Aug 31, 2010

BEBAS..


Bebasnya kita berlari ke sana ke mari.. Tiada yang kejar, tiada yang tahan..

Bebasnya kita berjalan tanpa henti.. Tiada yang mengekori.. Tiada yang sakiti..

Bebasnya kita bergelak tawa.. Bergurau senda.. Bersuka ria..

Bebasnya kita bershopping sakan.. Habiskan duit.. Setahun sekali..

Bebasnya kita keluar malam.. Overnight kat town.. Bersama rakan2..

Ya, negara kita negara MERDEKA! Kita bebas daripada sebarang jajahan..

Tetapi hakikatnya, kita hanya bebas daripada jajahan fizikal.. Bukan dari segi mental..

Mereka masih menjajah kita, mengawal kita, mendominasi dunia..

Siapa mereka? Saudara kita kah? Di mana saudara kita?

Meraung meminta pertolongan, menjerit kesakitan, merintih hiba..

Di sana mereka.. Di sini kita..

Bersyukurlah kerana kita berada di bumi Malaysia..

Sedangkan mereka, saudara seislam kita..


Aug 29, 2010

APEDEHAL NGN CEMBURU (2)..


Ini adalah sambungan daripada part 1 :

TOM kembali meneruskan perjalannya yang terhenti. Tiada arah.. Sejak kecil TOM telah memasuki wataniah kucing seMalaysia.. Dia tidak kenal siapa ibu bapa mahupon sanak saudaranya yang masih ada.. Akhirnya TOM mengambil keputusan untuk mengekori VAVY dan MOT.. Dia ingin mengetahui siapa MOT sebenarnya di hati VAVY.. TOM mengekori mereka dari jauh. Kelihatan sangat mesra, siap bertepok tampar.. Gigit menggigit. Ok, TOM boleh sabar lagi.. Sampai satu tahap MOT mula meraba bahagian dada VAVY.. VAVY boleh rilek je bagi, buat macam xdepedehal sgt la.. TOM mula naik angin. Pe masalah diorang ni nk buat depan2 kucing awam.. 


Setibanya di hadapan sebuah restoran manusia, MOT dan VAVY masok ikut pintu belakang.. Setelah puas menyelongkaq, akhirnya mereka berlari keluar dengan menggonggong dua ekor ayam golek. Siap ngn sos sekali.  TOM terkedu.. Lajunya mereka bertindak. Tetapi malang bagi VAVY, ekornya sempat di genggam oleh salah seorang pekerja restoran terbabit. VAVY menjerit kesakitan, meminta tolong kepada MOT.. Lagi sekali TOM tersedak, MOT dah hilang dari pandangan.. MOT terus pulang ke rumahnya utk melantak bekpes yang dia dapat pagi tu tanpa mempedulikan nasib VAVY.. TOM yang melihat sedari tadi mula bertindak. Dia menerkam ke arah pekerja itu dan menggigit telinga pekerja itu sehingga mengeluarkan tahi telinga. ahah. TOM memegang tangan VAVY dan terus lari meninggalkan kawasan itu.. Sesampainya mereka di hadapan rumah VAVY..


VAVY : Tengs TOM.. Xde awak tadi, xtau la ape jadi kt saya..


TOM : Its okay. Tapi MOT g mane? Bukan ke dia ada ngn awak? (kura2 dlm perahu)


VAVY : Emm, dia memang salu g2. Pegi sama2, tapi if sumthg happen, tanggung sendiri.. 2 perjanjian kami sbb xnak menyusahkan hidup masing2..


TOM : Boleh saya tanya sket? Em, apa sebenarnya hubungan awak ngn MOT?


VAVY : Kenapa awak nk tahu? Dia kawan baek saya.. Dari kecik g ktorang kenal..


TOM : Kawan je? I mean, xde pnah terpikir to the next level?


VAVY : Hahaha. Ape awak ni? Saya kawan la ngn dia, sama mcm awak..


TOM : Oh, xpe la.. Cuma saya rasa laen sket dengan MOT tu..


VAVY : Apa maksud awak?? Awak kenal ke dia?


TOM : Tak.. Naluri saya mengatakan, MOT tu banyak niat yang menyimpang..


VAVY : Ok.. Saya paham. Mayb sebab kejadian tadi awak rasa mcm 2 kn? Tapi awak xboleh nk judge a cat mcm 2 je.. I mean, baru sehari awak tengok dia, awak dh ckp mcm2 sal dia.. Saya kenal dia dekat 5 tahun dh.. Memang kitorang kawan dan perjanjian kitorang mcm 2..


TOM : Maafkan saya atas ketelanjuran. Tapi saya bercakap atas dasar naluri kejantanan.. Tak ramai kucing yang boleh d percayai sekarang. Saya pon bukan la baek sangat, tapi saya dpt rasa yang MOT memang ada niat x baek..


VAVY : Dengar cni ek TOM.. Saya kenal awak semalam. Saya tumpangkan awak sebab kesiankan awak. Bukan sebab nak dengar naluri kejantanan awak 2.. Simpan je ek, jgn masok campur hidup kitorang kalo awak still nk ckp yg bukan2.. Kita boleh kawan as long awak xburukkan kawan saya..


TOM : Eh jangan la salah paham. Saya sekadar meluahkan ape yg saya rasa.. To be honest, saya mengekori kamu berdua tadi.. Kamu bukan seperti kawan biasa bagi saya. Pada awak mayb la mcm 2.. Tapi bukan MOT.. Dia seperti menunggu saat yg seswai utk amek kesempatan terhadap awak..


VAVY : Oh my.. Stalker plak dh.. Encik TOM, sini bukan tempat nk meluahkan perasaan ke hape. Saya dan MOT tetap akan berkawan. Awak ada ke xde ke lpas ni, memang saya xpeduli..  Dan satu lagi yg memusykilkan, kenapa awak ckp suma benda ni kt saya? Apa yg awak nak?


TOM : Walaupon baru sehari kenal awak, tapi saya rasa mcm dh lama.. Memang pelik, saya tahu. Tapi saya cuma xnak apa2 jadi kt awak.. Saya cuma risau. Kucing mcm MOT, banyak helah nya.. Saya pernah bertugas d penjara sebelom ni, dh mcm2 ragam kucing yg saya tgk.. Dan perangai MOT menunjukkan dia tergolong dlm golongan x baek..


Tiba2 MOT muncul dari hujung lorong.. Terus menghampiri mereka..


MOT : Halo brader, lu baek sgt la kan nk tuduh gua mcm 2 plak.. Ayat cm nk gadoh..


TOM : Hem.. Bukan mcm 2 maksud saya.. Maafkan saya. Sekadar berkongsi rasa. Xapa lah, jika kehadiran saya mengganggu hidup kalian, saya pergi dulu..


MOT : Haa, elok la kau blah. Baru sehari datang dh nak kutuk2 orang. Perangai mcm setan. Xpadan ngn misai kurang sehelai, ada hati plak nak mengorat VAVY. Go to sell la kau!


VAVY : *Hell la MOT..


MOT : Ape kau ni? sebelah kan dia plak? (cover malu) 


Sambil memandang VAVY, TOM berharap VAVY akan mempertimbangkan baik2 tentang kata2 nya sebentar tadi.. Tapi malangnya, VAVY buat donno je. Dia teros tarik tangan MOT masok ke dalam kotak nya.. TOM berlalu pergi dengan hati yang berkecamuk.. Dia tidak mahu VAVY salah sangka terhadap dirinya.. Kakinya terasa berat utk membiarkan VAVY bersendirian dengan MOT, namun hatinya menyuruh dia melupakan saja VAVY.. Pergi ke tempat baru dan mulakan hidop baru..




Apakah yang sebaiknya TOM lakukan?

(cerita ini akan d sambung mengikut kehendak pembaca. 2 pon kalo ada yg baca. ahahh)

xde idea sebeno nye. HOHO!


Aug 26, 2010

DUNIA ITU..


Jika seseorang di landa kesusahan..

Wujud lagikah seorang insan yang ingin membantu..

Tanpa niat yang bercabang..

Jika seseorang di landa kesedihan..

Wujud lagikah seorang insan yang ingin memujuk..

Tanpa mengharapkan balasan..

Jika seseorang di landa kemiskinan..

Wujud lagikah seorang kaya yang ingin bersedekah..

Tanpa merasa riak dan ingin di puji..

Jika seseorang di landa kerosakan..

Masih adakah yang ingin membaiki..

Tanpa merosakkan lagi apa yang ada..

Jika seseorang di landa kedaifan..

Masih adakah yang ingin menaiktaraf..

Tanpa mendapatkan apa yang di ingin kan..

Jika seseorang di landa kemurungan..

Masih adakah yang ingin berdansa, memeriahkan suasana..

Tanpa mengambil kesempatan yang ada..

Sudah tiada.. Dunia mengajar kita berdusta..

Dunia mengajar kita sengsara..

Dunia mengajar kita derita..

Dunia mengajar kita tohmahan..

Dunia mengajar kita cacian..

Dunia mengajar kita erti kebebasan.. yang hanya sementara..

Bergembiralah wahai insan..

Bergembiralah wahai diri..

Akan bertemukah bahagia yang hakiki..


Aug 25, 2010

APEDEHAL NGN CEMBURU..


Kesah ni terjadi pada abad ke-20 sebelom masihi, ketika aku masih menimba ilmu di perantauan. Haiseh.. Di sebuah kampung, terdapat 3 ekor kucing. Dua daripadanya adalah jantan.. Jantan yang pertama, yg membawakan watak Protagonis, iaitu watak baik di beri nama TOM. (malu2!) dan watak Antagonis dipegang oleh MOT.. Heroin merangkap awek hot dlm kesah ni d beri nama VAVY. ahah..

Pada mulanya, sebelom TOM berpindah ke kampung itu, MOT dan VAVY dikenali ramai dgn Teman Tapi Mesra.. Sejak mereka dilahirkan, mereka xpernah melihat wajah ibu dan bapa mereka. Mereka berkenalan di sebuah kedai makan ketika mencuri ikan. Mereka hidup di pinggiran, melata d atas jalan, mengiau xtentu hala, berkejaran xkira masa. Namun kerana pengalaman itulah, telah mengajar mereka hidup berdikari. Tanpa VAVY sedari, MOT mempunyai niat tidak elok terhadapnya. Kucing mana yg xnak kalo tgk VAVY kan. Vavy mempunyai paras rupa seekor kucing. (Memang la!) yang sgt2 cute. Bulunya yang gebu, alis matanya yang lentik, senyuman nya yg menggoda, badannya yg hot, lehernya yg jinjang, lidahnya yg panjang. HAHA. Ok2, dh. Memang kompom suma kucing jantan beratur tunggu turn.. Tapi VAVY ni bukan jenis murahan. Dia xnak kalau nanti dia ada anak, anak2 dia dpt naseb yg sama mcm dia. Dia ingin cari yg betol2 bertanggungjawab memikul amanah sebagai bapa kepada anak2 dia nanti. Cellamak. Kau tu kucing je VAVY oi. Pape pon, dia xkan layan la mamat2 selebet yg dok suit2 dia kt tepi jalan tu.. Sebab itulah jugak si MOT masih belum menjankan rancangannya. Dia menunggu saat VAVY terleka..

Sehinggalah suatu hari, TOM berpindah ke kampung itu kerana telah di buang daerah oleh Majistret Kucing di Siam. TOM telah difitnah membunuh seekor ikan dalam akuarium yg terletak di Pejabat Pegawai Majistret tersebut.. TOM redha akan nasibnya. Dia juga sudah tidak tahan bergelumang di dalam kancah politik yg mementingkan duit daripada kebahagiaan bersama.. Setibanya di kampung itu, TOM mencari tempat utk bermalam. Kebetulan ketika itu hujan lebat, TOM terus berlindung d bawah kotak d belakang sebuah bangunan, yg merupakan rumah VAVY. TOM tidak tahu bahawa terdapat penghuni d situ. Dengan rileknye TOM bukak baju, lap2 badan, keringkan bulu2.. VAVY yg sedang nyenyak tidur terkejut dan terkesima. Dia terus amek toslet, (torchlight) suluh ke arah pintu masuk kotak nya. TOM menjerit kemalu an apabila seluruh tubuhnya d suluh. Cepat2 dia pkai balek baju dan boxer. Cehh ada plak boxer. VAVY terus ketawa melihat gelagat TOM yg kelam kalibut menutup bahagian tertentu. Dia terus menghampiri TOM..

VAVY : Ape awk buat dlm rumah sy?

TOM : Err, maaf mengganggu. Sy cuma ingin berteduh kejap sementara hujan masih belum reda..

VAVY : Awak bukan kucing sini kan?

TOM : Yup, actually i came from Thai. Terdapat sket masalah yg menyebabkan sy tidak lg boleh tggl d sana..

VAVY : OIC.. Em, so ape plan awk kalo hujan masih belum benti?

TOM : Xmanis pula kalo kucing laen nmpk kita berdua mlm2 mcm ni.. Xpe la, lepas baju sy kering, sy pegi cari hotel mana yg berdekatan.. Awak tahu hotel apa dekat2 sini?

VAVY : Dekat 2 x la, tapi if u amek jln pintas dekat la jugak.. Tapi, sy xkesah kalo awk nk bermalam pn. Sebab kotak ni luas. Asalkan awk jgn masuk kawasan sy.. Ok?

TOM : Betol xpe ni? Awak jgn riso, sy xkan masuk kawasan awk.. Terima kasih ye. BTW, im TOM. Awak?

VAVY : Ok2, xde hal. Dah kira rezeki awak la sbb jumpa tmpat ni mlm2 cmni. Mayb awk boleh mendatangkan rezeki kt sy bila2 kn. Sy VAVY, TOM ek.. Nice name..

TOM : Hehe, my grandpa give it 2 me.. Sbb dia suka layan TOM N JERRY. Tah dh tua2 pon tgk katun lg..

VAVY : Haha. oo xpe2. Seswai nama tu dgn awak. Ok TOM, if u need anythg, juz let me know k. Sy masok tido dlu ek.. Nite TOM..

TOM : Ok thanx again VAVY.. Im gud, no need anythg. Nite VAVY..

Keesokan harinya, ketika MOT datang ke rumah VAVY, ingin mengajak VAVY mencuri ikan.. Dia terkejut dgn kehadiran seekor kucing jantan yg segak tampan bergaya dan mempunyai raut wajah yg kacak d rumah VAVY. TOM yg ketika itu baru selesai bersenam d hadapan kotak VAVY terus menghampiri MOT..

TOM : Oh hai.. Awak kawan kpd VAVY ke?

MOT : Sape kau ni? Pehal ada dpn kotak VAVY pepagi cmni?

TOM : Emm, saya TOM. Bukan orang sini. Sebenarnya sy baru smpai semalam. Tym hujan lebat. Terserempak dgn kotak VAVY dan dia pn bg sy bermalam kt sini.. 

MOT : O. Baek sgt la kau ni?

TOM : Ape maksud saudara?

MOT : Dah r. Muka seposen mintak penampor. Ke kau saja2 buat2 xde tmpat nk berteduh.

TOM : Oh x.. Memang sy singgah sbb sy sangkakan tiada org.. Maafkan sy kalo mengganggu saudara..

Tanpa mempedulikan TOM, MOT terus masok ke dalam kotak mencari VAVY. VAVY yg baru sahaja selesai berdandan terus keluar. Dia mengajak TOM mengikut dia dan MOT mencari makanan. Tetapi apabila TOM melihat muka bengis mintak penerajang MOT, terus xjadi. Mungkin itu adalah kekasih VAVY, bisik hati kecil TOM.. TOM pon berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada VAVY.. Dia terus berharap akan bertemu lagi dengan VAVY satu hari nanti.. Kenapa dia seperti ada perasaan pelik bila memandang VAVY. Sudah ramai kucing betina yg TOM kenal, tapi kenapa kucing d jalanan yg dia rindu kan.. Tetapi apabila memikirkan yg VAVY sudah ada MOT, dia terus mematikan perasaan itu..

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Siapa sebenarnya yg cemburu? Apa kah mesej yg ingin d sampaikan oleh penulis? Haa. Itu kita x tahu.. HAHA.

er.. xlarat plak nk karang. nanti la ek. pening sgt pale hari ni. baru pas exam.. duh. =.='



Aug 24, 2010

OH..


Oh MATA.. Tutuplah engkau daripada melihat fitnah dunia..

Oh TELINGA.. Pekaklah engkau daripada kata yang dusta..

Oh BIBIR.. Manislah engkau dengan pujian kepada Nya..

Oh TANGAN.. Rajinlah engkau membantu sesama saudara..

Oh HATI.. Kawal lah jasad bergelar manusia..

Oh JIWA.. Bantulah hati menangani nafsu minda..

Oh KAKI.. Berpijaklah engkau di bumi yang nyata..

Oh DIRI.. Jadilah seorang yang beragama..

Oh AKAL.. Tunjuk kan lah teladan yang berguna..

Kerana, Engkau adalah RAJA kepada mereka..


short entry akibat xboleh tido kerana berulang alik ke jamban. Ape yg ada tah kat situ. huh. 
 Pape pon, sesapa yg ada PESBUK, Like la Meow punya Page k.. (baru buat tuu)
Kerjasama anda sangat d hargai. (tak malu mintak like!) ^.^


Aug 23, 2010

PES TAIM..


Aku ushar sorang muslimah.. Aku minat, ohno! Apa aku nk buat..

Macam mana pon aku mesti kena dapatkan.. Kalo x aku merajok ngn diri sendiri. hoho..

15 kali aku try dekat.. Tapi xleh, ada penghalang..

Sifat pemalu aku yg jadi penghalang.. Cmne aku nk buat..

Aku tanya punya tanya, last2 dpt jugak no. tepon dia! Yess!

Emm, ape aku nk buat bila dh ada no. tu..

Lagi sekali sifat pemalu dtg tanpa henti.. Aduh, segan lak..

Punya tebalkan muka pakai selimut 3 lapis, aku bukak henset..

Mula taip mesej, SALAM...

Lepas tekan send, aku tunggu je atas katil.. Ushar skrin henset, menunggu pembalasan yg setimpal..

Oh, dia balas! Jawab salam dan tanya aku ni sapa..

Aku mula jalankan tanggungjawab dgn pnoh berhemah.. Aii, xkenal ke..

Boleh pulak dia xknal aku padehal satu grup, ta'aruf sama2.. Xpe2, aku kool lagi..

Keesokan harinya, dia tercari2 aku ni yg mana satu.. Oh, yg ni rupanya.. Dia tersenyum sendirian.. Ok, hanya imaginasi aku..

Aku selalu lambat hadir aktiviti grup. Memang aku sengaja lambat..

Sebab aku nk dia perasan, aku ni wujud.. HAHA. 

Malam ke-2 mesej lagi.. Dia tnya kenapa asek lambat..

Yess! Dia perasan aku.. Misi dh berjaya.. Langkah seterusnya, aku mula kool kan diri..

Kontrol aje tingkah laku bila depan dia.. Pemalu kan, biasa la.. Aku buat2 cm xknal je dia..

Oh, dia terasa bila aku buat mcm 2.. Misi berjaya lagi!

Dia tnya kenapa xnak dtg dekat je sembang2.. Aku jawab, xbiasa.. 

Dia mula tertarik. Ahhahah. Malu2.. Hari2 seterusnya berlalu..

Macam la aku xtau yg dia dok ushar je aku.. (perasan)

Aku buat donno je.. Malam tu aku hantar mesej, tanya dia..

Dalam banyak2 pintu, pintu apa yg paling susah nk bukak??

Pintu Doremon! Dia jawab dgn yakin.. Bukan!! nape dia xpaham..

Dia xtau.. Aku xbg jawapan lg.. Aku bia dia tertanya2..

Pagi tu, aktiviti d padang.. Pes taim kita dok rapat.. Berdebar nya hati ni..

Aku payungkan dia sbb payung ada satu je.. hoho. Malu2.. Tapi xpe la, hepy la aku..

Aku tanya dia, nk tau x jawapan tu? Dia angguk laju2.. 

Aku jawab, pintu hati awak la.. Sebab aku tau, bukan senang dia nk rapat ngn laki..

Kemudian aku terus berlalu tanpa berkata sepatah pun..

Dia panggil, aku buat xtau.. Punya la rasa macho nye taim 2! Perghh..

Aku baru perasan, dompet aku terjatuh.. Dia panggil sbb nak pulangkan dompet 2..

Hoho. Lagi sekali sifat kool aku d guris dgn pisau belati..

Mcm mne nk cover.. Lantak la, aku teros jalan sambil pesan, pegang dlu dompet 2..

Aku nk ke tandas jap! hahaha. Masih ingin mempertahankan kool yg telah tercalar..

Bila aku g balek kt situ, dia dh xde.. Ah sudah! macam2 ada dlm dompet 2..

Bukan sekadar matawang USD dan Rupiah, malahan terdapat Ringgit Malaysia juga..

Inilah dia, sifat kool memakan diri.. Aku punya la cari dia, nampak dia dok sorang kt tangga..

Huh, nk curik duit aku ye! Tapi bila tengok dia senyum memandang aku, cair..

Gua cair der! Tengah2 panas gua berpeluh mcm mandi hujan..

Nah dompet awak.. Dia bagi balek.. Terima kasih jawabku..

Dia tanya balek kt aku, nk kunci x utk bukak pintu 2?

Aku teragak2 nk jawab.. Ah sudah! Masih ingin kool..

Aku jawab kalau nk bagi, xperlu tanya nk ke x..

Dia jawab lg, kalau saya bagi tp awak pegi duplicate, xguna jugak..

Terkedu aku, apa maksud dia.. Em, yelah.. kalau awak nk bg sgt, saya terima je..

Dia jwb lg, saya xkan bagi kalau awak xnk jadi penjaga kunci tu..

Jangan hilangkan, jangan dua kan, jangan simpan sampai berkarat..

Kunci tu hanya boleh d gunakan sekali.. Jika awak hilangkan, saya xkan bertanggungjawab..

Ewah2 banyak plak syarat dia.. Xpe la, oleh sbb aku ingin nmpak kool..

Aku tnya balek, awak pasti ke saya boleh jadi penjaga kunci 2?

Dia jwb, bukan saya yg nk bagi sgt, awak sebenarnya yg nak kopak pintu tu tnpa bukak kunci..

Terkesima aku buat sedetik dua.. Dalam nya maksud dia..

Aku meneruskan ke kool lan aku.. Saya kopak sebab saya nk tau ape yg ada kt dalam..

Sekarang awak dh tahu? Dia tanya..

Aku geleng2 tanpa angguk2..

Dia tersenyum.. Aku keliru, senyuman apakah itu?

Saya suka cara awak sebab nk kopak pintu tu..

Sebab semua org sblom ni hnya menunggu kunci dari saya tnpa berusaha utk melihat ke dalam hati saya..

Awak lain daripada diorang.. Terima kasih sebab berusaha utk bukak pintu 2..

Lagipon, saya mana ada kunci tu. Kunci tu d pegang oleh Nya..

Petunjuk dan HidayahNya lah yg menjadi kunci kepada pintu itu..

Oh no! Tertewas kah aku dengan peribadi dia?

Aku tersenyum.. Dia tersenyum.. Kita tersenyum..

Terima kasih sebab anugerahkan aku dengan Hadiah Mu ini..

Kekasih sejati bukanlah yg sentiasa ada d sisi, tetapi yg sentiasa mengingati..

 Ini adalah kisah benar..

Dipetik dari diary seorang budak tadika..

Abaikan kalau rasa menyampah ye..

psst : saya ckp sal awak la! Jgn buat donno lak.. =)


Aug 19, 2010

DETIK TERAKHIR..



Sepi, Sunyi, Sendiri.. Namun masih ada yg setia menemani..

Kehendak Nya, Kuasa Nya, itulah Dia..

Lama aku hanyut.. Dalam dunia buatan sendiri..

Aku lupakan Dia, aku sisihkan Dia..

Namun x pernah Dia sesekali jauhkan diri Nya daripada aku..

Semakin aku hanyut, Semakin dia paut..

Mungkin ini adalah cara Nya utk mengingatkan kembali diriku pada Nya..

Apa pun yg terjadi, semua rancangan Nya..

Dan semua itu, adalah yg terbaik utk kita..

Jangan mengeluh, jangan berduka.. Dugaan dicipta utk mengajar para hamba..

Bersyukur atas segala nikmat Nya..

Walaupun sementara, manusia lebih suka kan nya daripada yg kekal..

Syukur itu tanda Terima Kasih.. Tanda Penghargaan..

Seorang hamba kepada sang pencipta..

Maafkan aku terlanjur melupa kan Mu..

Tiada yg lebih memahami diri insani melainkan Dia yang Satu..

Ini adalah jalan untuk ku, menebus kembali dosa2 ku..

Terima Kasih kerana menjagaku Ya Allah..

Apabila dugaan Kau berikan, itu tanda kuasa Mu tiada tandingan..

Cara Mu utk memanggil aku, yg semakin hanyut..

Aku bersyukur.. Alhamdulillah..



Aug 16, 2010

MENUNGGU MU..


Saat ku lihat dunia ketawa,

Kita tidak bergembira bersama..

Saat ku bersedih penuh duka,

Kau hampiri ku dengan rela..

Ketika tekanan mulai terasa,

Kita bersama menghunus senjata..

Di mana kini aku bahagia,

Kau hanya tersenyum tanda suka..

Tiba-tiba kau menyepi tanpa berita,

Puas ku cari namun tiada ku jumpa..

Hanya berbekal sebotol tinta,

Arjuna ingin bertemu Suria..

Barat daya, Tenggara, Timur Laut dan Utara,

Di pelosok bumi manakah kau berada..

Ingin sekali ku gapai bintang,

Hendak ku hadiahkan pada mu seorang..

Namun hanya ini yg dapat ku beri,

Dengan kemampuan seorang insani..

Andai tersalah susunan kata,

Maafkan aku Bidadari Syurga..

Biar bercahaya sebutir permata,

Biar lah hilang unggas d rimba..

Biar bumi berhenti berputar,

Biar bermimpi tidak tersedar..

Akan terus aku tunggu,

Menantikan saat diri termampu..

Tiada kata seindah bicara,

Tiada susunan sekemas kata..

Jika kata menyatukan kita,

Biarlah masa menentukan segala..



er.. Baca dengan intonasi senandung semalam! ahaha. Borink, menunggu waktu berbuka lama lagi! =.=''