Nov 8, 2010

ADUUH..

Musim exam..
Musim accident..
Musim bencana..
Musim merana..
Musim kelaparan..
Musim kebuncitan..
Musim sedih..
Musim merajok..
Musim bawa diri..
Musim malas mandi..
Musim ini d kenali musim GILA..
Ye aku tau korang busy, aku pon busy jugak..


Tapi aku dah bosan ngn template nih. Aku nk ubah..
Tapi tersangat la MALAAASS!
Serius memang aku nk ubah..
Tapi serius jugak memang aku malas..


Korang free x?
Nak tolong aku x??
HAHAHA!


Sape leh tolong aku edit, jadi seperti apa yg aku inginkan..
Dah sebulan xupdate, suma orang tuka template. Ciss..
Sape nk tolong leh tolong..
Sape tanak tolong, tolong blah..


Memang aku paksa korang tolong aku. Nak benci aku pon benci lah..
Aku dh xlarat nk edit2, lagipon memang aku xreti hape pon..
Jadi meh tolong aku edit, xpon bagitau ape yg patot aku edit.. 
Aku serius ni. Xpenah aku seserius ni..
Dengan penoh serius, aku nk berkias.


Mengapa d cari puteri d gunung, andai d hati tersemat bidadari..
Mengapa bermimpi menjadi raja, andai realiti ilusi semata..
Mengapa menangis bazirkan air mata, andai senyum itu penawar duka..


Ternyata sukar ku sentuh jiwanya, kerana tiada lintasan bayangnya..
Ku cuba berdiri gagahkan hati, hanya ku mampu merangkak pergi..
Sakitnya jasad tidak ku peduli, apa ku mahu damai d hati..


Tolong aku.. Ok.. Nanti aku bagi no. tepon umah atok aku.. Leh calling2. kan..

Nov 6, 2010

KEMBALI!

Fuhh.. Puuuhhh! Shhuuhh! Huuuhh! Cuuuhh! Duuuhh! juuhhh! aeiouuuhhh! pehal tuan meow nih..

Lama.. Serius lamaaa! Dekat sebulan x hapdet! Wadefak wadefak..

Jangan tanya aku pehal. G tanya lecturer2 aku yg bg esemen sampai x ingat dunia ni hanya sementara T.T

RINDU GILA KAT KUCING AKU ATAS 2!

Meh papa kiss2 hug2 meh. muacks2! mucha cha! ahah. GILA!!

Serius lagi. Memang aku dh gila buat esemen ala2 10 proposal PTA. Apedehal. Baru dunia. PTA akhirat lom siap! wuwuwu. wuwuwu. wuwu lagi. wuwuwuwu lagi lagi. 

Banyak la benda aku nk story. Tapi xde masa sbb masa dh xde.  t(-.-!)t

Aku rasa rindu nk melampias dan menghamburkan kata2 sepatah dua kata =.='' buat kwn2 belog aku.

Cukup la mlm ni. Esok kalo d beri waktu utk bersama, aku akn hapdet lg. Jom bejalan! lama x jalan weh! Moh ramey2 kita g daki puncak cinta teragung.. =.=''

Izinkan aku akhiri dengan 15 rangkap pantun :

Ungkaplah cinta sambut tanganku,
Ku hadir kini meneman mimpi mu,
Maaf ku pinta pada perindu,
Kini ku kembali ingin bertemu..

Sekian~ 

Para penonton : Mana lagi 14??

Pemantun : Satu je aku ingat.. T____T

Oct 14, 2010

SATU PENGERTIAN..



Maaf kan aku, aku tiada hak.. Aku tidak punya apa.. Aku hanya mampu tebalkan muka dengan meminjam dan terus meminjam sesuatu yang aku tidak punya hak..

Aku cuba untuk berdikari, nyata terlalu sukar bagi ku.. 
Aku cuba untuk mempunyai sesuatu namun aku tidak mampu..
Aku cuba untuk menahan diri, namun aku terlalu tidak sempurna..
Aku terlalu lemah, terlalu mudah untuk menyakitkan pihak lain..
Aku cuba untuk kuat, namun hati ku nyata terlalu lemah.. 

Apa gunanya aku ada jika hanya menambah derita..
Apa gunanya aku ada jika hanya merosakkan suasana..
Apa gunanya aku ada jika hanya terus berharap..
Apa gunanya aku ada jika hanya menambah kebencian..

Maafkan aku sahabat..
Maafkan aku kekasih..
Maafkan aku Penciptaku..

Satu yang aku pasti, aku terlalu sayangkan semua yang berada d sekeliling ku..
Sahabat, Kasih..

Oct 3, 2010

PERCIKAN ASMARA..

Pehh tajuk.

Ketika aku mula membakar sumbu pelita jiwa, aku tidak sedar yg aku sedang berada d kawasan yg penuh dgn cahaya cinta.. Cahaya itu menyaksikan pelbagai jenis warna daripada setiap sudut hati manusia..


Aku terpesona dengan keindahan biasan kasih dari pantulan perasaan cemburu yg acap kali berubah arah..


Selepas sumbu aku nyalakan api, terdapat percikan asmara yg berterbangan mengikut arah yg tersendiri..
Aku cuba lari namun percikan itu sentiasa memburu aku..


Aku mula terfikir, bagaimana aku boleh pastikan pelita jiwa itu tidak akan terpadam.. Andai ia nya terpadam, bermakna tiada lagikah peluang utk aku nyalakan kembali?

Oct 1, 2010

PILIHAN..

Jika d beri bulan dan matahari, akan aku pilih bulan..
Biar tidak memberi cahaya, asal tidak memberi kepanasan..


Jika d beri permata dan kaca, akan aku pilih kaca..
Biar tidak setanding nilainya, asal tidak pandai berbangga..


Jika d beri hujan dan pelangi, akan aku pilih hujan..
Biar tiada apapun warna, asal hadir tanpa d paksa..


Jika d beri suara dan mata, akan aku pilih mata..
Biar tidak boleh berkata, asal selamat dari sang dusta..


Jika d beri bahagia dan sengsara, akan aku pilih sengsara..
Biar nikmat tidak terasa, asal tahu hargai cinta.. 


Jika d beri bantal dan lengan, akan aku pilih lengan..
Biar tidak empuk rasanya, asal tidak d buai lena..


Jika d beri kau dan dia, akan aku pilih...


Mengantok lak.. tido dulu! zzz~