Mar 1, 2011

TOLONG LAH. AKU JUGA MANUSIA BIASA.

dingin malam jelas terasa,
ingin ku peluk pujaan hati,
namun mimpi bukan lah nyata,
hanya mainan perasaan sendiri.

cuba bangun utk berdiri,
namun kaki tiada terasa,
apa lagi yg tinggal kini,
hanya rintihan gundah gulana.

semakin jauh cuba ku lontar,
semakin dekat ia kembali,
terbanglah engkau bersama sang camar,
biarlah aku membawa diri.

terlalu lama aku terkhayal,
d buai lagu ciptaan nafsu,
tiada hujung tiada pangkal,
mungkin hanya mampu merindu.

segala janji sudah d cipta,
sudah bersumpah akan setia,
ke mana pergi dia yg ku cinta,
seperti aku si pekak yg buta.

berapa lama harus ku kejar,
aku juga manusia biasa,
jgn sampai aku terlantar,
kerana penat menahan cinta.

dari awal sudah ku pesan,
aku bukan seperti yg lain,
kini engkau mula tertekan,
mahukan benang menjadi kain.

aku tiada kapal yg besar,
utk kau pergi ke pulau sendiri,
hanya jala yg koyak d tebar,
ingin menangkap seorang bidadari.

jika kau mahu sebutir mutiara,
sanggup ku selam hingga ke dasar,
apa yg ada bukanlah sempurna,
maafkan aku jika berkasar.

kerap sudah berair mata,
tidak mendapat cinta manusia,
hanya ku pinta setitik tinta,
utk ku tatap d kala duka.

mampukah aku utk bertahan,
setelah lama menanggung bebanan,
salah kah aku selama pertalian,
aku bersedia menerima celaan.

mentari dan bulan sering bermusuh,
ingin d puja oleh manusia,
pakaian aku walaupun lusuh,
tidak bererti cinta ku sama.

jawapan utk rangkap pertama-

lebih indah mimpi terjadi,
jika d turut merana diri,
sudah selesai berwali berkadi,
peluk lah diri nya sehingga mati.

* saya suka bila saya sedih kerana saya mampu berpantun sesuka hati. terima kaseh sangat2!

6 comments:

Anonymous said...

emm..

nur maisarah said...

same2. :)

Ajelip™ said...

:((((((((((((((((((((((((

Aesya Zealous said...

jgn la sedih..chill sikit!!

Ajelip™ said...

tak sedih langsung.. :(

Zeanne said...

la tahzan.jangan sedih2.senyommmmmmm :) haha