Dec 11, 2011

AKHIRNYA SEBUAH RASA.

Tidak pernah sakit ku pulih,
Akhirnya rasa kala gerhana,
Selama berhubung terjalin kasih,
Mungkin kah sudah tiba waktunya?

Engkau mendamba apa yg tiada,
Sesusah mana aku kan cuba,
Walau sesak rasa d dada,
Tetap ku tutup rasa nya hiba.

Luka yg parah dalam kesannya,
Jiwa yg lara sentiasa meronta,
Namun ku tahan kerana dia,
Pemain rasa, membakar cinta.

Jangan mengikut kalau d paksa,
Jangan tersenyum jika terpaksa,
Aku kenal engkau siapa,
Bukan pelakon teater dunia.

Mungkin sesalan kian menjelma,
Bila aku bukanlah dia,
Anak seorang pengusaha berjaya,
Dapat penuhi apa ku pinta.

Maafkan aku puteri istana,
Istana indah d kota sengsara,
Walau penuh mawar d sana,
Namun terluka kerana durinya.

Berkali ku tepis rasa kecewa,
Sudah letih aku berjaga,
Cuma ku harap sekelumit cinta,
Ada berbaki d dalam jiwa.

Maaf..