Apr 19, 2011

DI LUAR KEMAMPUANKU.

Mungkin aku bukan Mata yg kau cari.
pandangan terhad hanya luaran.
bukan terus ke dalam hati.

Mungkin aku bukan Tangan yg kau ingin kan.
mampu menahan sekelumit tohmahan.
tetapi lemah menanggung bebanan.

Mungkin aku bukan Kaki yg kau mahu.
berdiri teguh umpama batu.
tiada langkah untuk terus maju.

Mungkin aku bukan Telinga yg kau impikan.
menjadi tuli dgn arahan.
tidak menurut segala kemahuan.

Mungkin aku bukan Jiwa yg kau perlu.
terlalu lemah saat beradu.
derita hati menanggung pilu.

---------------------------------------------

sudah berkali aku terluka,
tetapkan hati cuba setia,
kenapa begini bidadari syurga?
hilangkah agama dlm diri nya?

tiada manusia yg layak sempurna,
tiada yg suka d gelar gila,
kuatkan iman beribadah pada Nya,
jalan penyelesaian pastikan tiba.

tetapi semua pesanan semata,
tiada dpt merubah segala,
mungkin aku sedikit kecewa,
namun lebih menahan sengsara.

airmata gugur tanda derita,
jeritan yg halus tanda tersiksa,
apa ku mahu engkau bahagia,
walaupun kita tidak lagi bersama.

walau sejuta kebaikan yg ada,
tetap sepuluh kejahatan dilihat,
apa guna ingin bersama,
jika tidak memasang niat.

putarlah kembali roda dunia,
tentu tidak ketemu semula,
bersyukurlah dgn apa yg ada,
jgn d tarik nikmat sementara.


" aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. jika hilang agama dlm dirimu, maka hilang lah cintaku padamu. "



No comments: