Jul 4, 2012

LINDUNGILAH DIA.

Walau sejengkal jarak dia dan aku,
aku tak berupaya, masih tak mampu.

Walau bersemi rasa yang aneh,
tiada sesaat ku rasa letih.

Walau terbuka pintu kasihnya,
ku langkah lemah tiada nyawa.

Bukan aku tiada rasa tentang apa yang di damba.
cuma terkadang alpa dengan permainan dunia.
kuasa harta perlukan segala.
walau hidup cuma sementara.
rela ku korban semua yang ada.
demi kepentingan dia sahaja.

Lindungilah dia walau di mana dia berada.
Lindungilah dia daripada ketamakkan seorang manusia.
Walau sesama hamba, mereka masih cuba menganiaya.
Lindungilah dia dari segala bencana.
Lindungilah dia dari seksa sengsara.
Lindungilah dia dari mereka yang hanya merosakkan dirinya.

Berikanlah perlindungan dan keredhaan kepada hambaMu yang lemah dan hina.