Dec 30, 2010

AKAN TIBA SATU KETIKA AKU AKAN BERLARI TANPA HENTI, MELANGKAH KAKI PERGI JAUH DARI SINI.

pernah sekali aku bertanya kepada mereka. apa erti kami berada d cni jika semua orang sentiasa memandang serong kepada kami..

mereka tidak menjawab. mereka lebih suka bercerita jika kami tidak berada d hadapan mereka..

aku masih mampu bersabar setelah hampir 10 tahun aku sedar erti kehidupan..

abah ku cuma mampu teruskan apa yg dia sedang buat kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan..

mereka cuma pulang ke kampung sekali sekala. kehadiran mereka amat kami hargai, kami sambut dengan penuh rasa gembira..

tetapi lain bagi mereka. ada saja yg tidak kena. apa yg abah ku buat tidak pernah mereka hargai..

mama ku pula hanya mampu berdiam diri walaupun d tuduh mencuri..

gelora hatinya hanya tuhan yg tahu. kami sebagai anak hanya mampu melihat..

kami tidak ingin d label keturunan yg tidak tahu menghormati org yg lebih tua..

mungkin mereka akan lebih gembira jika kami tidak lagi berada d cni..

aku tidak sedih, malah aku bangga mempunyai abah yg sabar dan mama yg sentiasa percayakan kuasa tuhan..

aku tahu, mereka sentiasa melakukan kerja dgn jujur, utk kebahgiaan bersama..

tapi apa yg mereka dapat. hanya fitnah, tuduhan yg x masuk akal daripada insan yg tidak tahu menghargai..

abah ku pernah berkata. jangan sampai dia sudah tidak boleh bersabar..

aku sendiri tidak tahu apa yg bakal terjadi kalo dia marah. yg pasti memang menakutkan..

kalo nak bergaduh sesama sendiri, pasti sudah lama abah ku mengungkit semua pengorbanan yg dia dh buat d kampung ketika semua org sibuk berkerja d tmpt lain..

sejak abah ku kecil, dia yg jaga semua benda kt kampung. dah berpuluh tahun..

aku pon x paham. bukan xbijak. semua bijak, akal panjang, kaya raya, rumah besar gedabak..

tapi hati penuh rasa dengki..

kami tahu, kami hanya menumpang d tanah pusaka, tapi layak ke kami d perlakukan sebegini?

abah ku x hingin pon tanah ni. tapi kalo kami blah, sapa nk tolong tgk kan rumah kt kampung ni? mesti cucu2 semua teringin nk balek kampung bila cuti. bila balek, dgn rumah x terurus, rumput tinggi pokok nyioq, sapa nk dok?

rumah kami seblah dgn rumah atok ni ha. adoii.. penat dah nk tahan sabar dgn perangai manusia ni..

depan bukan main baek. cakap punya slow, pijak kambing pon kambing x terasa. belakang, cakap abeh kt suma org. pijak gajah pon gajah boleh mati katak cm2 je..

susah kan? org xkan tgk benda baek yg kita buat. org hanya akan igt benda salah yg kita buat walaupon sekali..

umpama ayam yg mati tersedak bila makan tulang member sendiri.. =.='

mahap la ye, terpaksa serius sket sebab hal ni memang serius. korang pon mesti ada yg mengalami nasib yg sama kan..

begitulah mentaliti melayu yg tidak pernah mahu bersyukur dgn apa yg ada. sapa lagi nk ubah kalo bukan kita ubah diri sendiri.. dunia kejap je lagi. takot kt akhirat nanti xmenang tgn nak menjawab soalan2 org yg d zalimi kot.. renung2kan bersama dan marilah bergembira. jgn bermuram durja.. dada besaq daaa~

Dec 27, 2010

TOLONG SAYA TOLONGLA SAYA TOLONG SAYAAA!

sapa buleh tulong saya? saya perlukan bantuan, sebab tu saya mintak tulong. kalau saya perlukan ikan, sudah lama saya p pekan. mai ramai2 pakat duk tulong saya. 

saya perlukan 3 ni ja :

- sedekah jariah

- ilmu yg bermanfaat utk orang laen.

- anak yg soleh yg sentiasa mendoakan.

hem.. dan ka dak saya tinggai 3 ni nanti. anak tu penting. sapa nk tulong deliver kan anak kt saya?? huhuukk.


p stroke s : penggunaan kata ganti nama 'saya' adalah bertujuan utk merapatkan silaturrahim antara kita sebab Malaysia menang tadi. (takdak pasai)


Dec 24, 2010

ATOIYAI JANGAN LA MACENI.

puhh seharian xdak tenet. kebel ™ bermasalah. xtau la kena curik ke hape. yang pastinya aku memang dh macam org gila dok umah xdak tenet. sampai da bosan maen chess titans. oh aku ada cite. nak dengar x? nak kan? begini ceritanya :

saya : kenapa awak suka kt saya yg xbpe nak hensem sgt ni?

awak : saya xpandang pon rupa awak..

saya : ape yg awak pandang sebenarnya?

awak : nape awak tanya soalan bagai. awak xsuka saya suka awak??

saya : bukan. tapi saya ada musykil. harta xde, rupa tah ke mana, perangai xpenah senonoh.

awak : awak, itu semua x penting..

saya : apa yang penting?

awak : restu ibu bapa kita..

ya anak2 sekalian. harapan ibu bapa haruslah tidak d ambil mudah. hal ini d ceritakan kembali dalam versi dialog kerana tidak ingin mana2 pihak terasa cili walaupon dia tgh makan eskrem vanila. restu mereka amatlah penting terutama bagi yg ingin berumahtangga. renung2 kan dan selamat beramah mesra.

Dec 23, 2010

PERJALANAN TERHENTI BILA HATI MERASA SUNYI TANPA PERHIASAN DUNIAWI D SISI.

kami baru balek dari Perlis. walaupon hanya sehari, tapi abeh satu Perlis kami kelitin. sapa org Perlis?? angpa ada tgk cita Kiah Pekasam dak? kami tgk tau. haha! sudaaaah!!

dekat Perlis, kami tu maksudnya saya la. dlm bahasa sopan. hangpa tu, awak, kau, dan seumpanya. betoi dak? ingat nk p jaoh g, masuk Thai ka kan, tapi tu la. minyak keta xbpa nk cukup. huahuahh.

dh nak abeh pon cuti. ah tensen. malas nak blaja. aku nak jadi anak sultan. harta dunia xpayah nk pikiaq dh. tumpu harta akhirat je. cehwahh! lupa nk tnya, korang sehat2 tak suma? aku makin sehat dok umah. aku nak jadi anak yang soleh dan boleh d pakai. (puke) tapi harapan aku hanya impian bila jiwa aku kosong..

korang paham tak kosong? ini kosong 0. bulat, ada lubang tengah. bukan donut. aku perlukan isi untuk d isi..

Dec 16, 2010

BUDAK2 ZAMAN SEKARANG LEBIH MAJU DARIPADA PAKCIK TYM PAKCIK BUDAK2 DULU.

baca tajuk pon dah tahu aku nak cakap ape. sebelom kita mengusik manja lebih batasan, aku ingin mengucapkan billionan terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah blog aku melalui segmen BA yang baru sahaja d tutup tadi. blog aku ada dalam ENTRY NIbro Ben, tenkiu bebanyak. kalo bro pompuan, da lama saya mengorat. tapi nama pon bro Ben, boleh la nak ngorat. cuma takot kena pelempang luar habitat aje. hehehh gurau jo. jgn marah haa..

imbas kembali zaman aku bergelar budak, yakni sekitar 10 hingga 15 tahun yang lepas. menatang apa HANDPHONE tu? haram xpnah dgr pon. adakah ia menyerupai seekor arnab yang comel mintak carrot lebih? atau sekadar hiasan untuk d jadikan gubahan bunga. selepas aku membuat penyelidikan secara berterusan, baru aku dapat memahami apakah itu HANDPHONE. ia merupakan alat moden yang dapat meng keep in touch kan kita dengan seseorang yang bukan d depan muka kita. kuno kan aku?

budak sekarang. umor 5 tahun, mintak BB torch kt mummy n daddy. wadefintu??! umor 10 tahun, sape yang masih x ada fon d anggap seekor kera yang pengkar kakinya dan teleng kepalanya. oh x apalah. mungkin dunia sekarang amat memerlukan sejenis alat bergelar fon tersebut. mak bapak busy siang malam, anak kena ada fon supaya senang nak kontek kalo jadi apa2. tapi apa yang anak diorang buat dgn fon?? haa, ni lah pakcik nak pesan. x salah nak bagi anak fon. tym baru beranak, lepas2 azan/iqamatkan anak tu, nak bagi fon pon, bagi lah. xkan pakcik nak halang ye dak. tapi jika itu memang benar2 d perlukan, bagilah. jika ia lebih kepada memudaratkan, elok la kita bendung dgn cara berhemah. bukan apa, pakcik pon pernah jadi budak. apa yang aku tahu tym 2? cuma nak seronok. main, hepi, gedik, terkinja sana sini. lepas kena pelempang senyap sat 2,3 minit. kenapa aku cakap pasal ni?

sebab sepupu aku yang baru berusia 10 tahun hampir d bawak lari dgn mat bangla spesis taik lembu kaler hitam. gara2 henfon lah. mula2 kenal dlm FB, lepas tu dok rajin bermesej pulak. panjang nak cita, korang bayangkan je la sendiri ceritanya. haha! aku sekadar berkongsi, jangan nak tacing2 plak sesapa yang masih budak2 tu. tampo kang! huahuahh. tidak salah jika ia d gunakan mengikut kesesuaian keadaan. bukan semua macam tu, tapi malang memang xpenah nak berbau. sebab dia pakai deodorant! muahahah. aduuh saket tengkuk. dok wat senaman melangut ke langit tadi. nak pegi mengurut jap. ciaoo!

Dec 15, 2010

APABILA AKU JOIN SEGMEN BRO BEN, AKU RASA TERHARU DENGAN TIBA-TIBA.


bro Ben soh jawab beberapa soklan yang beliau kemukakan. bukan ape, dari dok umah tak tahu nak ngadap ape, aku pon mengambil langkah bergaya dengan memasuki segmen bro Ben yang kacak berkaca mata. hehehh

bro Ben : Bila mula buat blog?

aku : er.. baru je bang.. 

bro Ben : Bilaa???!

aku : er.. dodoplohpat bulan lilimaa (24may2010) bang.. (terketar ketar)

bro Ben : berapa ko punya polower?

aku : aish, x mcm abang. sket je bang. mcm langit ngn bumi. huhukk.

bro Ben : aku tanya berapa la???!

aku : sori2 bang. er.. tambah tolak 603 bang.

bro Ben : hemm.. dalam sehari, berapa trafik ngn entri ko?

aku : malu la bang nak cakap. huuhu. kalo rajin, trafik tu ada la ratus2. paling tinggi pon seribu lbeh. tu da abes rajin dah.. kalo malas, jangan cite r bang. puloh2 je. kekadang xlebih 50 pon.. entri pulak pukul rata sehari sekali. tapi kalo rajin dua,tiga kali gak la.. bese la bang, busy doing nothing. teeheehe (cuba utk buat bro Ben gelak) =.='' tak berjaya. 

bro Ben : soalan last ni aku nak ko jujur bagitau. blog mana yang ko suka baca??

aku : saya suka baca blog Cik Nathrah bang. tapi abang jgn salah paham. saya memang suka abang. punya blog la. simple tapi padat. tu je bang. saya nak ke tandas jap bang. jgn marah tau. huuuhuhu. peace!


p/s : dialog adalah rekaan aku semata mata. bukan aku bersembang dengan bro Ben sendiri. cuma untuk memvariasikan cara penyampaian. ok jom berkenalan semua! 


PERNAH RASA KENA BALING DENGAN TONG GAS PETRONAS 16KG KALER KUNING TERANG TAK?

sakit, pedih, pilu, terharu, terkilan, jerih, perit, ketat, tersumbat.

tak tahu lagi mahu buat apa. maaf sudah. d pujuk sudah. d terang sudah. d kejar sudah..

mungkin akan tiba saat aku sudah letih mengejar. aku akan tinggalkan apa yang berlari d hadapan..

aku kecewa.. bukan kerna lisa. bukan kerna mia. bukan kerna juliana. bukan kerna yuna. bukan kerna heliza. bukan kerna intan ladyana. bukan kerna hana tajima. dan bukan juga kerna scha.

tapi kerna dia..

ibarat kura-kura tanpa cengkerang. kerang tanpa kulit kerang. memerang tanpa bulu. ikan tanpa sisik. kelip-kelip tanpa cahaya. kubur tanpa nisan.

aku hanya pandai bermetafora. tidak pandai bermanja mesra.
berperwatakan antagonis. tidak mempunyai senyuman yang manis.
mungkin aku patut berinversi. supaya lebih mudah untuk kau mengerti.
maafkan aku yang asyik bersimile. kerna ku mahu kau tahu, aku belum melangkah pergi..

Dec 12, 2010

ATOK RASA ATOK MASIH MAMPU MEMBERI NAFKAH BATIN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

macam baik punya letak tajuk panjang2 dan entry tidak sepanjang tajuk. ahaahaahahh

malam yg bosan. seperti biasa. channel bola menjadi tatapan.

hai la Lisa, bila ko nak balek rumah. cakap nak sama2 candle light dinner. dah 10 taon aku tunggu.



ko tgk. ko tgkkk! dia buat x dengar ape aku cakap. ufff!


perasan betol tuan meow. tampo diri sendiri kang! haish

LISA SURIHANI.



mencari sinar dalam kegelapan.
mengajuk kata dalam perbalahan.
menjumpai kebenaran dalam penipuan.
mengambil mudah dalam perhubungan.

saling merindu ketika berjauhan.
berbalas surat di awal perkenalan.
adakah masih punya madu.
setelah hampir 15 tahun berlalu.

aku sedar aku siapa.
bukan penjaga mengawal istana.
bukan pendeta menyanjung dewa.
bukan arjuna menghunus senjata.
bukan juga penebar, roti jala.

aku hanya serangga hitam.
yang berjalan d kala malam.
tiada yang sedar, apalagi d peduli.
tapi aku tetap merindui mu. Lisa Surihani.
 

ciss. ayat cam haram. makin lama tengok makin lawa. ayoook. oh mimpi apa aku bangun awal. xmimpi basah pon tapi aku rasa nak mandi wajib pagi tadi. xtau nape. abahku otw g medan. ada program ape tah. tinggal la kami 4 beranak kt umah ni. aku mangkit awai pon sbb nk antaq dia la. dia naek kt bayan lepas. apa mau buat ini hali oo. manyak tatak tawu mau bikin apa oo. sapa mau jadi wa munya 600th polower ha? manyak lambat jugak. wa pon ata malas mau pigi belogwokin. tata apa la. wa tatak kesah munya. wa mau tito. papai. wa mau mimpi itu Lisa. wa tamau kawen if Lisa kawen sama lain olang. muahaha!



aku akan menjaga haiwan sekalian alam jika itu yang kau mahukan.




Dec 10, 2010

SURAT CINTA PERTAMA.

Result kua hari ni. oh alhamdulillah. walaupon x sehebat korang tapi aku cukup syukur dah sbb x ada kena repeat. aku fobia sebna nye repeat meng repeat ni. huhukk. boleh la mintak tiket nak pegi paris daripada abah ku. ha, hari ni jugak telah sampainye surat cinta pertama ku daripada encik nuff. dpt la jugak duit poket sket. ciss mmg la xbanyak tapi cukup la kan nk buat belanja tym honey moon nanti.

malaaass sangat nk update. tunggu orang 2 on9, xjugak on9. dah berkurun tunggu. dan berkurun jugak aku dah melepak kt umah je membesarkan telinga. sudah tiba masanya aku merantau keluar mencari rezeki utk anak isteri. papai suma have a great holiday! esok kenduri, lusa kenduri. x berasap lagi la dapur mama aku. huh!

Dec 8, 2010

RINDU.



jaga ku tidak seindah mimpi. hanya berteman kamar yang sepi.
bagaimana nanti jika kekosongan sudah d isi..

semua laki boleh jadi suami. tapi boleh ke tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dgn sepenuh hati tu yang aku cuak2 kucing sket. bukan tak nak, tapi takot tak termampu. ingat senang ke nak jaga anak orang? nak bagi makan pakai perlindungan semua cukup. mama aku selalu dok pesan, jangan tengok paras rupa. hati yang penting. kalau dia cintakan Sang Pencipta lebih daripada segalanya, selamat la hang dunia akhirat. macam selalu aku akan buat donno je, xbes langsung topik perbualan. bukan orang nak kawen lagi pon. haha! tapi tetiba aku ter pikiaq pulak malam ni. xtau paseipa.

aku ingat nak suroh mama aku je carikan. restu yang penting, cinta ke hape xde hal punya. tapi la kan, aku macam ragu2 jugak. ada jugak yang mak pak xsuka awal2 tapi lama2 ok pulak. kalau mengikut kondisi aku sekarang ni, memang xlayak lagi la nak jaga anak orang, tapi kegatalan tu memuncak dua tiga hari ni. mungkin kesan baligh kot. haha!

sebenaqnya aku tamau cita pasai ni pon. kepada bakal isteri yang aku tak tahu sapa lagi :

awak rindu saya tak? saya rindu awak. saya harap saya masih boleh merindui awak walaupon kita d takdirkan tidak bersama sehingga akhir nyawa. untuk pengetahuan awak, saya mengalami penyakit sindrom tak berapa nak betol, tapi saya harap awak tetap bersama saya susah dan senang. itu pon dah cukup bagi saya. saya xperlukan seorang yang menggembirakan saya dengan penipuan. saya xperlukan seorang yang menyelesakan saya dengan lakonan. saya cuma perlukan seorang yang menyakitkan saya dengan kebenaran. awak boleh buat yang tu x? kalau betol awak tulang rusuk saya, awak jangan risau. awak akan tetap berada d sisi saya selama lamanya. tangan saya akan melindungi awak. kaki saya akan melangkah untuk awak. hati saya akan melekat kat awak. inshaAllah, selagi saya masih bernyawa, saya akan jalankan kewajipan saya terhadap awak. zahir, batin, atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang (oh haram), fizikal, mental, emosi, persepsi, resepi, dan pepsi.



sekian, dari suami mu :
kaki penipu punya olang. haiyaa. jangan kawen sama saya la. hahah manyak cina jugak ooh!



Dec 5, 2010

AKU ADA Ps.

yeay akhirnya aku berjaya mengadakan potosop dlm laptop aku. haha...

hahaha..


hahaha. ahha. haha. haa...... =.="


aku nak buat header. tapi xreti la nak tekan2 butang dlm Ps tu. banyak sgt, penin pala tgk.

xpe la, lupakan! baek aku maen game. hahaha!

eh sape yg reti xnak ke ajar aku? (muka bersinar2 seperti baru selesai menunaikan haji).

Dec 4, 2010

ADAMAYA DAN SENYUM SORANG2.

Kali ke-2 aku tgk adamaya. ape kena dgn aku ni. argh! bagi aku la kan, adamaya dgn lagenda budak setan merupakan antara cite melayu yg aku mampu tgk. selain daripada cite2 yg lawak la. melayu kalo buat cite lawak memang tiptop. gua salut lu bro saheizy sam. lu memang ketat. tapi kalo cita sedih, jiwang, seram, ngeri, dongeng, kebanyakannya aku xmampu tgk. bukan aku xmenyokong industri hiburan tanahair. cehlamak. tapi aku x mampu nak tgk.

pelakon. yes, faktor yg amat penting. dalam menjayakan sesebuah scene, pelakon perlukan penghayatan bagi setiap baris ayat supaya penonton dpt feel dan mesej yg ingin d sampaikan. ramai pelakon kita berbakat, mmg pandai berlakon. bukan sekadar d lokasi, sehingga ke luar pon diorang dpt belakon dgn baik. tetapi, kadangkala, kesungguhan bagi mengeluarkan suatu produk yg bernama filem masih d takuk yg lama. apa aku ckp ni. sebagai contoh, filem P.Ramlee. sape xsuka? berkali2 tgk pon xakan bosan. walaupon dh tahu hujung pangkal, tapi masih gak kita mampu tgk sebab ape? haaa, itu kita xtahu. haaaha. sebab, kita boleh nampak kesungguhan diorang. zaman tu apa je peralatan yg ada? tapi diorang menggunakan semua bahan2 yg ada utk mencantikkan flow cerita tersebut. bukan aku meng kondom kondem cita melayu. bukan, tidak sama sekali. cuma aku tertanya2. bila kita mampu lakukan macam filem2 antarabangsa.

2 ALAM! sape dah tgk, mengaku cepat! haha. aku ada la terbaca sinopsis cite ni. ok, memang mesej yg ingin d sampaikan agak berat tapi mudah je nak paham. x salah, d galakkan utk kita berpesan2 tentang kebaikan melalui medium hiburan. tapi, aku xrasa pon nak tgk cite ni. kenapa kah? tepuk kepala, tanya cendawan. hee, ok xde kaitan. ikutkan hati, banyak sebenarnya cerita2 melayu yg aku ingin sgt tgk, tapi... hati aku ni, sakit. jiwa aku kacau. perasaan jadi xtenteram. rasa serba salah. nak tekan butang play pon macam xsanggup. maaf ye peminat2 cerita melayu, aku x macam korang. aku ni alien kot, dari planet garurumon.

macam aku kata tadi, bukan semua cerita melayu aku xmampu tgk. aku sedar, aku melayu. xpenah pon nak bajet mat salleh @ mat kacau, isnin-khamis 6.25 ptg saluran 611. aku tau mesti ramai yg nak marah aku sebab aku dari planet lain, tapi aku kena jaga hati aku jugak. xkan aku nak bia hati aku sakit semata2 nak bahagiakan org lain. kalau aku sebok jaga hati orang, sapa nak jaga hati aku.

"ingat, bukan semua orang sebaik adam. mungkin adam boleh lepaskan kau kalau kau rampas maya dari dia. tapi bukan aku. bagus kau jgn tuduh2 n ganggu sara. " kata sharom kpd dani ketika diorang terserempak depan 7E. haha. dialog adamaya. jgn terasa la sesapa yg bernama macam d atas. ciss.

aku serius ni. chong wei pon kalah, pelapis kita mana. bola pon kena ngn indon 5-1. pengarah, penerbit, nama2 baru xada ke. nak jugak aku rasa sentuhan org2 baru. ceh macam dh lama hidop je kau kan. cakap pandai la, buat tengok. suma org akan ckp mcm ni bila mereka terasa tercabar dan d cabar oleh tohmahan2 dan kritikan2 daripada masyarakat sekeliling. my abah pernah berpesan satu ketika dahulu ketika kami d landa krisis. kita memang sudah berusaha, tapi belum yg terbaik. untuk dapatkan yg terbaik, kita perlu usaha yg terbaik. kalau setakat melepaskan kahak d atas batu yg berada d bawah tangga, belum cukup dik. banyak lagi kita kena buat. macam mana nak buat? kena usaha. macam mana nak usaha? kena rajin. macam mana nak rajin? jgn malas. macam mana nak malas? tido. dah aku ngantok, jom tido. oh korang kena tgk gambar mamat ni :



memang mintak siku ngn buku lali muka dia ni! hahahaha

gelak la, tunggu pe g. hahaha! sape x gelak dia suka mamat atas ni.

Dec 2, 2010

APA NAK BUAT.

BOSAN!

APA NAK BUAT NI!

TOLONG!

oh hari yg baik utk  bersama family..


penyeri hidupku..



hepi family. kahkah!


BOSANNYA! XTAU NAK BUAT APA! urgh.