Feb 4, 2012

TERUNA BANGUN LEWAT AKAN DAPAT JANDA TUA.

"Bangun hoi! Apa lepas subuh p tibai tidoq balek. Mangkitttt!!!! Janda tua dah dok talipon hang tu. mangkit kaih! ". Jeritan itu sering aku dengar memecah hening pagi yg membuai aku ke alam mimpi penuh fantasi tanpa sedikit pun berkait rapat dengan dunia realiti.

Lalu sepantas kilat aku bangun berdiri tegak sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan lantang sebelum penampar sulung mama aku hinggap d dahi.

Kes2 yg macam ni la selalunya membuatkan lahirnya anak luar nikah dan pembuangan sampah yg semakin banyak dari hari ke hari. Pernah dengar akan pesanan orang tua-tua yg berbunyi seakan-akan begini? Sedalam mana akal mampu menerima logik tanpa bukti yg kukuh? Perkara ini yg akan kita bincang dan kupas d pagi yg indah dan aman permai ini.

Perkara pertama yg akan aku buat bila bangun tido ialah mengucapkan syukur kerana masih d beri nyawa dan peluang untuk bertaubat. (baik nye laaa anak sapa la ni!) Tipu. Mesti tengok henpon dulu kan? Konon nak tengok jam pukul berapa padahal mengharap mesej dan miskol daripada peminat seluruh dunia.

Perkara kedua yg sering berlaku kepada pemuda pemudi zaman sekarang ialah terus beronline dengan muka yg tidak d basuh beserta gigi yg tak pernah d cuci. Bukak FB konon nak tengok hal dunia semasa padahal mengharap penuh dengan like dan notifikasi serta orang yg mensubskripsi. (perkataan xwujud kat google translate ohhh demm)

Perkara ketiga yg orang dulu buat selepas bangun tido dan mandi ialah mengemas rumah, basuh baju, cuci pinggan mangkuk dan mangkuk jamban manakala si jantan telah hilang pagi2 buta mencari rezeki untuk anak bini. Orang zaman sekarang, selepas bangun tido seawal waktu tengah hari, terus bukak FB gosip sana sini sambil menonton tv selain mengharap makanan akan datang bergolek ke kaki. Pernah makan kaki? Ni yg nak marah ni!! Benci3! (sambil tangan menumbuk2 manja meja @ dinding)

Ke mana hilang nya adab dan tatasusila. Buka mata hanya untuk makan dan online. Apa semua ini? Apakah semua ini? Apa cer semua ini?? Peringatan untuk diri sendiri dan sesapa yg terasa. huhahuha. Aku pun tak suka bangun lewat2, nanti badan jadi lemau macam lembu baru nak berak. tahu? Kekadang tu terlajak la jugak tido, tapi sampai petang JE. hahaha.

Yang tak bangun lagi lepas aku post pasal ni, lebih bek korang bangun. Sebelum aku g bangunkan korang dengan cara yg mesra. BANGUNNN!!

5 comments:

syafiqa said...

bangun lewat nanti x subur la.
lalalalaa

Ajelip™ said...

hahaha. nmpk sgt ko subur

ratu zuleyqha said...

opss !!! sy bgn pg, tp sy x troz on9 pas bgn tdo buktinya bru skrg sy bce entry neyh.. hehee

Ajelip™ said...

ha ye2. sy pecaya! haha

Athirrawr said...

bangunkan cara yg mesra acane ah ? haha !