Menghayun tangan, lari melulu,
Sudah berbulan tidak bertemu,
Assalamualaikum semua, harap sihat selalu? <----- (Tanda soal)
______________________________________________________________________
Bagaimana dalam laut nan biru,
Tak kan tenggelam rasa kasih ku.
Namun ramai masih terlupa,
Dunia kini d hujung usia.
Kasihkan dunia biarlah bersederhana,
Cintakan akhirat hingga hujung nyawa.
Sekadar peringatan buat diri,
Bukan mencari bahana ego yang tinggi.
Ingin bercerita suatu kisah,
Sebelum hari beransur cerah,
Antara manusia yang merasa megah,
Dengan hamba Nya yang terlalu lemah.
Sesuatu terjadi d sekian hari,
Mungkin ujian dari Ilahi,
Datanglah manusia, salah d cari,
Dia tergamam mulut terkunci.
Apa salahku? si dia bertanya,
Maafkanlah andai tersalah bicara,
Manusia tidak menjawab apa,
Hanya renungan yang penuh 'manja'.
Dia bingung dalam kesima,
Mengapa manusia sedemikian rupa?
Atau mereka sengaja bercanda?
Mungkin hanya mahu bergembira.
Tetapi masih sehingga kini,
Tiada sepatah kata d beri,
Apa salahnya, dia mencari,
Adakah manusia memang begini?
Setiap hari dia merana,
bergelumang dengan hukuman manusia,
Tidak cukup d caci hina,
Pintu d hempas d depan muka,
Bagai menelan segumpal jarum,
Pedih nya rasa sebak d dada,
Hati yang remuk cuba bercantum,
Ingin menyambung ikatan semula.
Manusia gembira fitnah berleluasa,
Harta dan pangkat menjadi kuasa,
Hanya menuding jari tentukan siapa,
Yang berhak berada bergembira bersama.
Lupakah mereka yang Maha Kuasa?
Siapa mereka, tetap hamba Nya.
Walau sedunia harta yang ada,
Bukanlah milik peribadi manusia.
Mengapa manusia suka yang sementara?
Sedangkan syurga ada d sana,
Bagaimana pula dengan neraka?
Azab d sedia bagi mereka yang alpa.
Biarlah masa tentukan segala,
Hanya mampu terus berdo'a,
Kepada Dia yang Maha Esa,
Ampunkan kami selemah-lemah hamba.
Namun aku bangga dengannya,
Masih tersenyum dalam hiba,
Mampu ketawa penuh ceria,
Terima saja apa yang d tentukanNya. (",)
*dua bulan aku khatam running man. ep 89 lom donlod. arghhhhh! HIHIKKK
1 comment:
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Post a Comment