Jan 26, 2011

Jan 25, 2011

PELANGI PERGI TINGGALKAN IMAGINASI BERMAIN SENDIRI.

mungkin di bulan lebih banyak udara dari bumi yang penuh nafas benci.

memang sutera itu lembut. tapi hati manusia tidak sekeras besi mampat.

mungkin airmata si semut lebih bernilai daripada tangisan palsu seorang yg tidak memahami.

memang kambing xperlu mandi. tapi hati manusia ternyata lebih busuk.

mungkin kita terpaksa berkeras dalam usaha untuk melembutkan.

memang air tak kan pernah patah. tapi hati manusia juga tiada tulang.

kita xkan mampu menyelam selamanya dalam air berlumpur.

bukan masalah dengan siapa kita berada.

tapi siapa yang kita nak jadi.

bukan masalah d mana kita lahir.

tapi d mana kita tempatkan diri kita.

bukan masalah bila kita perlu habiskan.

tapi bila kita akan mulakan.

dan bukan juga masalah apa yang kita dah lakukan.

tapi apa yang kita perlu lakukan.

bukan senang nak luah kalau tak telan.
xperlu luah. cuma simpan.
teruskan makan. buat bekalan.


dah selesai merepek. BYE!

Jan 21, 2011

HARAPAN AKHIR ZAMAN.

pernah dulu aku hanyut. dalam kepalsuan lautan air mata.

pernah dulu aku terlantar. d sudut hati yang sunyi sepi.

pernah dulu aku terbiar. tanpa belas ehsan manusia.

pernah dulu aku sesat. dalam dunia yang penuh noda.

pernah dulu aku keliru. bermain perasaan kala otak ku buntu.

namun aku bersyukur. kerana Engkau hanyalah Satu.

aku bersyukur berada dalam kalangan keluarga yang menyembah Mu.

walau sejauh mana aku hanyut. walau d tempat mana aku terlantar. walau aku hanya insan terbiar. walau dunia cuba bertakhta. walau aku sentiasa menemui jalan buntu. Engkau tetap ada untuk aku.

aku sentiasa berharap. aku akan temui jalan menuju redhaMu.

Jan 19, 2011

MUNGKIN DUNIA TERLALU INDAH.

berselimut dalam kedinginan pagi bersama pusingan kipas bernombor 3 atau berpendingin hawa 23 darjah celcius menyebabkan tubuh kita lemah, terlalu liat untuk bangun. mungkin terlalu takut untuk menyentuh air yang d rasakan terlalu sejuk. sesungguhnya tidur itu memang indah. bagi mereka yang menghargai masa tidur yang sepatutnya. sedarkah kita bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba? apakah tugas seorang hamba? hanya DUA rakaat subuh pun kita tak dapat tunaikan kerana merasakan tidur yang cukup adalah lebih penting daripada bangun menyembah sang pencipta.

ketika masuk waktu lunch. selepas puas membaham segala macam makanan, rezeki yang Dia bagi, adakah kita mengucapkan terima kasih? bersembang, bergosip, sampai habis waktu lunch, kemudian masuk kerja balik. berapa banyak masa yang kita ada untuk Dia? tidak perlu mengetepikan dunia. cukuplah sekadar mengingati apa arahan Nya. waktu yang Dia susun sudah terlalu cantik. bersesuaian hingga akhir zaman.

ketika mahu pulang kerja, letih. mengeluh dalam kesesakan trafik. perlukah kita bersesak? salahkah jika berhenti sekejap, menunaikan apa yang dia arahkan? kereta dari mana datang? duit untuk membeli kereta dari mana datang? kerja yang kita dapat supaya boleh menyara keluarga, dari mana datang? semua itu rezeki. kita boleh ucap terima kasih pada seseorang yang memberi BlackBerry Torch sebagai hadiah hari jadi. kenapa kita tidak mahu ucap terima kasih kepada pemberi nyawa?

sesampainya d rumah, terus melandingkan diri atas sofa yang empuk. bukak tv, tengok Tiramisu. azan maghrib berkumandang, baru nak mandi. kemudian bersiap2 nak keluar makan dengan housemate2 lain. mungkin tak salah kalau keluar ketika orang lain sedang berjemaah d masjid yang berada d sebelah rumah. sudah biasa, tiada yang ingin berpesan. terus lepak kedai mapley sampai lewat malam. tak salah nak lepak, asalkan kewajipan yang sepatutnya sudah d tunaikan terlebih dahulu.

balik2 rumah dah dekat tengah malam. mungkin sampai ke pagi kalau tengok bola. terus tarik selimut, tutup lampu, huh sedapnya tidur. letih2 pejam mata terus melayang. bila nak isya'? oh xpa, lebih afdhal jika isya' d buat lewat malam. nak bangun ke kalau dah terbongkang tido xsedar ke diri? esok pulak nak sambung keje, buang masa je bangun. tidur kena cukup, baru boleh kerja dgn senang hati gitu.

indah kan dunia? islam itu mudah. betol! memang islam itu mudah. tapi jangan permudah-mudahkan islam! apa beza kita dengan orang kafir? SOLAT 5 WAKTU DALAM SEHARI. BUKAN 5 HARI SEWAKTU. itu pun susah rasanya.

Dia mencipta alam semesta, ilmu Nya tak kan pernah habis kita belajar walau d beri 1000 tahun kehidupan pun. siapa yang sepatutnya lebih sibuk? Dia atau kita?

semua yang kita ada hanyalah pinjaman. kalau PTPTN xmasuk, tau pulak nak mengeluh, mengamok. cuba kalau Dia buang udara atas bumi. ape nak buat? memang xleh buat apa2. masing2 dah tinggal nama je. cukupla Dia bagi pinjam semua ni. tiang agama pun dok bergoyang nak mintak macam2.

bukan semua orang macam ni. aku pun mengaku, subuh, zohor, asar, maghrib, isya', ada je yang terlepas. sebagai ingatan untuk diri sendiri dan rakan2. sementara matahari belum terbit d ufuk barat. Dia sentiasa menanti, menunggu kita. tah esok lusa, kita tak sempat tengok matahari dah.

aku x baik. sesame street je. semua orang pernah buat silap. manusia yang susah memaafkan manusia. tapi bukan Dia. cuba lah berubah. pelan2 kayuh. nak kalut p mana. Dia xkan lari. kita yang sentiasa melarikan diri.

boleh?

Jan 18, 2011

TOLONG. BOLEH?

sungguh aku tidak mengharap cinta manusia.

aku tak kesah kalau bercakap dengan aku bukan sesuatu benda yang penting.

aku tak kesah kalau memandang aku boleh menjatuhkan reputasi kau.

tak perlu bercakap, tak perlu memandang, tak perlu susah payah nak jauhkan diri.

aku dah faham walaupon kau x sebut.

satu je aku mintak.

ketepikan sekejap ego.

bersahabat lah kerana Nya.

bukan demi harta. mahupun kesenangan.

boleh?

Jan 17, 2011

MATI ITU PASTI.

kalau nk tahu seseorang pembersih atau tak, lihatlah kuku kakinya.

kalau nk tahu seseorang pengotor atau tak, lihatlah wajahnya.

kalau nk tahu seseorang tgh gembira, lihatlah senyumannya.

kalau nk tahu seseorang tgh bersedih, lihatlah matanya.

kalau nk tahu seseorang sedang marah, lihatlah bibirnya.

kalau nk tahu seseorang sedang bersabar, lihatlah perbuatannya.

kalau nk tahu seseorang ingin d cintai, lihatlah statusnya d FB.

kalau nk tahu seseorang ingin d benci, tidak perlu melihat ke arahnya.

aku sedang tersenyum. tapi aku tidak gembira. 
aku sedang mengetap bibir. tapi aku tidak marah.

mungkin aku terlalu baik utk menyatakan apa yg aku rasa.
atau aku terlalu jahat sampai tidak layak utk d peduli.

bukan aku ingin melarikan diri.
hanya menahan diri daripada terus d benci.

jika salah aku duduk d sini, aku akan berdiri.
jika salah aku berdiri, aku akan berlari.
jika salah aku berlari, aku akan menjauhkan diri.

jangan khuatir, akan tiba saat aku akan pergi.
mati itu pasti.

mungkin kau xkan peduli.
mungkin kau dh x punya hati.

lebih indah hidup seorang diri.
hanya dia, mungkin tulang rusuk ku, sentiasa d sisi.


Jan 16, 2011

TERIMA KASIH KAWAN.

aku cuba bercakap. dia hanya berdiam. aku cuba bertanya. tiada jawapan yg aku jumpa.

terlalu ramai manusia yg mungkin hanya inginkan keselesaan sendiri. patotkah dgn cara tidak mempedulikan perasaan org lain?

jika benar aku bersalah, tunjukkan. jika benar aku mengharap balasan, tunjukkan. aku hanya inginkan seorang teman. sahabat. yg dahulu pernah bersama dlm apa jua keadaan.

hati aku dah kematu. dah lali dgn rasa terpinggir.

mungkin ketika ini aku dlm kesusahan, dia ingin jauhkan diri. takut aku mengharap sesuatu daripadanya.

janganlah risau. aku tidak mengharap ehsan manusia. selagi aku mampu berjalan, aku akan terus berjalan.

mungkin dulu ketika berkongsi kesusahan, terlalu banyak yg aku minta daripadanya.

mungkin dgn bersama aku, tiada apa yg aku boleh berikan.

aku x punya harta untuk d beri. aku x punya benda untuk d kongsi. aku hanya ada telinga utk mendengar caci maki. aku hanya ada hati yg dah mati. aku hanya ada kaki yg xmungkin dpt lari.

terima kasih KAWAN. aku akan ingat sampai MATI. walaupon mungkin kita akan berbaik semula. satu hal yg aku pasti, tiada lagi kenangan utk d ukir. aku akan hidup walaupon terpaksa makan rumput.

bukan aku yg mahu semua ni. xpernah aku mintak aku jadi sebegini. kalau kau xdapat nk terima aku dgn kelemahan yg aku ada, jgn harap engkau akan dpt mencari sahabat yg sempurna.

satu sahaja pesan aku kepada kau sahabat. carilah aku tika kau dlm kesusahan, jika xdpt membantu, aku mampu mendengar. jika xmampu mendengar, aku akan membelai. jika xdapat membelai, aku akan sentiasa doakan yg terbaik untuk kau.

yang pasti, aku tidak seperti kau sahabat. sekarang masa kau. mungkin kau lupa. Dia maha melihat dan mengetahui. aku hanya berharap kau akan dpt petunjuk.

selamat ya sahabat. moga kau bahagia dgn hidup kau akan datang.

Jan 8, 2011

DETIK TERINDAH.

sungguh indah bila bersama.
ku merasa sungguh bahgia.
ku bersyukur pada yang Esa.
d atas pertemuan ini.

ku berjanji akan setia.
kepadamu yang ku kasihi.
marilah kita bersama.
membentuk cinta abadi.

dan malah apa pun rintangan melanda.
ku harap kita kan tempuhi bersama.
seadanya kau daku berjauhan.

membina mahligai seindah permata.
yang kita impikan berdua selamanya.
agar kita kecapi bahagia.

ku berjanji akan terima.
seadanya dirimu.
keinginanku setia pada ku.

kemarilah wahai sayangku.
kan ku cium tanganmu.
sebagai tanda kau lah kekasihku.

Jan 7, 2011

KHILAF.

memang khilaf ku, menyayangi mu.
memang khilaf ku, menyintai mu.
tapi ku tahu, semua itu.
tak akan kembali lagi.

bukan ku pinta, segunung janji.
tidak ku harap, sinaran ini.
cuma ku ingin, setulus kaseh.
kesetiaan kekal selamanya.

oh.. oh syakila.
senyum mu, enggan pergi.
tawa mu, mengiringi.
wajah mu, ku terbayang.

hadir mu dalam mimpi.
umpama bidadari.
potret mu ku tatapi.
mengharap kau kembali.

memang ku rindu, saat bersamamu.
memang tak mampu, melupakanmu.
tapi ku tahu, semua itu.
tak akan kembali lagi.

selamat tinggal pada kenangan.
selamat tinggal pada igauan.
terima kaseh, aku ucapkan. 
untuk percintaan ini.



Jan 4, 2011

ZOHOR TERAKHIR D BAGAN SERAI.

pejam tebeliak pejam tebeliak dh nak balek sana balek. xde mud sgt. benci3! (ketuk2 meja dgn penuh manja) rasa nk dok rumah sampai beranak pinak.

lepas zohor, insyaAllah pelan2 kayuh p bayan lepas. naseb baek la balek dgn cik awak. kalo x mapuh kerah aku dlm penerbangan yg membuat aku sakit rumah.

esok entah la ada kelas ke x. aku tanak amek tau. yg aku tau, aku perlukan masa seminggu untuk proses penyesuaian semula diri dgn keadaan sekeliling. aku tanak pegi kelas! haha! aku memang pemalas!

d sini juga aku ingin memohon maaf andai ada tersilap taip, terbaca benda xsepatutnya, terhangguk xsemena, tertojoh kt mana2, terjolok buah dada nangka anda, tercuri hati sang puteri, ter rampas kekasih hati, termasuk dlm lembah kehinaan, tersampuk sawan babi, terjampi kt sapa2. suma2 la ye. aku mintak mahap. sempena taon baru ni kan, apa salahnya buang air milo, kita amek air suam ye dak.

dan d kesempatan yg ada ini juga aku berminat untuk berkongsi dgn korang lagu yg d cover oleh seorang budak lima taon. penyanyi asal apit ngn apiy. budak ni aku xtau la nma pe. korang tnya la dia sendiri. tapi beliau sungguh comey nk mampoih. dh tgk pon, kena tgk lagi ye. ini permintaan aku. xbaek korang hampakan. peduli ape aku. k dahdahdah!


Jan 1, 2011

SELAMAT BERTAHUN BARU SEMUA!

kejapnya 2010. x terasa pon. macam aku tido satu malam je. esok nya bgn2 dh 2011. 12 bulan ape tah yg aku dapat. amoi sorang pon xdpt. muahahh!

sempena tahun baru ni marilah kita sama2 muhasabah diri. tinggalkan mana2 kepahitan 2010, moga yg mendatang akan mematangkan fikiran dan cara hidop kita. waseehh!

kalo ikot anak bulan, jap lagi masok la kita tahun 2011. tapi tahun masihi macam xbape best la nk sambut pon. baek aku sambut awal muharam ye dak. huahuahh.

tapi ape pon selamat bertahun baru 2011 buat semua makhluk yg mendiami bumi. sama2 lah kita memakmurkan bumi yg kecik ni. mana lagi kita nk tinggal kalo semua pakat dok rosakkan bumi. selamatkan alam sekitar! pelihara haiwan sebaik mungkin! jgn buang2 anak! xnak anak, jgn dok buat anak! berbudi lah kepada tanah, nescaya akan mendapat hasilnya! Bumi Boleh!! huahahah. aku memang bersemangat kebumian. go go bumi! fighting!