Dec 30, 2010

AKAN TIBA SATU KETIKA AKU AKAN BERLARI TANPA HENTI, MELANGKAH KAKI PERGI JAUH DARI SINI.

pernah sekali aku bertanya kepada mereka. apa erti kami berada d cni jika semua orang sentiasa memandang serong kepada kami..

mereka tidak menjawab. mereka lebih suka bercerita jika kami tidak berada d hadapan mereka..

aku masih mampu bersabar setelah hampir 10 tahun aku sedar erti kehidupan..

abah ku cuma mampu teruskan apa yg dia sedang buat kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan..

mereka cuma pulang ke kampung sekali sekala. kehadiran mereka amat kami hargai, kami sambut dengan penuh rasa gembira..

tetapi lain bagi mereka. ada saja yg tidak kena. apa yg abah ku buat tidak pernah mereka hargai..

mama ku pula hanya mampu berdiam diri walaupun d tuduh mencuri..

gelora hatinya hanya tuhan yg tahu. kami sebagai anak hanya mampu melihat..

kami tidak ingin d label keturunan yg tidak tahu menghormati org yg lebih tua..

mungkin mereka akan lebih gembira jika kami tidak lagi berada d cni..

aku tidak sedih, malah aku bangga mempunyai abah yg sabar dan mama yg sentiasa percayakan kuasa tuhan..

aku tahu, mereka sentiasa melakukan kerja dgn jujur, utk kebahgiaan bersama..

tapi apa yg mereka dapat. hanya fitnah, tuduhan yg x masuk akal daripada insan yg tidak tahu menghargai..

abah ku pernah berkata. jangan sampai dia sudah tidak boleh bersabar..

aku sendiri tidak tahu apa yg bakal terjadi kalo dia marah. yg pasti memang menakutkan..

kalo nak bergaduh sesama sendiri, pasti sudah lama abah ku mengungkit semua pengorbanan yg dia dh buat d kampung ketika semua org sibuk berkerja d tmpt lain..

sejak abah ku kecil, dia yg jaga semua benda kt kampung. dah berpuluh tahun..

aku pon x paham. bukan xbijak. semua bijak, akal panjang, kaya raya, rumah besar gedabak..

tapi hati penuh rasa dengki..

kami tahu, kami hanya menumpang d tanah pusaka, tapi layak ke kami d perlakukan sebegini?

abah ku x hingin pon tanah ni. tapi kalo kami blah, sapa nk tolong tgk kan rumah kt kampung ni? mesti cucu2 semua teringin nk balek kampung bila cuti. bila balek, dgn rumah x terurus, rumput tinggi pokok nyioq, sapa nk dok?

rumah kami seblah dgn rumah atok ni ha. adoii.. penat dah nk tahan sabar dgn perangai manusia ni..

depan bukan main baek. cakap punya slow, pijak kambing pon kambing x terasa. belakang, cakap abeh kt suma org. pijak gajah pon gajah boleh mati katak cm2 je..

susah kan? org xkan tgk benda baek yg kita buat. org hanya akan igt benda salah yg kita buat walaupon sekali..

umpama ayam yg mati tersedak bila makan tulang member sendiri.. =.='

mahap la ye, terpaksa serius sket sebab hal ni memang serius. korang pon mesti ada yg mengalami nasib yg sama kan..

begitulah mentaliti melayu yg tidak pernah mahu bersyukur dgn apa yg ada. sapa lagi nk ubah kalo bukan kita ubah diri sendiri.. dunia kejap je lagi. takot kt akhirat nanti xmenang tgn nak menjawab soalan2 org yg d zalimi kot.. renung2kan bersama dan marilah bergembira. jgn bermuram durja.. dada besaq daaa~

3 comments:

Marya Hana . said...

hehe. betol2.. :D
mentaliti org kite ish ish ish.

Lampu suluh. said...

tu la kan. eh esok cuti =P

TunTeja said...

suka ayat2 kat entri ni.

banyak2 bersabar :)