Oleh kerana aku baru pulang dari Keyel, aku ingin menceritakan satu cerita yg menarik khas buat seisi keluarga d malam minggu kala hujan renyai renyai. Begini, bermulanya sebuah kisah:
Selesai berkeliaran d kota metropolitan, aku bersama dua orang sepupu telah pulang ke rumah dengan hati berbunga bunga kerana dalam perjalanan balek, aku sempat memetik 13 kuntum bunga yg berada d tepian jalanraya dan menyelitkan d telinga.
Aku (dan sepupu): " kami dah pulang emak buat cucur, blalalalala~ sambil melompat lompat kambing ".
Mamaku: Ha elok. dah balek pon anak mama tersayang. Ni, tadi ni ada la jiran depan nu mai panggil p kenduri arwah lepas isya' nanti. Satg ang p la ngn Mat, Leman, Tok jab, Pak itam sekali. (sapa dia pon tak tau)
Aku: Jiran hat mana? sambil buat muka baru lepas cirit dengan pedihnya.
Mamaku: Tu la, hat berdepan ngn rumah Ravianajranehi Silamanggagamimuthu tu. (bukan nama sebenar)
Aku: Hemm, ok la ok laaa. Justeru, aku menyanyi lagu still loving u dengan penuh emosi.
Mamaku terus berlalu d ganti dengan hembusan bayu dan sehelai daun kering yg berterbangan d ruang tamu.
Selesai solat isya' d surau bertepian, aku dan seorang sepupuku lantas pergi berlalu ke tempat yg ingin d tuju. On the way nak p tu aku sempat la berbual dgn sepupuku mengenai masa depan yg kelihatan semakin ke depan.
Aku: Dengaq crita, makcik umah hat kenduri tu buleh gagah.
Sepupuku: Mende ko ni doe. (Keyel accent). Jande dah tu tapi memang r tak d nafikan die hot la juge sebagai seorang mama doeee. tapi ko kene tengok ank sulung die, OMG OMG! nice gileee doeeeeee.
Aku: Apa dia ang mrepek ni. Dah2 aku nak p memenuhi jemputan d samping membuat amal, ang dok pikiaq pasai keindahan duniawi paseipa. Aku tak mau benda2 macam tu merosakkan niat kita pada awalnya. (nice gile pemuda ini kan? kan?? kannnn??)
Sepupuku: Ok2 fine. takpe, gua nak tengok muka lu bile nampak anak makcik tu. kita tgk sape terberak dulu!
Aku terkentut kecil dan bermain teng teng sambil melangkah terus menuju destinasi.
Sesampainya kami d rumah tersebut, sudah ada lebih kurang 20 orang yg sedang duduk menanti bacaan tahlil tok imam. aku dan sepupu hanya duduk d luar menanti makanan tiba. huhahhuhaaha.
Tidak terlalu tiba tiba, melintaslah seorang gadis bertudung tak berapa labuh berbaju tak berapa kurung dan berkain tak berapa nak batik sangat d hadapan kami. aku yg pada ketika itu tengah mengelamun saat saat bahgia bersama Siti Nurhaliza terus terkesima. gadis tersebut meletakkan dulang makanan d hadapan aku dan sepupu. oh ayu tidak terkata, bibir merah bak delima, melentik sedepa alis matanya, ingin ku tanya siapa nama, namun dia berlalu tanpa kata, apa kena dia senyap sahaja, apa cerita apa cerita?? aku pusing sebelah, sepupuku tengah khusyuk memejam mata menggoyang kepala mengikut tahlil yg d baca.
Sekian terima kasih.
memang camni ending dia. HAHAHA
3 comments:
tak payah nak keyel sangat la kan. haha
hahaha
Akhirnya sepupu yg memenuhi jemputan di samping membuat amal, dan takfikir keindahan duniawi
Lalalalala~~
Post a Comment