Apr 13, 2012

PINTU MASIH TERBUKA.

Cuba menangkap si kupu-kupu,
Menghayun tangan, lari melulu,
Sudah berbulan tidak bertemu,
Assalamualaikum semua, harap sihat selalu?  <----- (Tanda soal)

______________________________________________________________________


Bagaimana dalam laut nan biru,
Tak kan tenggelam rasa kasih ku.
Namun ramai masih terlupa,
Dunia kini d hujung usia.

Kasihkan dunia biarlah bersederhana,
Cintakan akhirat hingga hujung nyawa.
Sekadar peringatan buat diri,
Bukan mencari bahana ego yang tinggi.

Ingin bercerita suatu kisah,
Sebelum hari beransur cerah,
Antara manusia yang merasa megah,
Dengan hamba Nya yang terlalu lemah.

Sesuatu terjadi d sekian hari,
Mungkin ujian dari Ilahi,
Datanglah manusia, salah d cari,
Dia tergamam mulut terkunci. 

Apa salahku? si dia bertanya,
Maafkanlah andai tersalah bicara,
Manusia tidak menjawab apa,
Hanya renungan yang penuh 'manja'.

Dia bingung dalam kesima,
Mengapa manusia sedemikian rupa?
Atau mereka sengaja bercanda?
Mungkin hanya mahu bergembira.

Tetapi masih sehingga kini,
Tiada sepatah kata d beri,
Apa salahnya, dia mencari,
Adakah manusia memang begini?

Setiap hari dia merana,
bergelumang dengan hukuman manusia,
Tidak cukup d caci hina,
Pintu d hempas d depan muka,

Bagai menelan segumpal jarum,
Pedih nya rasa sebak d dada,
Hati yang remuk cuba bercantum,
Ingin menyambung ikatan semula.

Manusia gembira fitnah berleluasa,
Harta dan pangkat menjadi kuasa,
Hanya menuding jari tentukan siapa,
Yang berhak berada bergembira bersama.

Lupakah mereka yang Maha Kuasa?
Siapa mereka, tetap hamba Nya.
Walau sedunia harta yang ada,
Bukanlah milik peribadi manusia.

Mengapa manusia suka yang sementara?
Sedangkan syurga ada d sana,
Bagaimana pula dengan neraka?
Azab d sedia bagi mereka yang alpa.

Biarlah masa tentukan segala,
Hanya mampu terus berdo'a,
Kepada Dia yang Maha Esa,
Ampunkan kami selemah-lemah hamba.

Namun aku bangga dengannya,
Masih tersenyum dalam hiba,
Mampu ketawa penuh ceria,
Terima saja apa yang d tentukanNya.    (",)




*dua bulan aku khatam running man. ep 89 lom donlod. arghhhhh! HIHIKKK


Feb 18, 2012

MENYENTUH HATI ITU.

*tengah malam membawa aku ke alam sentimentalisma. kisah benar ini berlaku dalam abad ke- 27.

Pernah juga aku bertanya,
Kenapa dia yang harus ku puja?
Mungkinkah kerana luaran dan rupa?
Atau harta sembahan dunia?

Lalu ku nekad untuk bersuara.
Engkau siapa, muncul kenapa?
Ingin membuat aku sengsara?
Atau menjerat apa yang ku rasa?

Seterusnya aku sambung berkata.
Sudah tahu salah siapa.
Engkau hanya membawa derita.
Memaksa aku terlibat bersama.

Amarahku kian menjadi jadi.
Ego melambung naik meninggi.
Memandang dia jijik sekali.
Aku terus menghina dan memaki.

Dia terdiam kaku di situ.
Hanya menahan tohmahan melulu.
Sebelum sempat berkata sesuatu,
Dia meratap tangisan lalu.

Aku ingin dia berlalu.
Tidak tahan melihat penipu.
Tetapi dia tetap membisu.
Menapak perlahan meninggalkan aku.

Mengapa dia tidak melawan?
Apa benar seperti d perkatakan?
Aku terbayang dia berkata 'bukan'.
Tetapi nyatalah itu khayalan.

Selepas sebulan dia pergi,
Setiap hari aku bermimpi.
Dia menangis saban hari,
Mengharap aku terimanya kembali.

Tersedar aku dari fantasi.
Mungkinkah fitnah berjaya lagi?
Menghukum mereka yang asyik berjampi,
Dengan mentera hukuman diri.

Kenapa aku terburu buru.
Melihat pilihan hanya satu.
Aku terlupa solusi beribu.
Yang boleh membuka lembaran baru.

Memang sesalan tiada guna,
Aku bertekad bertemu dia.
Tidak kira d mana dan bila.
Hanya ku perlu jawapan tulus nya.

Terkial aku mencari dia.
Di alam mimpi mahupun nyata.
Usahaku kini hanyalah sia.
Kerana dia tidak lagi bernyawa.

Jika diberi peluang walaupun satu,
Aku kan berusaha sehabis mampu.
Bukakan semua halangan dan pintu,
Untuk ku kembali menyentuh hati itu.


T__________________________T

Feb 15, 2012

IMPIAN TERTINGGAL D KEYEL.

Oleh kerana aku baru pulang dari Keyel, aku ingin menceritakan satu cerita yg menarik khas buat seisi keluarga d malam minggu kala hujan renyai renyai. Begini, bermulanya sebuah kisah:

Selesai berkeliaran d kota metropolitan, aku bersama dua orang sepupu telah pulang ke rumah dengan hati berbunga bunga kerana dalam perjalanan balek, aku sempat memetik 13 kuntum bunga yg berada d tepian jalanraya dan menyelitkan d telinga.

Aku (dan sepupu): " kami dah pulang emak buat cucur, blalalalala~ sambil melompat lompat kambing ".

Mamaku: Ha elok. dah balek pon anak mama tersayang. Ni, tadi ni ada la jiran depan nu mai panggil p kenduri arwah lepas isya' nanti. Satg ang p la ngn Mat, Leman, Tok jab, Pak itam sekali. (sapa dia pon tak tau)

Aku: Jiran hat mana? sambil buat muka baru lepas cirit dengan pedihnya.

Mamaku: Tu la, hat berdepan ngn rumah Ravianajranehi Silamanggagamimuthu tu. (bukan nama sebenar)

Aku: Hemm, ok la ok laaa. Justeru, aku menyanyi lagu still loving u dengan penuh emosi.

Mamaku terus berlalu d ganti dengan hembusan bayu dan sehelai daun kering yg berterbangan d ruang tamu.

Selesai solat isya' d surau bertepian, aku dan seorang sepupuku lantas pergi berlalu ke tempat yg ingin d tuju. On the way nak p tu aku sempat la berbual dgn sepupuku mengenai masa depan yg kelihatan semakin ke depan.

Aku: Dengaq crita, makcik umah hat kenduri tu buleh gagah.

Sepupuku: Mende ko ni doe. (Keyel accent). Jande dah tu tapi memang r tak d nafikan die hot la juge sebagai seorang mama doeee. tapi ko kene tengok ank sulung die, OMG OMG! nice gileee doeeeeee.

Aku: Apa dia ang mrepek ni. Dah2 aku nak p memenuhi jemputan d samping membuat amal, ang dok pikiaq pasai keindahan duniawi paseipa. Aku tak mau benda2 macam tu merosakkan niat kita pada awalnya. (nice gile pemuda ini kan? kan?? kannnn??)

Sepupuku: Ok2 fine. takpe, gua nak tengok muka lu bile nampak anak makcik tu. kita tgk sape terberak dulu!

Aku terkentut kecil dan bermain teng teng sambil melangkah terus menuju destinasi.

Sesampainya kami d rumah tersebut, sudah ada lebih kurang 20 orang yg sedang duduk menanti bacaan tahlil tok imam. aku dan sepupu hanya duduk d luar menanti makanan tiba. huhahhuhaaha.

Tidak terlalu tiba tiba, melintaslah seorang gadis bertudung tak berapa labuh berbaju tak berapa kurung dan berkain tak berapa nak batik sangat d hadapan kami. aku yg pada ketika itu tengah mengelamun saat saat bahgia bersama Siti Nurhaliza terus terkesima. gadis tersebut meletakkan dulang makanan d hadapan aku dan sepupu. oh ayu tidak terkata, bibir merah bak delima, melentik sedepa alis matanya, ingin ku tanya siapa nama, namun dia berlalu tanpa kata, apa kena dia senyap sahaja, apa cerita apa cerita?? aku pusing sebelah, sepupuku tengah khusyuk memejam mata menggoyang kepala mengikut tahlil yg d baca.

Sekian terima kasih.

memang camni ending dia. HAHAHA

Feb 14, 2012

IZINKAN AKU.

" izinkan aku titiskan, airmata keresahan ku... blablablabla~" berkumandang lagu tersebut d celahan stereo audio yg terpasang dalam keta bapak aku. pada mulanya ketika bapak aku menyatakan hasrat untuk ke Keyel dua tiga hari, aku dah mula rasa semak perot. sebab aku nak terberak tym bapak aku ajak tu. memang mood aku tengah serius so aku harap korang buat muka serius bila baca post ini. kalau boleh seserius mungkin, macam tengah meneran tahi yg keras berbentuk pisang.

dalam perjalanan nak ke Keyel tu, sempat la kami berhenti d beberapa perhentian yg menyediakan perkhidmatan jamban etc. dah setaon lebih rasanya tak menjejakkan kaki kt kl. dalam pada dok berhenti berehat apa suma, dan la aku pekena teh halia. saja nak buang angin yg membengkak dalam tubuh. punya borink xtau nak buat apa, aku pon maen lompat bergalah dengan adik aku d blakang. bapak aku yg drive sebab dia cakap dia akan drive selagi dia berkemampuan untuk drive, bukan sebab dia tak nak bg aku drive. so tak pe la, its ok papa. i lap u.

dalam keheningan perjalanan tersebut, tiba tiba mamaku bersuara dengan garaunya:

Mamaku: Hemm, mama musykil la..

Aku: kenapa mama? katakanlah, katakanlah, percayalah.

Mamaku: Mama nak hampa cari menantu hat berjenis sket. mama tgk budak2 la ni, payah la nak jumpak hat ayu sopan tak gedik tak terkinja sini sana. memang ramai hat lawa, tapi suma bukan taste mama. pakai tudung, baju lengan pendek. pakai baju kurung, ketat kat pungkoq. pakai tudung tutup suma, baju plak nampak garisan bra. haih, risau la bila mama pikiaq hampa esok ni lagu mna..

Abahku: ............ (teruskan pendrivean beliau tanpa mengambil kisah apa yg d perkatakan. memang kool papaku ini)

Aku: Baik mama. andai itu yg mama mahukan. tetapi d mana akan kami cari wanita impian mama itu?

Mamaku: Malas aku. orang cakap sunggoh2 tak pernah nak serius.

Baru aku sedar sudah sampai masanya aku fikirkan masa depan bersama seorang wanita bergelar isteri. ingat senang sebagai seorang lelaki sejati? sebelom kawen fikir lah betol2. kita akan hidup bersama dia sampai hujung nyawa. buruk baik, hodoh lawa, yg penting hati. dah ready lom? aku tak pe, lom baligh. hohahohaaargh

Siti, umpama purnama yg sedang merindu, aku buka diari hatimu. Sungguh aku cinta padamu, walau beribu jerat percintaan yg kau pasangkan. Wajah kekasih yg kau paparkan, mengingatkan aku tentang nian d hati. Kesilapanku adalah keegoanmu juga, jangan kau membuka bicara manis yg menghiris kalbu.

Aku rindu Siti yang dulu. oh sory. Dato' skang, hukhuk T____________________T



i miss u Dato' !


Feb 8, 2012

SOLAT OI.

Bila lapar, kita hanya perlu melantak.
Bila ada duit, kita perabeh sampai wolet rabak.
Bila sedih tengok drama, kita menangis terbahak bahak.
Bila borink dok umah, kita lompat keluar melepak
Bila sakit perut, kita cepat2 pegi berak.
Bila nak pegi Pahang, taknak lalu highway Karak.

tapi bila azan berkumandang?

time tu la tersedu tersedak sedak.
time tu la nak tunjuk hijaunya kahak.
time tu la buat buat pekak.
time tu la ada hal pulak.
time tu la buat taik mata berkerak kerak.
time tu la bersolek bermacam celak.
time tu la tak ingat dia dah xde mak bapak.

Ingin aku ingatkan diri sendiri dan rakan taulan. Solat itu TIANG agama. Lakukan lah hal duniawi selepas kita menunaikan tugas sebagai hambaNya. Mencintai akhirat tidak bermaksud meninggalkan hal dunia. Kalau tiang tak pernah kukuh, macam mana rumah nak bertahan lama??? Nak ke hidup takde rumah??? Ni yang nak marah ni!!!


*masih lagi dalam mood tacing. kucing aku mai bulan pulak dah. otoke otoke otokeeee!