Salam sejahtera adik2.
Berkurun tak jumpa di sini.
Apa khabar sesiapa yang terbaca.
Aku sedang tidak baik baik saja.
Sebenarnya, berpuluh kali jugak fikirkan. patut ka dak ka, nak tulis dalam ni.
Tapi, macam nak tulis jugak. bukan nak bagitau sangat perkembangan pun,
cuma nak sampaikan beberapa perkara. yang mungkin tak boleh disampaikan melalui medium lain.
Berkenaan tidak baik baik saja tu, bukanlah aku sedang berperang dengan perasaan sendiri atau apa.
Cuma memang keadaan kesihatan yg sgt tidak baik. bukan seorang, kesemua terkena. dan kali ni kelihatan agak serius. dah hampir seminggu berlarutan. dan 3 hari yang agak kritikal. terpaksa jugak gagahkan diri bangun, buat kerja rumah dan urusan luaq.
Tapi, ini mungkin sedikit ujian dan nikmat, yang Dia hadirkan. Tak mahu mengeluh, haruslah bersyukur. sebab apa yg kita hajati tu sebenaqnya didengari.
Aku takmau tulis benda2 yg lain lagi, sebab dalam proses membantu dan melupakan. Tapi bila jadi mcm ni, dia mcm datang. rasa2 yg sebelum ni ada, dia macam menekan2 sikit. seolah berbisik (rindu senyuman itu, rindu suara itu, rindu keadaan itu, rindu kehadiran dan keberadaan itu)
Bukan sebab tak boleh lupa, cuma teringat versi diri ketika itu. renungan aku, tatapan aku, harapan aku, dan sedikit sebanyak keinginan aku. tapi tetaplah menjadi satu kenangan yang paling indah untuk disemat dan diabadikan. oh, dan satu lagi aku tak pernah terasa 'bodoh' pun, mungkin sebab pada waktu dan ketika itu, itulah perasaan yg keluar dan keinginan yg memancar. sesiapa pun, mungkin akan bertindak yg sama, tiada istilah bodoh untuk diri sendiri. semuanya disebabkan keadaan dan perasaan pada ketika dan waktu itu, tiada yg boleh menghalang. kalau istilah 'bodoh' tu, dia macam kita cakap dengan dia, tapi dia tak paham. dia suruh tulis, tapi dia tak reti membaca. dia suruh lukis, tapi dia tak reti melihat. haa yg tu maybe la kategori 'bodoh'.
Apa2 pun, doakan kesembuhan kami semua. Semoga kuat untuk menghadap segala ujian mendatang. insyaAllah, dengan izin Nya.
Macam perlu jugak utk tulis kadang2. tapi macam tak sesuai dah dalam ni. mungkin kena buat satu tempat baru jika perlu.
Takpalah. Byeee kawan2. semoga ketemu lagi. dan, tahniah anda sudah berjaya.
*auto revert to draft in 5 hours