Dec 11, 2011

AKHIRNYA SEBUAH RASA.

Tidak pernah sakit ku pulih,
Akhirnya rasa kala gerhana,
Selama berhubung terjalin kasih,
Mungkin kah sudah tiba waktunya?

Engkau mendamba apa yg tiada,
Sesusah mana aku kan cuba,
Walau sesak rasa d dada,
Tetap ku tutup rasa nya hiba.

Luka yg parah dalam kesannya,
Jiwa yg lara sentiasa meronta,
Namun ku tahan kerana dia,
Pemain rasa, membakar cinta.

Jangan mengikut kalau d paksa,
Jangan tersenyum jika terpaksa,
Aku kenal engkau siapa,
Bukan pelakon teater dunia.

Mungkin sesalan kian menjelma,
Bila aku bukanlah dia,
Anak seorang pengusaha berjaya,
Dapat penuhi apa ku pinta.

Maafkan aku puteri istana,
Istana indah d kota sengsara,
Walau penuh mawar d sana,
Namun terluka kerana durinya.

Berkali ku tepis rasa kecewa,
Sudah letih aku berjaga,
Cuma ku harap sekelumit cinta,
Ada berbaki d dalam jiwa.

Maaf..

Nov 3, 2011

Aku rindu

Oh. Dalam kelas. Tp aku tidak berada d cni. Otak ku beku, pandangan ku sayu, tubuh ku kaku. Lihat seblah, sahabatku leka menggigit kuku, d hadapan mereka asyik dgn buku. Hati ku tidak tenteram, asyik terbayang dia d sana. Mungkin dia terlalu sibuk untuk memikirkan aku. Tapi aku sentiasa ada masa utk terus fikirkan dia. Mungkin dia tidak tahu apa yg aku rasa. Tapi aku tahu tentang perasaan nya. Mungkin dia bukan utk ku. Tapi aku d cni, hanya utk dia.

Sep 10, 2011

MARI BERSAMA MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN.

telah tiba, saat waktu kau tinggal kan kami. cuti 4 bulan rasa macam seploh hari. bermacam hari telah d tempuhi sepanjang cuti. hari guru, hari ibu, hari bapa, hari makcik, hari mokteh, hari mak ucu seblah abang angkat ayah punya tok penghulu, dan yang terbaru, hari raya dan merdeka.

sunggohpon begitu, apa yg terjadi tetap telah terjadi. apa yg bakal terjadi, itu kita perlu hati2. tetapkan hati, betulkan niat, inshaAllah. selamat dunia akhirat.

KAMEK NAIT BELON JAM 7 PAGI ! AWAL NAA FLIGHT RAH KUCHING KINEK TOK !

bye katil.
bye ken plekat.
bye lampu spotlight bilik.
bye lemari baru.
bye table snuk.
bye gitar hempok.
bye kipas berlumut.
bye cermin ajaib d dlm bilik yg selalu menunjukkan wajah lelaki paling kacak.
bye tibi plasma 97" yg melekat kt dinding umpama layar pawagam.
bye boxer pink yg koyak d tengah yg menjadi pakaian tidur.
bye peti ais yg sentiasa panas.
bye mesin basoh yg asek bergegar xtentu masa.
bye semua lah!

just, hye awak. esok kita jumpa :)

mai dengaq lagu ni la jugak!

Sep 7, 2011

LAMBAT LAUN KEBENARAN ITU PASTI MENCANAK NAEK.

Situasi kejadian dan keadaan seorang hamba Nya yang dirahsiakan identiti nya:

Hidup nya mewah, kereta tak mudah, poket tak pecah, gaya tak kalah, sembang tak salah. 10 tahun hidup nya begitu, menjadikan nafsu no satu. Benar, dia seorang yg bijak, berkemampuan melakukan apa yg d ingini, selain mempunyai keluarga yg segak cun melecun..

Pada mulanya, tidak seorang pun yg tahu perihal kejadian sebenar. sifat yg boros, tidak berfikir panjang akhirnya memakan, bukan setakat makan, malah melapah, melahap dan melantak sekalian keluarga nya sendiri! Salah satu penyebab, dia amat suka berhutang. umpama mengorek lubang kedua ketika lubang pertama belum sempat d kambus. begitulah seterusnya sehingga berlubang lubang korekan nya namun tiada satu pon dapat d tutup dengan rapi.

Tambahan pula, bila dia dengar duitnya akan masuk dua,tiga hari lagi, dia mula mencari peminjam dan mnggunakan duit sebelum masa nya. bila duit dah masok, dia tidak membayar duit pinjamannya secara penuh. malah dia sempat melakukan installment d mana kadar faedah tiada d kenakan. si peminjam tentulah merasa rugi kerana dia sanggup melepaskan kecairan yg dia ada pada masa itu dan mendapat pulangan yg sama pada masa hadapan walaupon kos hidup semakin tinggi dan kuasa membeli menjadi rendah bagi dirinya. dia bukannya PTPTN! korang paham takk??? PAHAM KE TAK WOII! jgn bagi aku marah. abeh kua suma ilmu ekonomi aku nanti!!

emm. maaf. teremosi. hari ni dtg bulan pulak.. jadi begitulah serba sedikit tentang si hamba Allah tadi tu. jadi aku dah membuat satu ekuasi atau dalam english nya equation. berbunyi begini :

( nafsu . jaga standard ) - duit yg ada ( hutang keliling pinggang ) = HIDOP ANAK BERANAK TUNGGANG LANGGANG!

ramai orang memuji, menyanjung kita bila lihat kita banyak duit, hidup NAMPAK mewah. tapi kita harus tahu, lebih ramai yg dengki dan akan tepuk tangan bila kita jatuh tersungkur menyembah tanah d timpa lif dari tingkat 97.

walaupon income kita tinggi, itu tidak menjamin kekayaan yang hakiki jika tak pandai mengurus diri. mati esok ada nak bawak STANDARD kau p masok kubor? ada nak pacak batu nesan bersalut emas bertatah berlian kt kau sebab kau orang kaya? ada nak draw perabih duit dalam bank p tanam sekali wat taik baja? ada?? tak dak laaaa ceq oiii! hidop ni SEMENTARA. sampai bila larat nak berhutang ngn orang pastu org pn p canang abeh kata dia bek hati suka menderma.

bila orang dah tau ang p berhutang merata sampai hampir melibatkan nyawa, sapa yg seksa? cerdik saja tak guna kalo akai tak d guna d tempat dan masa yg btoi. sampai sini saja tazkirah petang yg penoh emosi.

ASSALAMUALAIKUM! jawab laaa!!!!

Sep 5, 2011

BERBALDI AIR MATA SEMATA MATA 11JAM PUNYA CERITA.

sehingga sekarang masih terasa, sebak d dada berair d mata. merobek d jiwa, menghempas pintu hati yg duka lara. oh tuhan bantu lah hambamu ini, yg meratap tidak berhenti, hanya sesalan menjadi pengganti.

sapa dh tgk cghita satu liter air mata? byk pengajaran yg mengajar sebenarnya. mari kita kupas sebahagian mesej yg cuba d sampaikan melalui cerita tersebut.

nombo 1 : Hargai apa yg kita punya pada waktu ketika jam minit saat detik ini walaupon benda itu tidak penting mana bagi kita sebagaimana pentingnya cahaya suria kepada flora dan fauna.


nombo 2 : Belajar lah berterima kasih yakni bersyukur kerana kita harus tahu, walau sesengkek, sesakit, sehodoh, semalang mana pon kita, pasti ada mereka yg lebih tidak bernasib baik.


nombo 3 : Percaya lah tentang kuasa tuhan kerana Dia lah sebaik2 perancang dan Dia jugalah maha mengetahui. semua penyakit pasti ada penawar nya, kecuali mati. oleh sebab itu kita harus berusaha se usaha usaha nya kerana apa yg terjadi bukanlah sengaja d jadi kan. 


nombo 4 : Biarlah diri d basahi airmata sesalan kerana itu mengajar kita erti sebuah kehidupan. jangan keraskan hati dgn amalan tiruan semata inginkan segunung pujian. 


nombo 5 : tonton lah cerita One Litre of Tears jika anda mahu mengupas pengajaran cerita ini dgn lebih lanjut. cerita yg berdasarkan kisah benar seorang remaja berusia 15 tahun yg menghidap penyakit yg tidak dpt d sembuhkan melalui teknologi yg ada pada masa itu. 

memang berbaldi, berbesen airmata nenek aku ketika menonton cerita ini. dah 5 hari kitorang mandi, basuh pinggan, basuh kereta, pakai airmata yg masih ada. jimat dan produktif. HAHA!

dah, nak sambung blek menonton cerita apa yg ada, ketika cuti masih lagi berbaki beberapa hari seblom mula menyusahkan diri dgn hal2 duniawi.

Sep 4, 2011

malam raya dan boxer.



nokarrom lama x apdet. abes keje sehari seblom raya. beraya xingat dunia padahal puasa entah ke mana. sebulan puasa turun 1/2 kilo. sehari selepas raya naek 30 kilo. apa dia!

ada situasi menarik yg ingin aku kongsikan sewaktu malam raya beberapa hari yg lepas. situasi itu berbunyi begini :

emak sedang asyik memasak rendang d dapur, sambil sepupu sedang mengunyah ketupat. aku pada ketika itu baharu lepas bertakbir d dalam bilik, sensorg aje. xlarat p surau, alasan baru sampai umah. cehh poodahaah! akak saudaraku secara senyap mengintai melalui tirai bilik ku yg tidak berkunci. TIRAI TAK BERKUNCI! aku yg tidak menyedari kehadiran sepasang mata itu masih lagi meneruskan aktiviti sampingan d waktu malam iaitu membutangkan butang boxer yg asek terbukak. sedang asyik aku terkial kial membetulkan butang, datang sepasang tangan membantuku membutangkan boxer dgn cepat, tangkas dan efisyen. aku terus terkedu, terkilan, dan terkesima kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas. selepas itu aku merenung akak saudaraku dgn pandangan penuh musykil dan penuh sangsi. aku terus menutup sekujur tubuh ku dgn kain selimut bertatahkan benang warna emas.

tanpa berkata sepatah pun, dia terus berlalu sambil sempat mengenyitkan mata ke arah diri ku. aku masih seperti batu, tidak bergerak apatah lagi bernyanyi. dalam kepala ku masih terbayang2 hal yg terjadi sebentar tadi. niat nya baik, datang membantu. namun.. bantuannya itu terlalu membantu rasanya. bagaimana harus ku ungkapkan dalam kata2. tidak terkata dgn suara, tidak bermadah dgn tinta, hanya tinggal kesan yg lama, masih membekas d dlm jiwa. apakah aku dlm bahaya? atau mungkin perasaan cuma? cukuplah sekali aku d noda, tidak kan tumbuh epal d gurun sahara.

semenjak kejadian itu, aku yg dulu nya terkenal dgn sifat peramah, mudah mesra, kini dalam dilemma. bagaimana aku boleh menghadapi dunia, yg penuh dgn tanda dan tanya. apakah aku masih boleh d terima masyarakat setelah apa yg berlaku? bukan ku pinta kejadian itu berlaku, tidak ku damba pertolongan penuh hawa nafsu. maafkan lah diriku ini, yg tidak berdaya melakukan apa2. hanya berdiam tanpa sepatah kata, menunggu kebenaran tegak dgn sendiri nya.

-insan keliru-


menarik kan situasi ini? hahahahahahaha! jangan risau, cuma rekaan semata. memang betul akak saudaraku tolong membutangkan butang boxer ku, tetapi yg sudah siap d basuh dan d lipat. bukan yg sedang d pakai. aku pon nak kalo tlg butangkan ketika aku sedang memakainye pun. haduii. hahahh!

Jul 24, 2011

PESANAN TERAKHIR.

pernah kau beri semua yg ada. cuba menghampar selautan permata.
membuka jalan untuk ku berlari. benarkan aku meneroka hati.
engkau menurut tanpa melawan. aku memaksa, tiada belas kasihan.
sakit nya engkau, terseksa nya engkau. hanya tuhan yg lebih tahu.

beribu maaf, berbagai cara. namun ku tahu hati mu sengsara.
ibarat permaidani putih yg tercela. jiwamu yg bersih kini merana.
sinar wajahmu kian malap. berganti pertanyaan yg sukar d jawab.
senyuman manja hilang ke mana. hanya sedu sedan memenuhi ruang masa.

bila kau tanya siapa kah kita? aku terdiam tanpa bicara.
maafkan aku sekali lagi. luka yg kering parah kembali.
hidup mu sukar, laluan mu berliku. bersyukurlah tuhan terlalu sayangkan diri mu.
walau sekejap kita bersama. terima kasih kerana mengajar aku tentang cinta.

Jul 19, 2011

RINDU LAH

Salam.
buat rinduku bertambah dalam. jari jemari mula terasa kaku. berkurun lama ku pergi berlalu. hanya mencari sesuap nasi untuk bekalan anak dan isteri. maafkan aku rakyat jelata, tidak mampu menahan sengketa. sedarkah kalian dunia semakin tua? tak akan bangun selepas rebah. menunggu mentari berubah arah. terlalu banyak berlaku petanda. hanya Dia yang tahu bila waktunya. ku harap masih punya masa. untuk baiki segala yang ada.

siapa yg rindu, sila tekan button like. pandai2 la cari kt mana button 2!

Jun 13, 2011

KEKASIH MU.

memberi cahaya bernama suria.
hidupkan flora tanda kuasa.
tiada sekelumit riak dan bangga.
engkau lah Dia, yg maha Esa.

panggilan subuh memuji namaNya.
bergema d setiap pelosok dunia.
namun tidur masih utama.
sedikit pula yg menyembah Dia.

tiba pula waktu bekerja.
semua pekerja mementingkan kerjaya.
tiada kah waktu untuk bersama.
dengan tuhan pencipta mereka.

pulang ke rumah tepat masa nya.
penat lelah seharian bekerja.
Asar dan Maghrib entah ke mana.
lena d buai mimpi senja.

keluar rumah d malam hari.
ingin bersama sahabat tercinta.
berborak melepak sehingga ke pagi.
terus tertidur, Isya' pun tiada.

wahai si hamba lupakah anda.
rezeki dan nyawa, daripada siapa.
syukurlah kamu d beri masa.
selagi pintu masih terbuka.

maafkan aku tuhan yg satu.
banyaknya dosa telah ku beban.
cuba memenuhi lima waktu ku.
dalam dunia penuh hasutan.

berikan aku kekuatan hati.
untuk ku bangun bersama dgn Mu.
jangan biar ku hanyut lagi.
hanya pada Mu tempat mengadu.

terima kasih wahai yg Esa.
atas segala nikmat dari Mu.
sudah lama ku memendam rasa.
dapatkah aku menjadi kekasih Mu..

Jun 1, 2011

MAYA.

ku tatap indah nukilan maya,
kala heningnya subuh terasa,
menggamit memori dahulu kala,
saat kita masih bersama.

engkau hadir bagai cahaya,
sepantas kilat tanpa suara,
sudah tertulis takdir oleh Nya,
bertemu d saat belum upaya.

bukan ku ingin bermain rasa,
tidak pula mencipta derita,
apa ku mahu hanya bahgia,
sesalan d awal pertemuan kita.

kenapa sekarang sering termimpi,
gambaran muncul tak henti-henti,
wajahmu ibarat seorang bidadari,
hanya berkhidmat untuk si suami.

tidak tahu sebab nya kenapa,
ternyata sekejap kita bersama,
tetapi d dalam dimensi masa,
terasa lama aku kau bawa.

jauh mana aku kembara,
hanya nama aku tak lupa,
kerana dgn namanya saja,
mampu ingatkan ku kpd yg Esa.

setiap kali ku baca nota nya,
hatiku d sentap tertanya-tanya,
bagaimana sekarang keadaan diri nya,
moga hidupnya sentiasa gembira.

maafkan segala khilafku dulu,
patut ku tahu sejak bertemu,
engkau ternyata masih ku perlu,
dalam diam aku merindu.

maafkan aku jika kau xsuka. hatiku terdetik ingin bercerita. tiada niat mengembalikan derita. hanya bermain dgn memori yg pernah d cipta. walau ku cuba untuk melupakan, namun kenangan itu datang perlahan lahan. maafkan aku sekali lagi. dari hujung rambut sampai hujung kaki.

May 22, 2011

TUDIA AWEK. MAI PAKAT PILIH!

saya tahu, ramai dalam kalangan anda yang fanatik K-POP. sebagai contoh, dengan kehadiran mat dan minah 24:7 dan Gula2 membuat anda semakin teruja. betol? *muntah. bukan saya ingin mengotak ngatikkan industri hiburan tanahair namun kenapa harus pulon terok sangat? kenapa tidak menubuhkan sebuah kumpulan yang bertemakan etnik kreatif d mana lirik dan lagu menjurus ke arah keMalaysia-an dan kesopan santunan dalam memupuk semangat toleransi antara kita sebagai rakyat berbilang kaum. ini yang saya nak marah ni! sekali lagi saya tekan kan, bukan semua yang kita nak akan kita dapat. jadikan mimpi sebuah realiti andai hati terpatri rasa ingin berdikari, bukan setakat hanya pandai memasak dan telan kuah serta memetik daun kari

tujuan utama saya menaip sambil berdiri d hadapan PC bukanlah untuk menceritakan tentang peha ahli Gula2 mahupon biceps 24:7, tapi hat ni. haa, maih kita pakat ushar awek2 aku yang dh lama aku tinggai tang korea nuh. hahaha. awak jangan marah, ni kisah dulu2. barang yang lepas jangan d kenang. sesungguh nya aku minat drama korea, lagu korea, band korea. tapi band laki haram satu pon aku xamek kesah. salah ka laki minat korea? aku tanya hampa ni, salah kaaaa??? lagipon aku x tengok laki. xpa kan? kan3?? 

tapi aku malaih nak tulih banyak2. aku nak bagitau la yang aku gila kat SNSD ngan F(x). lama dah aku perati depa, sejak dari bangku sekolah lagi =.=''''''' mai2 tengok gambaq lepa.


aku sukaaaaaaaaaaaaa arghhh *pengsan


gulp. slurrrp slurrp! haha. bergurau2. mana da gatai haishh. dah depa dok tayang, bukan aku nak tengok. mau koma mama aku tengok menantu lagu ni =.=''


haaa hat ni pun buleh. tapi awai2 tengok depa ni dulu macam kompius plak dengan Gula2. kan? kah kah kah!! tengok betis la der. betis besaq perdu nyioq dok p tayang kat orang. tapi si krystal ni adik kepada jessica. p tengok balek hat SNSD ataih 2. mai usha depa dua plak. jom2 tunggu dok g!


si kakak Jessica. meow2


si adik Krystal. meow2 lagi. hehe. penin pala mama aku nak pilih. hahahaha!



tu xlain dok sembang pasai aku la tu. hehe malu aih!


aku dah habaq, xpayah dok cari aku. aku dah ada marka, tapi depa xmau dengaq. ikut suka hampa la. tapi Yoona, awak cinta pertama saya. saya xkan lupakan awak. muah crit crit!


awat yang manis sangat. tapi len kali pakai la seluaq. xpa2 walau camna pon, kasih saya xkan berubah :)
moga suatu hari nanti awak akan berubah Yoona. hahaha ayat nak menikah awai. gatai!



May 21, 2011

PEMILIK SENYUMAN ITU.

penat. sudah jauh aku berjalan, mendaki gunung duka tanpa khabar gembira. kebasahan dalam hujan air mata, ketandusan d tengah padang sahara. tenggelam d hanyut lautan tinta. tanpa ku sedar, aku lemas dalam bernafas. mencari udara d luar dunia untuk hidupkan semula hati yang mati. semangat aku berlalu pergi, tinggalkan diri merana sendiri.

masih terbayang sekuntum senyuman. yang pernah bersama mengiringi cubaan. hadirnya ia bagai bayangan. hilang tatkala malam tanpa cahaya bulan. cukup sudah menyeksa aku, pulangkan kembali senyuman itu. tidak banyak yang aku pinta, hanya sekuntum senyuman bersahaja, yang pernah membuat aku gundah gulana, merasa resah tidak kira masa.

sampaikan hasratku ini kepada nya. senyum lah kembali, agar aku boleh redakan jiwa yang sentiasa bergelora. nafsu yang tiada tara. sedekah kan aku senyuman itu, supaya kita dapat bersatu kembali.

malas nk hapdet. muahhahah muaaaa muahah muahahahaha! adeh2 saket prot. jom g jamban :)

May 20, 2011

SELAMAT HARI KEJADIAN AWAK :)

Pertama kali saya kenal awak. awak xpeduli saya pon. ye saya tahu, saya bukan jejaka idaman awak. saya umpama mengejar sesuatu yang xmungkin saya miliki. saya hanya mampu melihat dan memuja awak dari jaoh. namun saya tidak pernah sesekali merasa marah apatah lagi kecewa. sebab saya tahu awak ada sebab tertentu kenapa awak tidak melayan saya sepertimana yang saya harapkan.

Jika runtuh tembok nya China,
Andai tertutup hati dan jiwa,
Ku menunggu penuh setia,
Mengharap pintu akan terbuka.

Berpisah Adam daripada Hawa,
Bercerai jasad daripada nyawa,
Bersyukur aku kerana d kurnia,
Seorang bidadari dari syurga.

cukuplah pantun sket2, saya xlarat nk buat pantun malam ni. Saya mintak maaf andai selama kita berkenalan dah banyak saya sakitkan hati awak, buat awak terpinga pinga, terkebil sendirian umpama pungguk x jumpa bulan. awak nak hadiah apa? saya x boleh bagi apa2. muahahhha. awak nak kereta? rumah corner lot 3 tingkat? peti ais penuh makanan? ada pantai atas nama awak? boleh2. tapi awak kena tolong saya.

ikhlaskan hati, sentiasa berdoa, menurut perintah Nya, jangan tinggal puasa, jangan tinggal solat, kecuali waktu awak ber-cuti. hehe. insyaAllah, jika tertulis jodoh kita dunia akhirat, saya dengan berbesar hati menerima awak sebagai peneman hidup sampai akhir hayat.

bila gembira, ingatlah Dia.
bila berduka, ingatlah Dia.
bila tertekan, sujud lah Dia.
sudah semestinya saya sanggup bermadu kan Dia.
kerana saya tahu, Dia akan menjaga awak, x kira d mana pon awak berada.
awak kena ingat, Dia akan sentiasa bersama awak.
saya hanya peneman d sisi awak, saya cuma pemberi kata semangat.
Dia yang Esa, Dia yang Maha segala.
awak perlu lebih cintakan Dia. kerana Dia, kita bersama.

berterima kasihlah kepada Dia. Alhamdulillah :)

* entri ni khas untuk awak. jangan la buat2 donno plak. Selamat Hari Lahir Awak (^.^)

May 19, 2011

SEMANGAT YANG TERTINGGAL.

Maaf. Sebulan menghilang tanpa berita. aku kembali ke laman ini. menekan papan kekunci yg telah lama d biar sunyi. rindunya hati ingin bersama. namun ku sedar ikatan kita. cuma segaris mimpi dalam lautan fantasi, jauh dari daratan realiti.

apa2 pon terima kaseh la ye kepada suma yg mengundi saye. ehehh. tetibe2. tangan semakin kaku, kuku semakin bercagu, dada semakin berbulu, lidah pun hampir terkelu. buat pertama kalinya setelah sebulan dan sudah 6 hari kt rumah, aku selak blog ni. macam biasa, polower xberubah, kucing xmati2 lg, lagu tetap berkumandang. cuma satu je bnda yg tidak lg sama. semangat aku sudah tiada. mungkin hilang mencari cinta. mendamba kasih pada yg tiada. mencari makna hidup bersama. walhal ku sedar, bayangan semata.

uffff lamanya x mencoret kisah duka kt sini. sungguh, aku tidak mengharap hidup yg sempurna. cukuplah sekadar menjadi yg terbaik utk diri sendiri dan bakal isteri. ahahahh. aku lebih suka hidup dalam kesusahan andai kesenangan hanya membuat aku lupa kepada Nya. kenapa mencari permata berharga andai diri sekeping kertas yg tiada nilainya.

sebenar nya aku frust.. teramatlah frust! ahh demmm sunggoh! x suka perasaan ni. tapi hakikat itu memang pahit. biar lah, barang yg lepas jgn d kenang. apa yg buat aku terjaga tgh malam buta ni, sbb aku sakit perot. ternyata aku tidak dpt menahan diri dari terus d belenggu perasaan resah yg penuh gundah. keep in touch guys! gua kangen bangett sama lu org! t ada masa kita chatting2 ye. skang mcm xbpa nk kena. chow lok!


* esok besday dia. hadiah? T_________T

Apr 19, 2011

DI LUAR KEMAMPUANKU.

Mungkin aku bukan Mata yg kau cari.
pandangan terhad hanya luaran.
bukan terus ke dalam hati.

Mungkin aku bukan Tangan yg kau ingin kan.
mampu menahan sekelumit tohmahan.
tetapi lemah menanggung bebanan.

Mungkin aku bukan Kaki yg kau mahu.
berdiri teguh umpama batu.
tiada langkah untuk terus maju.

Mungkin aku bukan Telinga yg kau impikan.
menjadi tuli dgn arahan.
tidak menurut segala kemahuan.

Mungkin aku bukan Jiwa yg kau perlu.
terlalu lemah saat beradu.
derita hati menanggung pilu.

---------------------------------------------

sudah berkali aku terluka,
tetapkan hati cuba setia,
kenapa begini bidadari syurga?
hilangkah agama dlm diri nya?

tiada manusia yg layak sempurna,
tiada yg suka d gelar gila,
kuatkan iman beribadah pada Nya,
jalan penyelesaian pastikan tiba.

tetapi semua pesanan semata,
tiada dpt merubah segala,
mungkin aku sedikit kecewa,
namun lebih menahan sengsara.

airmata gugur tanda derita,
jeritan yg halus tanda tersiksa,
apa ku mahu engkau bahagia,
walaupun kita tidak lagi bersama.

walau sejuta kebaikan yg ada,
tetap sepuluh kejahatan dilihat,
apa guna ingin bersama,
jika tidak memasang niat.

putarlah kembali roda dunia,
tentu tidak ketemu semula,
bersyukurlah dgn apa yg ada,
jgn d tarik nikmat sementara.


" aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. jika hilang agama dlm dirimu, maka hilang lah cintaku padamu. "



Mar 7, 2011

RINTIHAN HATI PEMUJA SEPI.

resah gelisah hati d sentap,
rasa manis bertukar pahit,
jagalah mulut tika bercakap,
agar tiada merasa sakit.

keluh kesah duduk menunggu,
melihat bayang pergi berlalu,
sudah asyik aku termanggu,
dalam berkata aku membisu.

apa d cari masih d sini,
tidak mampu beralih arah,
cukup sudah rasaku ini,
jangan d garu luka yg parah.

gugur lah air dari mata,
mengalir deras tanpa henti,
seorang diri menahan derita,
ke mana pergi pujaan hati.

bukan ku pinta tanah d bumi,
tidak ku harap harta menteri,
cuma ku ingin mentari pagi,
terus bersinar cerah menyinari.

biar bulan tidak gerhana,
biar tiada segaris cahaya,
tetap aku berada d sana,
bila masa engkau kecewa.

perlahan aku mendaki masa,
berkali jatuh bangun semula,
apa yg nampak mungkin tiada,
hanya yg ada segunung duka.

jujur kata bijak berbahasa,
pandai memuja luluhkan jiwa,
manakan sama rasa dan sisa,
cuba mencari makna tiada.

ingin layarkan sebuah bahtera,
sanggup pergi melawan samudera,
aku terlupa pesan si Raja,
jangan berani tidak semena.

aku harap kembali kuat,
untuk menempuh guruh dan kilat,
teruskan perjalanan menuju akhirat,
pesalah tetap tak kan selamat.


* terima kasih sekali lagi kerana membuat diri ini mampu berkata seindah irama.

Mar 5, 2011

THE-FACEBLOG!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
Edit

moh le join ramey2! :)

Mar 4, 2011

WAHAI PEREMPUAN. DENGARLAH.

semalam merupakan hari jadi ku,
pes taim dlm hidop aku mkn tiram,
kepada perempuan hargailah dirimu,
janganlah menyeksa kami, kaum Adam.

ingin menyanyi suara ku serak,
lantas ku melalak bagai si katak,
pakai baju nampak ketiak,
cuba kau cium ada bau ke tak.

kelas pagi bawak ke petang,
adakala sampai ke malam,
bila duduk jangan lah terkangkang,
nk tunjuk kt sapa u punya seluar dalam?

sedang asyik si kerbau berkubang,
pasti cemburu si ikan haruan,
rambut hitam dah jadi perang,
otai la sangat bagi u kan.kan.

sudah lama x nampak tenggiling,
rupanya menyorok d dalam kelambu,
ketawa berdekah berguling guling,
ke mana hilang nya santun diri mu.

petani penat mengeluarkan peluh,
berehat sebentar menunggu teduh,
pinggang saiz 30, punggong saiz 40,
seluar semestinya, saiz 20!

kucing bergaduh cakar menyakar,
ingin mengawan d tempat terang,
bangga dada yg pejal dan besar,
bukanlah dgn cara tunjuk kt orang!

niat aku bukanlah nk mencarut,
apatah lagi ingin ber-tweet,
x sedar kaki penuh parut,
ada hati dok buat iklan veet!

ramai tetamu datang bertamu,
hidanglah snek, mahupon sumi,
gebu badan mu, halus kulit mu,
simpanlah saja utk si suami.

ingin ke bandar menaiki teksi,
yg ada hanya sebuah beca,
simpanlah gambar yg seksi seksi,
moga hidup tidak tercela.

selesai menonton filem cuci,
ingin sambung dgn filem aksi,
ramai yg mengaku masih suci,
bukanlah selaput yg menjadi saksi.

keluar rumah minta lah izin,
janganlah d cari malang sendiri,
tutuplah dirimu sebaik mungkin,
peliharalah harta yg tuhan beri.


* janganlah terasa jika anda bukan spesis yg sama ok!

Mar 3, 2011

HAPPY BESDAY TO ME! (GAYA USOP) UH TAK SIOR TEMAN.

sambil mengayuh basikal dan memegang kek yg bertulis hepi besday to me, aku pon lantas menyanyi sekuat hati. HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO MEEE!

PAKCIK SUDA DOPLOHSATU! YAHOOO!

bila tak tau nk mengundi. esok ada? ada dak kt mna2? mcm mna perasaan mngundi no. punya daif.

pa nk buat tatau. dok xkena, menerap xkena, telentang xkena. rsa nk p pnjat gunung santubong pas2 kawen ngn puteri santubong.

nk hadiah apa xtau. keta, muto, beskat, ketapi, kapai selam, timba, besen, periuk, belanga, garam, gula, kambing, ayam, ikan puyu, stokin, selipar, tedi bear, shawl, anak tudung, telekung. paaanngggg! paseipaaa dia ni  =.="

sebenarnya, umor kita bukan semakin meningkat. tetapi semakin berkurang setahun. renung2 kan dan ucap lah selamat hari lahir kepada saya! :)


d kesempatan ini juga saya ingin mengajak semua muslimin dan muslimat agar sama2 kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Tok Ayah saya yg baru sahaja pergi menyahut panggilan Ilahi pada jam 3 pagi tanggal 1 mac yakni pada hari selasa. Moga roh beliau d tempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Beliau seorang Imam besar Masjid Kg. Padang Lalang, Simpang Empat, Pulau Pinang. saya bangga dgn dia walaupun kami jarang berkomunikasi semenjak saya dtg ke Sarawak ini dan satu hal yg menyedihkan, saya x dapat hadir utk melihat beliau utk kali terakhir. Tok Ayah, Dia lebih sayangkan Tok Ayah. Kami, anak2 dan cucu2, insyaAllah akan manfaatkan segala ilmu yg Tok Ayah pernah curahkan. Tunggulah kami d sana..

Mar 1, 2011

TOLONG LAH. AKU JUGA MANUSIA BIASA.

dingin malam jelas terasa,
ingin ku peluk pujaan hati,
namun mimpi bukan lah nyata,
hanya mainan perasaan sendiri.

cuba bangun utk berdiri,
namun kaki tiada terasa,
apa lagi yg tinggal kini,
hanya rintihan gundah gulana.

semakin jauh cuba ku lontar,
semakin dekat ia kembali,
terbanglah engkau bersama sang camar,
biarlah aku membawa diri.

terlalu lama aku terkhayal,
d buai lagu ciptaan nafsu,
tiada hujung tiada pangkal,
mungkin hanya mampu merindu.

segala janji sudah d cipta,
sudah bersumpah akan setia,
ke mana pergi dia yg ku cinta,
seperti aku si pekak yg buta.

berapa lama harus ku kejar,
aku juga manusia biasa,
jgn sampai aku terlantar,
kerana penat menahan cinta.

dari awal sudah ku pesan,
aku bukan seperti yg lain,
kini engkau mula tertekan,
mahukan benang menjadi kain.

aku tiada kapal yg besar,
utk kau pergi ke pulau sendiri,
hanya jala yg koyak d tebar,
ingin menangkap seorang bidadari.

jika kau mahu sebutir mutiara,
sanggup ku selam hingga ke dasar,
apa yg ada bukanlah sempurna,
maafkan aku jika berkasar.

kerap sudah berair mata,
tidak mendapat cinta manusia,
hanya ku pinta setitik tinta,
utk ku tatap d kala duka.

mampukah aku utk bertahan,
setelah lama menanggung bebanan,
salah kah aku selama pertalian,
aku bersedia menerima celaan.

mentari dan bulan sering bermusuh,
ingin d puja oleh manusia,
pakaian aku walaupun lusuh,
tidak bererti cinta ku sama.

jawapan utk rangkap pertama-

lebih indah mimpi terjadi,
jika d turut merana diri,
sudah selesai berwali berkadi,
peluk lah diri nya sehingga mati.

* saya suka bila saya sedih kerana saya mampu berpantun sesuka hati. terima kaseh sangat2!

Feb 25, 2011

KANTIN SEKOLAH MENJUAL MAKANAN RECYCLE?

" tahi berkecai nampak bertaburan, hati berkecai siapa yang tahu. "

itulah ungkapan pertama yg aku dengar ketika sahabat ku itu melintas d hadapanku. sebagai rakan dan manusia paling prihatin dalam kolej aku pon terus bertanya, " mengapa wahai sahabat? "

" manakan sama permata dan kaca. hati ku pedih d hiris kaca setelah lama d usap permata. "

aku terpelanak d atas pelantar, terkejut dan terkesit sedikit demi sedikit. (sesetengah perkataan mungkin xada dlm kamus dewan. xpayah la dok cari plak!) " ceritakan lah wahai sahabatku, mungkin ada yg aku boleh bantu. "

" sedangkan brek mempunyai rasa cengkam. inikan pula kuku ibu jari kaki. "

aku hanya mampu mendengar. kata2 nya cukup membuatku menelan nospen 10 bijik. pada awalnya aku mmg dh syak bahawasanya sahabat aku ni kena maen dgn pompuan penjual lampu pendaflour tersebut.

" kambing yg hitam, kalau d cabut bulunya hari2, mesti akan jadi kambing putih juga. "

lalu aku mengambil inisiatif paling bijak yg aku mampu pikir pada saat kejadian. " beginilah sahabatku, ikan xkan boleh hidop kalau dia sorang dlm lautan tu. ramai lagi, kata jiwa mat ganja. x marijuana langsung nanges2 kena tggal. awek 10 sen cm2 pn nak! hahahaha! muahhhahahhahahahaha! "

gedegangggg!! hinggap batang penyapu betol2 dlm lubang dubur gua.  rasa mcm nk layan je tapi dah haram kan, jadi gua menjerit kesakitan.

" terlajak traffic light boleh berhenti d tengah keramaian kota, terlajak kata jgn harap nk ada dara untuk kali ke-2! "

maka pecahlah dara aku pada mlm cuaca dingin d sinari cahaya bulan purnama. itulah sahabat2 aku kalau marah. pasal awek sanggup pecahkan dara kawan yg laen. apa pon byk kn bersabar, byk2 kn lah bersolat. kawal kemarahan anda selagi masih punya dara.

uhhuhuh sakiiitttt....

Feb 23, 2011

ALI NI WA MAHU CAKAP SECALA CINA MUNYA.

haishh wa talak mud mau apdet ini bilog oh. wa manyak biji syikit tapi wa ase wa tale la biji cangat an cuma wa buat2 biji aje. bila wa tala mud musti wa akan cikap pelat org cina sebab wa ase wa ni asal daripada ketulunan cina. huahuhahahuha

itu mama wa salu pisan oo. "jika hati suda terpatri, ikatlah diri sama tuhan. jika kita cinta sama tuhan lagi kuat daripada kita cinta itu olang ooh, teluskan. jika tak, hapuskan tulus! "

wa pon tatau apa motif mama wa pisan itu maciam. tapi sebagai anak mithali wa tulus pelok mama wa dan mama wa berjaya membeli satu perempang tepat ke alah teringa kili wa. " ang ni paseipaaa?? "

nampknya wa tersalah memberi reaksi. sepatotnya wa balas " baeklah mama " aje. haiyaaa wa tatau same ade wa ini layak untuk mencintayi dan dicintayi.

apa wa ciuba mahu telangkan d sini adalah walau d mana pn kita belada, ingatlah olang yg kita sayang. telutama mommy n daddy la sibab meleka yg manyak tulun kita dari kecik tapak tangan sehingga sebesar pokok dulian. wa rindu la sama kamu olang sume. kamu sehat2 atau tidak? wa lase sunyi je dua tiga menjak ni haduuii. wa tatau mau ciakap gu mane tapi wa sayang sume kawan2 wa tak kila yg sedang berada d alam mana pun haduuii lagi. huihuihui.

sebelom wa mengakhiri ucapan wa pade malam yg gemilang pun ini nye, wa ingin mngucapkan tahniah kepade pasukan Malaysia sibab ada minang itu lawan sepak2 belebut sebiji bola tengah padang haduiii ape masalah mereka pun wa pun tatau nye. kita pasti boleh punya kalau kita semua bersepakat dan saling memberi2 semangat antale satu sama lain2 pun. kan. jadi nasihat wa malilah sama2 kita kukuhkan tiang agama kita supaya rumah kita tak roboh d akhirat kelak :)

Feb 10, 2011

KHAS UNTUK SEORANG BIDADARI.

mimik muka ku tidak semanis gula-gula kenyal berwarna warni.
langkah perbuatan ku tidak seteguh tiang seri rumah pusaka.
gaya pemikiran ku tidak sedalam lautan pasifik berair biru.
jiwa perasaan ku tidak sekeras tembok konkrit bersadur besi mampat.
pandangan mata ku tidak setajam hunusan keris berusap limau kasturi.

aku tak mampu memberi mimpi seindah pelangi.
aku tak mampu membawa pergi duka d hati.
aku tak mampu mencari kekhilafan diri sendiri.
aku tak mampu memahami sehebat Imam Shafie.

aku harap masih punya masa utk aku memberi apa yg aku mampu, sebelum aku pergi..

bukan selamanya kita d bumi, mungkin esok atau dua hari lagi..

maafkan salah silap ku, aku belum mampu memberi apa yg kau ingini..

cuma yg aku ada, sepuluh jari, setangkai jiwa, seikat janji, dan seketul hati..

carilah sinar, dekatkan diri, banyakkan berbakti, belajar berdikari..

"Lindungilah dia sebagaimana kau lindungi wanita2 solehah yg akan menjadi bidadari. Jauhilah dia daripada sebarang gangguan dan caci maki makhlukmu bergelar manusia. jika benar dia untuk ku, kau tetapkan lah hati ini pada Mu. "

Feb 9, 2011

AKULAH SANG MENTARI YANG SENTIASA MEMBAKAR DIRI.

mentari muncul dlm keheningan pagi sesudah subuh. tika itu aku masih sibuk menyelimut tubuh.

mentari cuba sinarkan cahaya, agar aku segera membuka mata.

mentari tersenyum melihat aku mula bangun. mungkin dia telah berjaya mengajak ku melupakan mimpi dan berhadapan dgn realiti.

harapannya untuk melihat aku bangun dan mengejar impian tidak menjadi.

segera aku menarik tirai, menghalang cahayanya daripada terus menyentuh pipi.

mentari kecewa, lalu dia terus berlalu pergi. hadirlah hujan yg sebelum ini bersembunyi.

hujan terus melakukan tugasnya, memberi minuman pada sang flora.

hujan gembira kerana flora telah mengucapkan terima kasih kepadanya.

setelah habis membasahi permukaan bumi, hujan pun pergi untuk mengumpul air kembali.

mentari masih lagi berduka namun dia terpaksa juga melakukan tugasnya, mengeringkan apa yg telah hujan basahkan.

ketika ini muncul lah pelangi, yg sentiasa mendapat puji.

mentari tahu, dia hanya berguna d waktu semua orang ingin mengeringkan pakaian.

ketika orang ingin kesejukan, dia yg mendapat caci maki.

semua makhluk menjadi saksi, sinar mentari penting bagi isi bumi.

namun, pengorbanan nya dengan membakar diri sendiri ternyata sia2.

tiada yg mahu hargai. bagaimana kita nanti jika mentari tidak akan kembali?

gelap dunia, tiada cahaya. malam dan siang tiada beza. matilah tumbuhan tiada nyawa.

jangan mengeluh, belajar bersyukur. insyaAllah mentari akan muncul lagi :)

Jan 25, 2011

PELANGI PERGI TINGGALKAN IMAGINASI BERMAIN SENDIRI.

mungkin di bulan lebih banyak udara dari bumi yang penuh nafas benci.

memang sutera itu lembut. tapi hati manusia tidak sekeras besi mampat.

mungkin airmata si semut lebih bernilai daripada tangisan palsu seorang yg tidak memahami.

memang kambing xperlu mandi. tapi hati manusia ternyata lebih busuk.

mungkin kita terpaksa berkeras dalam usaha untuk melembutkan.

memang air tak kan pernah patah. tapi hati manusia juga tiada tulang.

kita xkan mampu menyelam selamanya dalam air berlumpur.

bukan masalah dengan siapa kita berada.

tapi siapa yang kita nak jadi.

bukan masalah d mana kita lahir.

tapi d mana kita tempatkan diri kita.

bukan masalah bila kita perlu habiskan.

tapi bila kita akan mulakan.

dan bukan juga masalah apa yang kita dah lakukan.

tapi apa yang kita perlu lakukan.

bukan senang nak luah kalau tak telan.
xperlu luah. cuma simpan.
teruskan makan. buat bekalan.


dah selesai merepek. BYE!

Jan 21, 2011

HARAPAN AKHIR ZAMAN.

pernah dulu aku hanyut. dalam kepalsuan lautan air mata.

pernah dulu aku terlantar. d sudut hati yang sunyi sepi.

pernah dulu aku terbiar. tanpa belas ehsan manusia.

pernah dulu aku sesat. dalam dunia yang penuh noda.

pernah dulu aku keliru. bermain perasaan kala otak ku buntu.

namun aku bersyukur. kerana Engkau hanyalah Satu.

aku bersyukur berada dalam kalangan keluarga yang menyembah Mu.

walau sejauh mana aku hanyut. walau d tempat mana aku terlantar. walau aku hanya insan terbiar. walau dunia cuba bertakhta. walau aku sentiasa menemui jalan buntu. Engkau tetap ada untuk aku.

aku sentiasa berharap. aku akan temui jalan menuju redhaMu.

Jan 19, 2011

MUNGKIN DUNIA TERLALU INDAH.

berselimut dalam kedinginan pagi bersama pusingan kipas bernombor 3 atau berpendingin hawa 23 darjah celcius menyebabkan tubuh kita lemah, terlalu liat untuk bangun. mungkin terlalu takut untuk menyentuh air yang d rasakan terlalu sejuk. sesungguhnya tidur itu memang indah. bagi mereka yang menghargai masa tidur yang sepatutnya. sedarkah kita bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba? apakah tugas seorang hamba? hanya DUA rakaat subuh pun kita tak dapat tunaikan kerana merasakan tidur yang cukup adalah lebih penting daripada bangun menyembah sang pencipta.

ketika masuk waktu lunch. selepas puas membaham segala macam makanan, rezeki yang Dia bagi, adakah kita mengucapkan terima kasih? bersembang, bergosip, sampai habis waktu lunch, kemudian masuk kerja balik. berapa banyak masa yang kita ada untuk Dia? tidak perlu mengetepikan dunia. cukuplah sekadar mengingati apa arahan Nya. waktu yang Dia susun sudah terlalu cantik. bersesuaian hingga akhir zaman.

ketika mahu pulang kerja, letih. mengeluh dalam kesesakan trafik. perlukah kita bersesak? salahkah jika berhenti sekejap, menunaikan apa yang dia arahkan? kereta dari mana datang? duit untuk membeli kereta dari mana datang? kerja yang kita dapat supaya boleh menyara keluarga, dari mana datang? semua itu rezeki. kita boleh ucap terima kasih pada seseorang yang memberi BlackBerry Torch sebagai hadiah hari jadi. kenapa kita tidak mahu ucap terima kasih kepada pemberi nyawa?

sesampainya d rumah, terus melandingkan diri atas sofa yang empuk. bukak tv, tengok Tiramisu. azan maghrib berkumandang, baru nak mandi. kemudian bersiap2 nak keluar makan dengan housemate2 lain. mungkin tak salah kalau keluar ketika orang lain sedang berjemaah d masjid yang berada d sebelah rumah. sudah biasa, tiada yang ingin berpesan. terus lepak kedai mapley sampai lewat malam. tak salah nak lepak, asalkan kewajipan yang sepatutnya sudah d tunaikan terlebih dahulu.

balik2 rumah dah dekat tengah malam. mungkin sampai ke pagi kalau tengok bola. terus tarik selimut, tutup lampu, huh sedapnya tidur. letih2 pejam mata terus melayang. bila nak isya'? oh xpa, lebih afdhal jika isya' d buat lewat malam. nak bangun ke kalau dah terbongkang tido xsedar ke diri? esok pulak nak sambung keje, buang masa je bangun. tidur kena cukup, baru boleh kerja dgn senang hati gitu.

indah kan dunia? islam itu mudah. betol! memang islam itu mudah. tapi jangan permudah-mudahkan islam! apa beza kita dengan orang kafir? SOLAT 5 WAKTU DALAM SEHARI. BUKAN 5 HARI SEWAKTU. itu pun susah rasanya.

Dia mencipta alam semesta, ilmu Nya tak kan pernah habis kita belajar walau d beri 1000 tahun kehidupan pun. siapa yang sepatutnya lebih sibuk? Dia atau kita?

semua yang kita ada hanyalah pinjaman. kalau PTPTN xmasuk, tau pulak nak mengeluh, mengamok. cuba kalau Dia buang udara atas bumi. ape nak buat? memang xleh buat apa2. masing2 dah tinggal nama je. cukupla Dia bagi pinjam semua ni. tiang agama pun dok bergoyang nak mintak macam2.

bukan semua orang macam ni. aku pun mengaku, subuh, zohor, asar, maghrib, isya', ada je yang terlepas. sebagai ingatan untuk diri sendiri dan rakan2. sementara matahari belum terbit d ufuk barat. Dia sentiasa menanti, menunggu kita. tah esok lusa, kita tak sempat tengok matahari dah.

aku x baik. sesame street je. semua orang pernah buat silap. manusia yang susah memaafkan manusia. tapi bukan Dia. cuba lah berubah. pelan2 kayuh. nak kalut p mana. Dia xkan lari. kita yang sentiasa melarikan diri.

boleh?

Jan 18, 2011

TOLONG. BOLEH?

sungguh aku tidak mengharap cinta manusia.

aku tak kesah kalau bercakap dengan aku bukan sesuatu benda yang penting.

aku tak kesah kalau memandang aku boleh menjatuhkan reputasi kau.

tak perlu bercakap, tak perlu memandang, tak perlu susah payah nak jauhkan diri.

aku dah faham walaupon kau x sebut.

satu je aku mintak.

ketepikan sekejap ego.

bersahabat lah kerana Nya.

bukan demi harta. mahupun kesenangan.

boleh?

Jan 17, 2011

MATI ITU PASTI.

kalau nk tahu seseorang pembersih atau tak, lihatlah kuku kakinya.

kalau nk tahu seseorang pengotor atau tak, lihatlah wajahnya.

kalau nk tahu seseorang tgh gembira, lihatlah senyumannya.

kalau nk tahu seseorang tgh bersedih, lihatlah matanya.

kalau nk tahu seseorang sedang marah, lihatlah bibirnya.

kalau nk tahu seseorang sedang bersabar, lihatlah perbuatannya.

kalau nk tahu seseorang ingin d cintai, lihatlah statusnya d FB.

kalau nk tahu seseorang ingin d benci, tidak perlu melihat ke arahnya.

aku sedang tersenyum. tapi aku tidak gembira. 
aku sedang mengetap bibir. tapi aku tidak marah.

mungkin aku terlalu baik utk menyatakan apa yg aku rasa.
atau aku terlalu jahat sampai tidak layak utk d peduli.

bukan aku ingin melarikan diri.
hanya menahan diri daripada terus d benci.

jika salah aku duduk d sini, aku akan berdiri.
jika salah aku berdiri, aku akan berlari.
jika salah aku berlari, aku akan menjauhkan diri.

jangan khuatir, akan tiba saat aku akan pergi.
mati itu pasti.

mungkin kau xkan peduli.
mungkin kau dh x punya hati.

lebih indah hidup seorang diri.
hanya dia, mungkin tulang rusuk ku, sentiasa d sisi.


Jan 16, 2011

TERIMA KASIH KAWAN.

aku cuba bercakap. dia hanya berdiam. aku cuba bertanya. tiada jawapan yg aku jumpa.

terlalu ramai manusia yg mungkin hanya inginkan keselesaan sendiri. patotkah dgn cara tidak mempedulikan perasaan org lain?

jika benar aku bersalah, tunjukkan. jika benar aku mengharap balasan, tunjukkan. aku hanya inginkan seorang teman. sahabat. yg dahulu pernah bersama dlm apa jua keadaan.

hati aku dah kematu. dah lali dgn rasa terpinggir.

mungkin ketika ini aku dlm kesusahan, dia ingin jauhkan diri. takut aku mengharap sesuatu daripadanya.

janganlah risau. aku tidak mengharap ehsan manusia. selagi aku mampu berjalan, aku akan terus berjalan.

mungkin dulu ketika berkongsi kesusahan, terlalu banyak yg aku minta daripadanya.

mungkin dgn bersama aku, tiada apa yg aku boleh berikan.

aku x punya harta untuk d beri. aku x punya benda untuk d kongsi. aku hanya ada telinga utk mendengar caci maki. aku hanya ada hati yg dah mati. aku hanya ada kaki yg xmungkin dpt lari.

terima kasih KAWAN. aku akan ingat sampai MATI. walaupon mungkin kita akan berbaik semula. satu hal yg aku pasti, tiada lagi kenangan utk d ukir. aku akan hidup walaupon terpaksa makan rumput.

bukan aku yg mahu semua ni. xpernah aku mintak aku jadi sebegini. kalau kau xdapat nk terima aku dgn kelemahan yg aku ada, jgn harap engkau akan dpt mencari sahabat yg sempurna.

satu sahaja pesan aku kepada kau sahabat. carilah aku tika kau dlm kesusahan, jika xdpt membantu, aku mampu mendengar. jika xmampu mendengar, aku akan membelai. jika xdapat membelai, aku akan sentiasa doakan yg terbaik untuk kau.

yang pasti, aku tidak seperti kau sahabat. sekarang masa kau. mungkin kau lupa. Dia maha melihat dan mengetahui. aku hanya berharap kau akan dpt petunjuk.

selamat ya sahabat. moga kau bahagia dgn hidup kau akan datang.

Jan 8, 2011

DETIK TERINDAH.

sungguh indah bila bersama.
ku merasa sungguh bahgia.
ku bersyukur pada yang Esa.
d atas pertemuan ini.

ku berjanji akan setia.
kepadamu yang ku kasihi.
marilah kita bersama.
membentuk cinta abadi.

dan malah apa pun rintangan melanda.
ku harap kita kan tempuhi bersama.
seadanya kau daku berjauhan.

membina mahligai seindah permata.
yang kita impikan berdua selamanya.
agar kita kecapi bahagia.

ku berjanji akan terima.
seadanya dirimu.
keinginanku setia pada ku.

kemarilah wahai sayangku.
kan ku cium tanganmu.
sebagai tanda kau lah kekasihku.

Jan 7, 2011

KHILAF.

memang khilaf ku, menyayangi mu.
memang khilaf ku, menyintai mu.
tapi ku tahu, semua itu.
tak akan kembali lagi.

bukan ku pinta, segunung janji.
tidak ku harap, sinaran ini.
cuma ku ingin, setulus kaseh.
kesetiaan kekal selamanya.

oh.. oh syakila.
senyum mu, enggan pergi.
tawa mu, mengiringi.
wajah mu, ku terbayang.

hadir mu dalam mimpi.
umpama bidadari.
potret mu ku tatapi.
mengharap kau kembali.

memang ku rindu, saat bersamamu.
memang tak mampu, melupakanmu.
tapi ku tahu, semua itu.
tak akan kembali lagi.

selamat tinggal pada kenangan.
selamat tinggal pada igauan.
terima kaseh, aku ucapkan. 
untuk percintaan ini.



Jan 4, 2011

ZOHOR TERAKHIR D BAGAN SERAI.

pejam tebeliak pejam tebeliak dh nak balek sana balek. xde mud sgt. benci3! (ketuk2 meja dgn penuh manja) rasa nk dok rumah sampai beranak pinak.

lepas zohor, insyaAllah pelan2 kayuh p bayan lepas. naseb baek la balek dgn cik awak. kalo x mapuh kerah aku dlm penerbangan yg membuat aku sakit rumah.

esok entah la ada kelas ke x. aku tanak amek tau. yg aku tau, aku perlukan masa seminggu untuk proses penyesuaian semula diri dgn keadaan sekeliling. aku tanak pegi kelas! haha! aku memang pemalas!

d sini juga aku ingin memohon maaf andai ada tersilap taip, terbaca benda xsepatutnya, terhangguk xsemena, tertojoh kt mana2, terjolok buah dada nangka anda, tercuri hati sang puteri, ter rampas kekasih hati, termasuk dlm lembah kehinaan, tersampuk sawan babi, terjampi kt sapa2. suma2 la ye. aku mintak mahap. sempena taon baru ni kan, apa salahnya buang air milo, kita amek air suam ye dak.

dan d kesempatan yg ada ini juga aku berminat untuk berkongsi dgn korang lagu yg d cover oleh seorang budak lima taon. penyanyi asal apit ngn apiy. budak ni aku xtau la nma pe. korang tnya la dia sendiri. tapi beliau sungguh comey nk mampoih. dh tgk pon, kena tgk lagi ye. ini permintaan aku. xbaek korang hampakan. peduli ape aku. k dahdahdah!


Jan 1, 2011

SELAMAT BERTAHUN BARU SEMUA!

kejapnya 2010. x terasa pon. macam aku tido satu malam je. esok nya bgn2 dh 2011. 12 bulan ape tah yg aku dapat. amoi sorang pon xdpt. muahahh!

sempena tahun baru ni marilah kita sama2 muhasabah diri. tinggalkan mana2 kepahitan 2010, moga yg mendatang akan mematangkan fikiran dan cara hidop kita. waseehh!

kalo ikot anak bulan, jap lagi masok la kita tahun 2011. tapi tahun masihi macam xbape best la nk sambut pon. baek aku sambut awal muharam ye dak. huahuahh.

tapi ape pon selamat bertahun baru 2011 buat semua makhluk yg mendiami bumi. sama2 lah kita memakmurkan bumi yg kecik ni. mana lagi kita nk tinggal kalo semua pakat dok rosakkan bumi. selamatkan alam sekitar! pelihara haiwan sebaik mungkin! jgn buang2 anak! xnak anak, jgn dok buat anak! berbudi lah kepada tanah, nescaya akan mendapat hasilnya! Bumi Boleh!! huahahah. aku memang bersemangat kebumian. go go bumi! fighting!