Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.

Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.

“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan.

“Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.

Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.

Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.

Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.

“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.

Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.

“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.

“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.

Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.

Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.

Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.

“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah.

“Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya.

Baca 2. Jgn nk buat2 xnmpak pulak. hoho. Memang, kadang2 si suami pon salah. Tapi wajar ke isteri amek jln pintas dgn buat benda yg x d redhai Allah? Cemburu tandanya sayang. Tetapi! Kalau dh sggup buat mcm 2, sayang lg ke nama nya?? Semua orang pernah melakukan kesilapan. Sebab 2 kita d beri peluang utk bertaubat. Sama2 kita pikirkan yg terbaek utk diri sendiri ye. Moga2 segala apa yg kita doakan utk kebaikan, akan menjadi kenyataan. Amin~

PALE HANGGUK KAU LA PORTUGAL!


 | SEVENTH HEAVEN |
HAHA. Jgn marah ha.. Sesungguhnya Portugal sengaja membelasah Korea Utara sehingga mata mereka menjadi makin sepet. hohoho. Jahat tol. Op op jgn silap. Aku menyokong ARGENTINA ye tahun ni..
Check dis out!
:  Jurulatih Korea Utara Menyalahkan dirinya sendiri.


Mula2 aku tgk diorang maen 1st half, xsangka la diorang punya semangat menyeksa Korea Utara sampai sebegitu sekali d 2nd half nye. Kesian betol la muka GK Korea 2. Tapi walau seteruk mana pon diorang kena belasah, adakah pasukan MALAYSIA dapat menandingi pasukan belasahan 2? Haish. Bukan mengutuk la.. Kamoo ni. Bila agaknya kita leh masok WORLD CUP kan. Asek gelakkan orang je.. hoho. Jom lihat gambor2 diorang :


haa. Korang tgk bahagian mana 2?? d dlm gmbar -Simao-

Yg ni la 1st goal scorer. Encik Raul Meireles.

Semasa menjaringkan gol. Fuh terbelahak coach Korea.

Lepas da masok gol. Ape punya gaya daa.

ahaha. Lucu x? Aku rase lucu. ahakahak.

sape x knal yg ni. Hensem x?? muahahaha. ~im not gay~

Lepas da menang, xdek de nk mikir halal haram. maen pelok je. hahaha.

Itulah serba sedikit. Eh jgn lupa tgk SPAIN jap g ek. Mane la tahu kan. Nasib diorang berubah pasni. Pe pon, kemenangan mmg d perlukan sbb diorang da kalah match 1st hari 2.. Jom tgk. zZzZz


Jun 18, 2010

AKU.SAYA.BUKAN KAU.ATAU DIA. 2


Eh2, yg ni pon ada '2'. muahahaha. Aku berminat nk bgtahu kpd sesape yg nk rapat ngn aku. (ada ke.) 
BEWARE! 
Anda tidak berada d zon selamat. Kerana banyak perkara yg kamoo belom tahu pasal aku. hoho. Hari tu pon aku dh ada bgtahu kan. Tapi itu secara spesifik dan skema. Kali ini adalah secara rawak dan biadab! mungkin perkara ini xpernah anda dengar daripada tokwan @ pakcik2 anda! Kepada wanita2 yg sarat mengandung, jgn baca kalau mahu anak anda d deliver kan pada tarikh yg sepatotnye. hohoho.

Aku xpernah berasa kesorangan sejak kecik sebab aku ada kembar!

Aku xtakot utk berseorangan malah itulah perkara yg aku suka!

Aku mudah utk mempercayai. Tetapi sgt susah utk buat org pecaye kt aku!

Aku sgt suka menerima dan sangat susah utk memberi! (hati dan perasaan. haiseh!)

Aku sangat malas. Jarang melihat aku rajin dan study dgn tekun!

Bercita-cita tinggi tetapi xberusaha utk mencapai apa yg d impi kan!

Aku sangat2 degil dan tidak suka mengikut ckp org laen! (kecuali mak ayah ye)

Aku xberapa suka keluar ke mana2 tetapi suka melepak d kedai kopi!

Aku pantang melihat yg ber dahi licin! (bukan botak)

Aku xsuka cakap banyak2. Membazir tenaga.

Aku suka lari dari masalah drpd cuba menyelesaikannya.

Aku suka kan haiwan. Lebih daripada manusia zaman sekarang!

Aku sukakan benda yg comel. Dan ingin mencomelkan apa yg ada!

Aku sukakan tumbuhan. Mereka hidup dgn tenang! Tanpa mereka, matilah kita!

Aku suka membazir masa begitu sahaja. Tidak kesah keadaan yg bosan.

Kerana aku sendiri pon seorang yg membosankan!

Aku sukakan wang. Tapi tidak sukakan harta pusaka. Xsuka berebut-rebut!

Ingin memegang duit sendiri. Tetapi suka menghabiskan duit 'PT' !

Xsuka tempat yg ramai orang. Kalau boleh aku sorang je!

Aku xmalu utk berhadapan dgn org ramai. Tapi malu utk menegakkan kebenaran!

Relakan apa pon terjadi kpd diri sendiri. Tanpa berusaha utk mengubah persepsi.

Suka menangis tetapi xsuka menginsafi apa yg telah terjadi.

Sangat kedekut. Dan pemurah. (ada tym dia.) Ikot suka ati je!

Dan yg paling JAHAT! Cepat bosan dgn apa yg ada! paham2 ye.

Huh, agak banyak dh. Tapi aku rasa byk lagi belom d tulis. hohoho. Jadi jgn la dkt ngn aku. Sebagai KAWAN, aku yakin aku mampu menjadi sahabat yg baek. Tetapi, kalau sebagai EHEM2! Aku belom bersedia lagi yop! Mayb belom ter pk nk kawen. Yg tahu enjoy aje sepanjang hidop ni. Ape la nk jadi. Tapi itu la kenyataan nya. Sape yg tanak berubah utk menjadi yg terbaek utk pasangan masing2 kan. Aku harap aku akan berubah satu hari nanti. Ke arah yg lebih baek. Amin~