Dec 10, 2010

SURAT CINTA PERTAMA.

Result kua hari ni. oh alhamdulillah. walaupon x sehebat korang tapi aku cukup syukur dah sbb x ada kena repeat. aku fobia sebna nye repeat meng repeat ni. huhukk. boleh la mintak tiket nak pegi paris daripada abah ku. ha, hari ni jugak telah sampainye surat cinta pertama ku daripada encik nuff. dpt la jugak duit poket sket. ciss mmg la xbanyak tapi cukup la kan nk buat belanja tym honey moon nanti.

malaaass sangat nk update. tunggu orang 2 on9, xjugak on9. dah berkurun tunggu. dan berkurun jugak aku dah melepak kt umah je membesarkan telinga. sudah tiba masanya aku merantau keluar mencari rezeki utk anak isteri. papai suma have a great holiday! esok kenduri, lusa kenduri. x berasap lagi la dapur mama aku. huh!

Dec 8, 2010

RINDU.



jaga ku tidak seindah mimpi. hanya berteman kamar yang sepi.
bagaimana nanti jika kekosongan sudah d isi..

semua laki boleh jadi suami. tapi boleh ke tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dgn sepenuh hati tu yang aku cuak2 kucing sket. bukan tak nak, tapi takot tak termampu. ingat senang ke nak jaga anak orang? nak bagi makan pakai perlindungan semua cukup. mama aku selalu dok pesan, jangan tengok paras rupa. hati yang penting. kalau dia cintakan Sang Pencipta lebih daripada segalanya, selamat la hang dunia akhirat. macam selalu aku akan buat donno je, xbes langsung topik perbualan. bukan orang nak kawen lagi pon. haha! tapi tetiba aku ter pikiaq pulak malam ni. xtau paseipa.

aku ingat nak suroh mama aku je carikan. restu yang penting, cinta ke hape xde hal punya. tapi la kan, aku macam ragu2 jugak. ada jugak yang mak pak xsuka awal2 tapi lama2 ok pulak. kalau mengikut kondisi aku sekarang ni, memang xlayak lagi la nak jaga anak orang, tapi kegatalan tu memuncak dua tiga hari ni. mungkin kesan baligh kot. haha!

sebenaqnya aku tamau cita pasai ni pon. kepada bakal isteri yang aku tak tahu sapa lagi :

awak rindu saya tak? saya rindu awak. saya harap saya masih boleh merindui awak walaupon kita d takdirkan tidak bersama sehingga akhir nyawa. untuk pengetahuan awak, saya mengalami penyakit sindrom tak berapa nak betol, tapi saya harap awak tetap bersama saya susah dan senang. itu pon dah cukup bagi saya. saya xperlukan seorang yang menggembirakan saya dengan penipuan. saya xperlukan seorang yang menyelesakan saya dengan lakonan. saya cuma perlukan seorang yang menyakitkan saya dengan kebenaran. awak boleh buat yang tu x? kalau betol awak tulang rusuk saya, awak jangan risau. awak akan tetap berada d sisi saya selama lamanya. tangan saya akan melindungi awak. kaki saya akan melangkah untuk awak. hati saya akan melekat kat awak. inshaAllah, selagi saya masih bernyawa, saya akan jalankan kewajipan saya terhadap awak. zahir, batin, atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang (oh haram), fizikal, mental, emosi, persepsi, resepi, dan pepsi.



sekian, dari suami mu :
kaki penipu punya olang. haiyaa. jangan kawen sama saya la. hahah manyak cina jugak ooh!



Dec 5, 2010

AKU ADA Ps.

yeay akhirnya aku berjaya mengadakan potosop dlm laptop aku. haha...

hahaha..


hahaha. ahha. haha. haa...... =.="


aku nak buat header. tapi xreti la nak tekan2 butang dlm Ps tu. banyak sgt, penin pala tgk.

xpe la, lupakan! baek aku maen game. hahaha!

eh sape yg reti xnak ke ajar aku? (muka bersinar2 seperti baru selesai menunaikan haji).

Dec 4, 2010

ADAMAYA DAN SENYUM SORANG2.

Kali ke-2 aku tgk adamaya. ape kena dgn aku ni. argh! bagi aku la kan, adamaya dgn lagenda budak setan merupakan antara cite melayu yg aku mampu tgk. selain daripada cite2 yg lawak la. melayu kalo buat cite lawak memang tiptop. gua salut lu bro saheizy sam. lu memang ketat. tapi kalo cita sedih, jiwang, seram, ngeri, dongeng, kebanyakannya aku xmampu tgk. bukan aku xmenyokong industri hiburan tanahair. cehlamak. tapi aku x mampu nak tgk.

pelakon. yes, faktor yg amat penting. dalam menjayakan sesebuah scene, pelakon perlukan penghayatan bagi setiap baris ayat supaya penonton dpt feel dan mesej yg ingin d sampaikan. ramai pelakon kita berbakat, mmg pandai berlakon. bukan sekadar d lokasi, sehingga ke luar pon diorang dpt belakon dgn baik. tetapi, kadangkala, kesungguhan bagi mengeluarkan suatu produk yg bernama filem masih d takuk yg lama. apa aku ckp ni. sebagai contoh, filem P.Ramlee. sape xsuka? berkali2 tgk pon xakan bosan. walaupon dh tahu hujung pangkal, tapi masih gak kita mampu tgk sebab ape? haaa, itu kita xtahu. haaaha. sebab, kita boleh nampak kesungguhan diorang. zaman tu apa je peralatan yg ada? tapi diorang menggunakan semua bahan2 yg ada utk mencantikkan flow cerita tersebut. bukan aku meng kondom kondem cita melayu. bukan, tidak sama sekali. cuma aku tertanya2. bila kita mampu lakukan macam filem2 antarabangsa.

2 ALAM! sape dah tgk, mengaku cepat! haha. aku ada la terbaca sinopsis cite ni. ok, memang mesej yg ingin d sampaikan agak berat tapi mudah je nak paham. x salah, d galakkan utk kita berpesan2 tentang kebaikan melalui medium hiburan. tapi, aku xrasa pon nak tgk cite ni. kenapa kah? tepuk kepala, tanya cendawan. hee, ok xde kaitan. ikutkan hati, banyak sebenarnya cerita2 melayu yg aku ingin sgt tgk, tapi... hati aku ni, sakit. jiwa aku kacau. perasaan jadi xtenteram. rasa serba salah. nak tekan butang play pon macam xsanggup. maaf ye peminat2 cerita melayu, aku x macam korang. aku ni alien kot, dari planet garurumon.

macam aku kata tadi, bukan semua cerita melayu aku xmampu tgk. aku sedar, aku melayu. xpenah pon nak bajet mat salleh @ mat kacau, isnin-khamis 6.25 ptg saluran 611. aku tau mesti ramai yg nak marah aku sebab aku dari planet lain, tapi aku kena jaga hati aku jugak. xkan aku nak bia hati aku sakit semata2 nak bahagiakan org lain. kalau aku sebok jaga hati orang, sapa nak jaga hati aku.

"ingat, bukan semua orang sebaik adam. mungkin adam boleh lepaskan kau kalau kau rampas maya dari dia. tapi bukan aku. bagus kau jgn tuduh2 n ganggu sara. " kata sharom kpd dani ketika diorang terserempak depan 7E. haha. dialog adamaya. jgn terasa la sesapa yg bernama macam d atas. ciss.

aku serius ni. chong wei pon kalah, pelapis kita mana. bola pon kena ngn indon 5-1. pengarah, penerbit, nama2 baru xada ke. nak jugak aku rasa sentuhan org2 baru. ceh macam dh lama hidop je kau kan. cakap pandai la, buat tengok. suma org akan ckp mcm ni bila mereka terasa tercabar dan d cabar oleh tohmahan2 dan kritikan2 daripada masyarakat sekeliling. my abah pernah berpesan satu ketika dahulu ketika kami d landa krisis. kita memang sudah berusaha, tapi belum yg terbaik. untuk dapatkan yg terbaik, kita perlu usaha yg terbaik. kalau setakat melepaskan kahak d atas batu yg berada d bawah tangga, belum cukup dik. banyak lagi kita kena buat. macam mana nak buat? kena usaha. macam mana nak usaha? kena rajin. macam mana nak rajin? jgn malas. macam mana nak malas? tido. dah aku ngantok, jom tido. oh korang kena tgk gambar mamat ni :



memang mintak siku ngn buku lali muka dia ni! hahahaha

gelak la, tunggu pe g. hahaha! sape x gelak dia suka mamat atas ni.

Dec 2, 2010

APA NAK BUAT.

BOSAN!

APA NAK BUAT NI!

TOLONG!

oh hari yg baik utk  bersama family..


penyeri hidupku..



hepi family. kahkah!


BOSANNYA! XTAU NAK BUAT APA! urgh.