Sep 22, 2012

KISAH SEORANG PEMEGANG REKOD DUNIA.



sedang aku berusaha memulas throttle motosikal cabuk yg ku punya, potonglah sebuah kereta.
berkumandang lagu omputih dari stereo kereta terbabit.
lagu apa ni? terdetik dlm nurani. kereta itu terus meluncur 149.7km/sec, /SEC! berdesup.
oleh kerana dari kecik aku pantang d potong, (selepas berkhatan) aku cuba mengejar dgn kelajuan yg lebih desup. 

setibanya d sebelah cermin kereta tersebut yg sengaja d biarkan terbuka, aku kembali mengamati lagu terbabit. macam pernah d dengar sahaja. pemandu tersebut umpama tidak berpuas hati dgn kelakuanku yg mengejar kembali kereta nya yg laju. beliau mendrop gear dan menekan mnyak agar keretanya pergi dgn kelajuan cahaya. 

tidak mungkin aku akn membiarkan diriku tidak lena mlm ini sebelum mengetahui lagu apakah yg sedang berkumandang dlm kereta terbabit. aku pon kembali mengejar kereta itu dgn kelajuan yg lebih pantas daripada cahaya. dgn keadaan senyum tenang aku kembali berada d sebelah kereta terbabit. lagu yg sama masih berkumandang. mungkin dia buat repeat pada playlist dia. aku dgn lebih khusyuk cuba mengamati lagu tersebut. hemm, lagu lama dgn nafas baru mungkin. lagu duet. enak d dengar. terutama d waktu petang yg mendung sambil berkebun dgn bau bauan bakaran sampah yg hanyir.

muka aku makin berkerut seperti menahan beban tahi yg beratnya lebih 20kg. lagu apa ni?? kereta terbabit masih berdegil. mungkin dia tahu niat aku. lalu dia kembali memecut dgn kelajuan yg tak dpt d lihat dgn mata kasar. makk aii, melampau. tapi tidak semudah tu aku akn mengalah. aku berhenti d tepi jalan dan memasang turbo d bahagian ekzos. kali ni manusia memang tak kan nmpak pergerakan motosikal ku. baru pulas sket je, tau2 dah sampai sebelah kereta tersebut. kelajuan kami pada ketika itu memang melangkaui had pemikiran otak manusia yg hanya 3% berfungsi. 

pemandu tersebut memang berketurunan keras kepalanya. sebelum sempat aku mengecam suara yg menyanyikan lagu tersebut, dia kembali memecut dgn kelajuan 5,000km/sec. dgn kelajuan itu, nk sampai matahari pon takyah lama lama. ternyata aku tak mampu mengalah lagi, dgn kelajuan yg lebih kurang sama, aku kembali berada d sebelah kereta tersebut in a split sec. kami meneruskan kejar mengejar sehingga matahari terbenam. bila tiba waktu malam, baru aku sedar yg aku kini sudah mengelilingi dunia sebanyak 15 kali tanpa sedar. tapi aku tak tahu d mana aku berada sekarang. 

tuhan tolonglah. ku rindu dia. 


1 comment:

Anonymous said...

Sangat bermanfaat. Kunjungi juga blog saya CODEin.my.id