Jul 24, 2011

PESANAN TERAKHIR.

pernah kau beri semua yg ada. cuba menghampar selautan permata.
membuka jalan untuk ku berlari. benarkan aku meneroka hati.
engkau menurut tanpa melawan. aku memaksa, tiada belas kasihan.
sakit nya engkau, terseksa nya engkau. hanya tuhan yg lebih tahu.

beribu maaf, berbagai cara. namun ku tahu hati mu sengsara.
ibarat permaidani putih yg tercela. jiwamu yg bersih kini merana.
sinar wajahmu kian malap. berganti pertanyaan yg sukar d jawab.
senyuman manja hilang ke mana. hanya sedu sedan memenuhi ruang masa.

bila kau tanya siapa kah kita? aku terdiam tanpa bicara.
maafkan aku sekali lagi. luka yg kering parah kembali.
hidup mu sukar, laluan mu berliku. bersyukurlah tuhan terlalu sayangkan diri mu.
walau sekejap kita bersama. terima kasih kerana mengajar aku tentang cinta.

Jul 19, 2011

RINDU LAH

Salam.
buat rinduku bertambah dalam. jari jemari mula terasa kaku. berkurun lama ku pergi berlalu. hanya mencari sesuap nasi untuk bekalan anak dan isteri. maafkan aku rakyat jelata, tidak mampu menahan sengketa. sedarkah kalian dunia semakin tua? tak akan bangun selepas rebah. menunggu mentari berubah arah. terlalu banyak berlaku petanda. hanya Dia yang tahu bila waktunya. ku harap masih punya masa. untuk baiki segala yang ada.

siapa yg rindu, sila tekan button like. pandai2 la cari kt mana button 2!

Jun 13, 2011

KEKASIH MU.

memberi cahaya bernama suria.
hidupkan flora tanda kuasa.
tiada sekelumit riak dan bangga.
engkau lah Dia, yg maha Esa.

panggilan subuh memuji namaNya.
bergema d setiap pelosok dunia.
namun tidur masih utama.
sedikit pula yg menyembah Dia.

tiba pula waktu bekerja.
semua pekerja mementingkan kerjaya.
tiada kah waktu untuk bersama.
dengan tuhan pencipta mereka.

pulang ke rumah tepat masa nya.
penat lelah seharian bekerja.
Asar dan Maghrib entah ke mana.
lena d buai mimpi senja.

keluar rumah d malam hari.
ingin bersama sahabat tercinta.
berborak melepak sehingga ke pagi.
terus tertidur, Isya' pun tiada.

wahai si hamba lupakah anda.
rezeki dan nyawa, daripada siapa.
syukurlah kamu d beri masa.
selagi pintu masih terbuka.

maafkan aku tuhan yg satu.
banyaknya dosa telah ku beban.
cuba memenuhi lima waktu ku.
dalam dunia penuh hasutan.

berikan aku kekuatan hati.
untuk ku bangun bersama dgn Mu.
jangan biar ku hanyut lagi.
hanya pada Mu tempat mengadu.

terima kasih wahai yg Esa.
atas segala nikmat dari Mu.
sudah lama ku memendam rasa.
dapatkah aku menjadi kekasih Mu..

May 22, 2011

TUDIA AWEK. MAI PAKAT PILIH!

saya tahu, ramai dalam kalangan anda yang fanatik K-POP. sebagai contoh, dengan kehadiran mat dan minah 24:7 dan Gula2 membuat anda semakin teruja. betol? *muntah. bukan saya ingin mengotak ngatikkan industri hiburan tanahair namun kenapa harus pulon terok sangat? kenapa tidak menubuhkan sebuah kumpulan yang bertemakan etnik kreatif d mana lirik dan lagu menjurus ke arah keMalaysia-an dan kesopan santunan dalam memupuk semangat toleransi antara kita sebagai rakyat berbilang kaum. ini yang saya nak marah ni! sekali lagi saya tekan kan, bukan semua yang kita nak akan kita dapat. jadikan mimpi sebuah realiti andai hati terpatri rasa ingin berdikari, bukan setakat hanya pandai memasak dan telan kuah serta memetik daun kari

tujuan utama saya menaip sambil berdiri d hadapan PC bukanlah untuk menceritakan tentang peha ahli Gula2 mahupon biceps 24:7, tapi hat ni. haa, maih kita pakat ushar awek2 aku yang dh lama aku tinggai tang korea nuh. hahaha. awak jangan marah, ni kisah dulu2. barang yang lepas jangan d kenang. sesungguh nya aku minat drama korea, lagu korea, band korea. tapi band laki haram satu pon aku xamek kesah. salah ka laki minat korea? aku tanya hampa ni, salah kaaaa??? lagipon aku x tengok laki. xpa kan? kan3?? 

tapi aku malaih nak tulih banyak2. aku nak bagitau la yang aku gila kat SNSD ngan F(x). lama dah aku perati depa, sejak dari bangku sekolah lagi =.=''''''' mai2 tengok gambaq lepa.


aku sukaaaaaaaaaaaaa arghhh *pengsan


gulp. slurrrp slurrp! haha. bergurau2. mana da gatai haishh. dah depa dok tayang, bukan aku nak tengok. mau koma mama aku tengok menantu lagu ni =.=''


haaa hat ni pun buleh. tapi awai2 tengok depa ni dulu macam kompius plak dengan Gula2. kan? kah kah kah!! tengok betis la der. betis besaq perdu nyioq dok p tayang kat orang. tapi si krystal ni adik kepada jessica. p tengok balek hat SNSD ataih 2. mai usha depa dua plak. jom2 tunggu dok g!


si kakak Jessica. meow2


si adik Krystal. meow2 lagi. hehe. penin pala mama aku nak pilih. hahahaha!



tu xlain dok sembang pasai aku la tu. hehe malu aih!


aku dah habaq, xpayah dok cari aku. aku dah ada marka, tapi depa xmau dengaq. ikut suka hampa la. tapi Yoona, awak cinta pertama saya. saya xkan lupakan awak. muah crit crit!


awat yang manis sangat. tapi len kali pakai la seluaq. xpa2 walau camna pon, kasih saya xkan berubah :)
moga suatu hari nanti awak akan berubah Yoona. hahaha ayat nak menikah awai. gatai!



May 21, 2011

PEMILIK SENYUMAN ITU.

penat. sudah jauh aku berjalan, mendaki gunung duka tanpa khabar gembira. kebasahan dalam hujan air mata, ketandusan d tengah padang sahara. tenggelam d hanyut lautan tinta. tanpa ku sedar, aku lemas dalam bernafas. mencari udara d luar dunia untuk hidupkan semula hati yang mati. semangat aku berlalu pergi, tinggalkan diri merana sendiri.

masih terbayang sekuntum senyuman. yang pernah bersama mengiringi cubaan. hadirnya ia bagai bayangan. hilang tatkala malam tanpa cahaya bulan. cukup sudah menyeksa aku, pulangkan kembali senyuman itu. tidak banyak yang aku pinta, hanya sekuntum senyuman bersahaja, yang pernah membuat aku gundah gulana, merasa resah tidak kira masa.

sampaikan hasratku ini kepada nya. senyum lah kembali, agar aku boleh redakan jiwa yang sentiasa bergelora. nafsu yang tiada tara. sedekah kan aku senyuman itu, supaya kita dapat bersatu kembali.

malas nk hapdet. muahhahah muaaaa muahah muahahahaha! adeh2 saket prot. jom g jamban :)