Jan 20, 2026

MENYAPU HABUK.

 

Salam Sejahtera kepada rakan taulan, harap semua masih hidup (kalau dah takdak, tak boleh baca dah post ni)


Betui2 nak sapu habuk. bukan takat habuk, dah jadi kota terbiar dalam ni. Kebetulan? tidak.


Hadirnya ke sini untuk beberapa detik.

ketika jemari masih mahu memetik.

Suka diingatkan, bahawasanya sy takkan menulis dengan kerap pun.

sekadar melepaskan kahak di beranda.


lama tak menyembang kan?

entah ada yg membaca ke tidak.

tapi tidak mengapa, cuma mahu bersyukur.


Apa yg terjadi, setiap benda setiap inci setiap perkara yg terjadi selama ini, 

semuanya telah tertulis dan semua adalah berhikmah.

tidak akan terjadi sesuatu tanpa keizinan yg Maha Satu. 

atas diri kita untuk mengambil tauladan, mengambil iktibar, atau mengambil sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sunyi jalan kebenaran indah terbentang.... 

heyyy itu lagu.


Namunnn. apa2 pun, bangun2 pagi, tetaplah bersyukur andai masih diberi nafas.

Pinjaman yg paling mahal, terkadang manusia alpa berlagak sombong mendabik dada atas dunia yg bukan mereka punya. 


Bukan nak bertazkirah, bukan nak berceramah. sy cuma insan hina penuh dosa,

namun tetap berjuang demi setitis peluh petani utk disuap kepada keluarga. 

bukan nak suap peluh tu, tapi ni kan mcm diibaratkan. paham dak? 

susah la sembang takdak respon ni. 


Itu sajalah. cuma nak bagitau, sy sentiasa membaca dan mencari sebenaqnya. 

kebenaran dan keindahan, yg mungkin masih tersembunyi. di sebalik kekalutan hidup sehari hari.


Bukan Permata yg perlu dicari,

Terkadang kaca, yg memantul rasa.

Bukan Simpati yg perlu diberi,

Tetapi perasaan yg mengikat sama. 


Aneh sikit nak berpantun, perlukan situasi yg betul2 menggarap segala perasaan. baru boleh dilontarkan menjadi secebis helaian hikmat untuk ditatap dan dinilai, tahap keagungan sastera bahasa. 


Sudahlahhh. nak balik. Semoga ketemu lagi. Bye ! 




Apr 15, 2016

WARKAH BUAT TANGGUNGANKU.



Irama gemersik bernyanyi indah,
Dalam gemerlap cahaya purnama.
Sungguh ku kasih tiada bersudah,
Menjerit batin sayunya bergema.

Duhai isteri dengarlah sini,
Aku ingin engkau berjanji.
Melayan fitnah jangan sekali,
Tetapkan jiwa kuatkan hati.

Kita dikurnia seorang permata,
Turunnya dia dari kota syurga.
Didiklah dia menjadi hamba,
Yang patuh taat suruhan Yang Esa.

Wahai dewi dunia sementara,
Cuba imbas kenangan bercinta.
Tidak disangka kita kan bersua,
Pelbagai dugaan datang melanda.

Pernah sekali ku tukar arah,
Pergi mencari cinta yang salah.
Namun setelah semua berubah,
Engkau menanggung luka yang parah.

Ternyata cekal hati sang merak,
Tetap berjuang tak kenal sesak.
Gagahkan bertempik walau serak,
Cantumkan semula cinta yang retak.

Aku tahu perihal dirimu,
Jangan berniat untuk menipu.
Sudah naluri diberi padaku,
Aku faham apa hendak mu.

Selama mana kita bernyawa,
Pastikan kita memberi segala.
Tidak rugi berbuat saksama,
Kelak nanti beroleh pahala.

Banyakkan sedekah amal jariah,
Itulah harta yang tidak sudah.
Walau jasad dikambus tanah,
Saham akhirat masih bertambah.

Bermula hidup biarlah berakit,
Supaya sedar apa itu perit.
Senyumlah sayang walaupun sakit,
Dugaan diberi bukanlah sedikit.

Bersama kita harungi lautan,
Penuh ombak ribut dan taufan.
Sejauh mana kita mampu bertahan,
Itulah tanda kita punya kekuatan.

Jangan bersedih dengan perkara dunia,
Sungguh mereka pun juga hamba.
Apa nak ditakut dengan kapal samudera,
Jika berkemudi tanpa nakhoda.

Jadilah seorang isteri yang solehah,
Didiklah anak kita menjadi gagah.
Kita akan tetap punya Allah.
Hiduplah kita berlandaskan Quran dan Sunnah.


-salam sayang dari suamimu yang tak buleh nak tidoq-

Jam 1.56 a.m.
15 April 2016.

Mar 6, 2016

BERDUKA DALAM BAHAGIA.


Hidup bukan lama mana.
Tapi macam mana kita hidup.

Mulut orang tak boleh tutup.
Tapi kita jaga mulut kita?

Susah senang sendiri tanggung.
Tapi orang taknak tahu kau punya susah.

Bertahun cuba baiki diri.
Tapi yg salah jugak orang nampak.

Jadi, sekarang apa nak peduli?

Hidup tak perlu susah.
Ikut sunnah.
Jaga ibadah.
Rajin sedekah.

InsyaAllah.

Salam dari seorang ayah.

Apr 6, 2013

RINDU ITU ADA.



sedang asyik bermain kata,
dalam ketawa berbaki hiba,
senyum d ukir selindung duka,
namun jiwa d hentam rasa.

ke mana berlalu pencuri hati,
tanpa berpaling terus pergi,
sudah d panggil berulang kali,
kesan d tinggal mungkin abadi.

walau sekejap kita bertemu,
mengapa engkau datang padaku,
membuat fikiran makin celaru,
kemudian melangkah dengan melulu.

#maaf, jari mula terasa kaku.

Sep 26, 2012

SUDAH CUKUP CUKUP SUDAH.



aku bangun pagi tadi. tiada apa yg berbeza. masih kuat tenaga batin. cuma..

5 jam sebelum masuk waktu solat subuh:

dum sheketak dum dum bum kerstak, dum sheketak dum dum dum tak. (bunyi ghazal remix)

'hai bang. tengah sidai baju ke. nk kita tolong taak' berbunyi suara separa jantan. aku yg pada ketika itu hanya berkain pelikat la la la la terkesima separuh masa pertama. wat is det? wadehel? sambil mulut aku muncung.

hem. nanti lah cerita. takdak mood. pondans are everywhere. apa makna semua ini. rabak la aku mcm ni hari hari. badan tegap, bulu banyak, biceps tebal, peha gagah, muka ganas. tapi pondan. laki mana tak takut. cinabeng tangsten!