Sep 7, 2010

KERANA DIA.. MERAH..


Aku hanya kesunyian, ketika pertama kali aku kenal Merah..

Tidak pernah berjumpa.. Tetapi aku pernah melihat dia, kala senja melabuhkan tirainya..

Memang, Merah.. Sangat berani, sangat mempersona, sangat menarik perhatian..

Kemudian Koko hadir ketika berjauhan.. Mampu untuk menarik perhatian aku..

Dekat, rapat, cukup memahami.. Rela berkorban, sanggup dipijak..

Ketika ini Merah mula menjauhkan diri kerana tidak mahu bekongsi..

Dalam masa yang sama, aku berkenalan dengan Putih..

Sucinya, Tulusnya, Halusnya, Terlalu bertimbang rasa..

Aku tidak layak untuk Putih, dia terlalu mulus bagi ku..

Masa berlalu, aku masih bersama Koko.. Tetapi hati ku masih berwarna Merah..

Di dalam Merah, tiada campuran Koko.. Tetapi di dalam Koko, aku nampak Merah..

Merah kembali ketika aku dalam dilema.. Masa menentukan, ketika itu aku bersama Biru..

Lembut, Tenang, Aman.. Tiada sengketa cuma derita..

Kerana Biru ada penjaga.. Yang tiada timbang rasa..

Merah sentiasa tersepit di antara dua warna..

Sedih lah Merah kerana sering dipersalahkan..

Akhirnya Merah mengambil keputusan.. Yang membuat aku menyesal..

Setiap senja, aku mengharapkan akan bertemu kembali dengan Merah..

Sehingga lah aku berjumpa Pelangi..

Terlalu lengkap, Terlalu istimewa.. Aku takut akan merosakkan susunan yang indah itu..

Tiba-tiba Merah hadir, mengimbau kembali kenangan itu..

Tetapi hadirnya tidak seorang.. Merah bersama Hati..

Hati itu memang milik aku.. Merah ingin pulangkan kerana dia tidak mampu untuk menjaga nya lagi..

Merah berlalu pergi tanpa membawa apa-apa bersama..

Mungkin dia tidak perlukan Hati ini lagi kerana Hati ini telahpun luka dan berdarah..

Tetapi Merah lupa, untuk mengubati Hati nya sendiri..

Yang kini masih dalam jagaan ku..


korang x paham kan?? hehe. Sape leh teka dengan betol, aku bagi kucing sekor! =)
Tapi xyah teka pon xpe. Xde kaitan lah dengan korang.. ahax ahax!

shhhhhh!

Sep 5, 2010

TIDAK FAHAM..


Tidak perlu menyentuh untuk menyakiti..

Tidak perlu memeluk untuk di cintai..

Tidak perlu merawat untuk mengubati..

Tidak perlu merintih untuk di kasihani..

Kita hanya perlu..

Bersuara untuk menyakiti..

Memandang untuk di cintai..

Senyuman untuk mengubati..

Ketulusan untuk di kasihani..

Kesalah fahaman adalah perkara biasa..

Berfikir lah secara positif, moga kita aman dunia akhirat..

Susah kan kalau orang suka salah faham..

Bukan dia tak boleh faham, tapi dia tak mahu paham..

Fahamkan lah diri anda sebelum anda di fahami..

aiyaaa..


DI MANA HATIKU..


Alhamdulillah dah pun selamat sampai..

Tetapi agak berlainan cuti kali ini..

Jasadku ada d rumah.. Tetapi hatiku tiada bersama..

Hati, pulang lah..

Hati, aku rindu saat kita bersama..

Hati, walau di mana pun kini kau berada, ingatlah..

Hanya aku tuan mu.. Dan jangan pernah lukakan dirimu sendiri..

Kerna aku juga akan terluka.. Baiklah kau di samping siapa pun yang memegang kau..

Tapi apa pon aku happy sangat dapat tgk mama, abah.. Alhamdulillah diorang sehat..

Cuma hati aku..

Di mana hati ku.. Awak amek?

Sape awak?

=)

Takpe lah Lisa Surihani, awak amek je la hati saya.. I rela.. ahax ahax!

(asal asek Lisa yg jadi mangsa utk jadi awek)


Sep 3, 2010

LELAKI ITU..


Seorang lelaki hadirkan diri untuk mencintai wanita.. Dia tidak malu untuk mengatakan cinta..

Walaupon dia tahu risiko akan di reject namun dia berani kan diri..

Dia mula menyemai rasa kasih dan membajai hubungannya dengan penuh rasa sayang..

Setelah sekian lama, dia mula mendapat hasil daripada usahanya itu..

Pada awalnya dia masih belum mahir dalam mengendalikan jentera perasaannya sendiri..

Seringkali dia tersalah guna lalu merosakkan sedikit demi sedikit batas hubungan yang di bina..

Dia mula mencari ilham agar perasaannya itu dapat dikawal..

Suatu hari dia bertemu dengan PakCik pengalaman..

Ya, PakCik pengalaman itu banyak memberi tunjuk ajar kepada nya..

Pesan PakCik pengalaman, Fahamkan dan Percaya lah..

Dia mula memahami perasaannya sendiri sebelum dia cuba untuk memahami perasaan wanita itu..

Setelah faham, dia terus membajak kepercayaan terhadap hubungan nya..

Dia berjaya membaiki kembali kerosakan yang dibuat..

Tetapi tidak lama.. Kali ini dia terlebih guna pula akan perasaannya..

Cemburu, marah, datang tanpa henti..

Dia mula bingung.. Akibat daripada perasaannya yang melebih2 itu..

Si wanita mula merasa janggal dan hairan..

Akan bahagiakah aku dengan lelaki seperti ini? kata wanita itu di dalam hati..

Lelaki tadi tidak tahu apa yang dia harus lakukan..

Sayang nya dia kepada wanita itu tidak lagi boleh di soal..

Tetapi sayang nya itu lain daripada orang..

Dia seperti mengikat, menghukum, menindas wanita itu tanpa sebarang ikatan..

Dia menutup ruang udara di dalam dunia wanita itu..

Dia merampas kebebasan dan kesenangan wanita itu..

Walaupon dia sendiri tidak mahu berbuat demikian, tetapi dia terpaksa melakukannya..

Di dalam otak dan kotak hatinya hanya seorang yang ada..

Ya, wanita itu..

Pernah wanita itu bertanya, tiadakah ruang untuk aku bersama sahabat2 ku? (yang lelaki)

Dia jawab, akan ada ruang itu.. Bila kita tidak lagi bersama..

Wanita itu sekadar bertanya, tiada niat dirinya mahu menduakan lelaki itu..

Memang lelaki itu terlalu pentingkan diri dan perasaannya berbanding perasaan orang yang dia sayangi..

Tetapi sebab itulah juga, dia dapat membuka mata wanita itu terhadap mainan dunia..

Lelaki memang ego dan pentingkan diri..

Lelaki lebih sensitif berbanding wanita..

Lelaki lebih lembut hatinya berbanding wanita..

Lelaki sebenarnya seorang yang sangat setia..

Walaupon di cop sebagai player, namun hatinya cuma ada seorang wanita..

Walaupon beristeri empat, tiada yang dapat mengalahkan sayang nya terhadap isteri pertama..

Siapa lelaki di atas?

Ya.. Lelaki itu adalah lelaki ini..


Sep 2, 2010

MAAFKAN AKU..


Kenapa cemburu itu perlu.. Bila sayang sudah ada..


Kenapa cinta itu harus.. Bila lelaki bertemu wanita..


Kenapa perselisihan sering berlaku.. Bila kita semakin rapat..


Kenapa ramai yang ingin mengganggu.. Bila kau sudah ada aku..


Aku tidak sekuat gajah..


Aku tidak sekacak panda..


Aku tidak sepandai kancil..


Aku juga tidak serajin semut..


Aku hanya ada sekuntum senyuman, untuk mu jaga agar tidak layu..


Aku hanya ada sekeping hati, untuk mu simpan agar tidak dicuri..


Aku hanya ada kata yang manis, untuk mu telan agar terubat duka mu yang pahit..


Aku juga cuma ada dua bahu, untuk mu bersandar bila perlu..


Adalah lebih baik seorang perempuan mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang dia cintai..