Feb 9, 2011

AKULAH SANG MENTARI YANG SENTIASA MEMBAKAR DIRI.

mentari muncul dlm keheningan pagi sesudah subuh. tika itu aku masih sibuk menyelimut tubuh.

mentari cuba sinarkan cahaya, agar aku segera membuka mata.

mentari tersenyum melihat aku mula bangun. mungkin dia telah berjaya mengajak ku melupakan mimpi dan berhadapan dgn realiti.

harapannya untuk melihat aku bangun dan mengejar impian tidak menjadi.

segera aku menarik tirai, menghalang cahayanya daripada terus menyentuh pipi.

mentari kecewa, lalu dia terus berlalu pergi. hadirlah hujan yg sebelum ini bersembunyi.

hujan terus melakukan tugasnya, memberi minuman pada sang flora.

hujan gembira kerana flora telah mengucapkan terima kasih kepadanya.

setelah habis membasahi permukaan bumi, hujan pun pergi untuk mengumpul air kembali.

mentari masih lagi berduka namun dia terpaksa juga melakukan tugasnya, mengeringkan apa yg telah hujan basahkan.

ketika ini muncul lah pelangi, yg sentiasa mendapat puji.

mentari tahu, dia hanya berguna d waktu semua orang ingin mengeringkan pakaian.

ketika orang ingin kesejukan, dia yg mendapat caci maki.

semua makhluk menjadi saksi, sinar mentari penting bagi isi bumi.

namun, pengorbanan nya dengan membakar diri sendiri ternyata sia2.

tiada yg mahu hargai. bagaimana kita nanti jika mentari tidak akan kembali?

gelap dunia, tiada cahaya. malam dan siang tiada beza. matilah tumbuhan tiada nyawa.

jangan mengeluh, belajar bersyukur. insyaAllah mentari akan muncul lagi :)

4 comments:

azwa amani said...

best...

Ajelip™ said...

mataceh :D

Cikbelog said...

hai mentari.heehee


p/s : kebizian ciket. sem ni agak padat. tu yang lama tak blogskodeng.hehe

Ajelip™ said...

oh xpe cik belog :) maceh ye singgah