Sep 3, 2026

SEBUAH PERJALANAN.

 

Jam menunjukkan 11.45pm, Rabu 02/09. Semua sudah dibuai mimpi. 

Seusai mandi dan bersiap. aku membawa sebuah beg yang telah diisi dengan perkakas dan baju.

Hidupkan enjin kereta, dan bergerak dari rumah untuk pulang ke kampung.

Berseorangan. Menghayati keindahan malam bersama kerlipan lampu kenderaan yang bersilih ganti sepanjang perjalanan.

Kenapa seorang?

Kenapa lepas semua tidur?

Kenapa tak balik awal?

................................................................

Tiba di kampung jam 12.48am, Khamis 03/09. Adik yang kecil buka kan pintu.

'Mana depa Along?'

Aku pun menjawab dengan bertanya kembali

'Awat hg xtidoq lagi?'

30 minit kemudian, aku masuk ke dalam rumah.

Dengan baju yg sama, aku baring di sofa sambil sambung melihat telefon.

Sedar tak sedar, mata terlelap sambil menggenggam seberkas kunci. mungkin sekitar jam 2.30am.

Kunci apa?

Apa yang terjadi?

.................................................................

Terjaga jam 5.00am tepat. 

Seperti biasa, ke tempat pembuangan dahulu sebelum mandi dan solat.

Selepas bersiap, hidupkan kereta dan angkat beg yang dibawa dari semalam, masukkan ke dalam bonet.

Perlahan menyelusuri kekabus pagi. Jam 6.30am dari kampung, aku bergerak menuju ke arah selatan.

Nak ke mana?

Kenapa tak balik ke rumah?

Cuti ka hari ni?

................................................................

Berehat di Tapah sebelum sambung perjalanan ke selatan. Jam sudah 8.30am. 

Kabus tebal pagi ni. Seperti tebalnya kekaburan dalam fikiran.

Sambung kembali perjalanan selepas sedikit aktiviti pembakaran.

................................................................

Sepanjang perjalanan, masih mengingati sedikit sebanyak cebisan memori di setiap simpang/jalan/exit/tempat.

Tiba di KLIA jam 10.30am. Menunggu di pintu ketibaan.

Masih keliru, mahu tiba, atau mahu berlepas. 

Masih adakah sisa semangat yang tinggal. untuk terus menanti.

Menunggu atau Ditunggu?

Nak pergi jauh ka?

................................................................

Akan disambung. Jika sempat.....





Aug 31, 2026

BERSANGKA BAIK.

 


Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-hambanya.


Bagaimana kita nak terus bersangka baik dengan Allah? Soalan yang sering kunjung tiba, dan perlu kita hadam dan jalani.

Sebab ujian Dia dari segi Rezeki, Pertemuan, Kesihatan, Keluarga, kadang2 kita 'rasa' kita tak mampu nak hadap. 


Ujian Dia dari pelbagai cara. yang kita manusia susah nak faham. sentiasa tertanya tanya :
'kenapa aku?'
'kenapa orang lain nampak mudah ja?'
'kenapa susah sangat nak bangun?'
'kenapa aku boleh kenal seseorang?'
'dah cuba macam2, tapi masih di paras yang sama'


Ujian Dia kadang2 untuk menaikkan darjat seseorang. Balasan kebaikan atas kesabaran kita tu, mungkin bukan di dunia. 

Tapi kita manusia kadang2 tamak. kita nak kan setiap benda yg kita dah usahakan tu, nak balasan @ nak hasilnya secepat yang mungkin. kalau boleh nak lebih lagi. 


Namunnn harus di tanam dalam fikiran. Allah tak pernah kejam dengan hamba hamba nya. Allah tak pernah aturkan sesuatu yang tak elok untuk kita. Melainkan untuk menguji, sejauh mana yang kita kata 'aku ni sabar, aku boleh jalani apa saja ujian' 


Susah untuk diterima akal yang cetek. tapi Allah akan hadirkan pelangi secantik cantiknya, atas kesabaran kita yang Dia tahu, kita ada. Cuma kita sendiri yang tak dapat nilai, betapa indahnya balasan Allah di atas kesabaran dan kesyukuran yang kita zahirkan pada setiap ujian Dia. 


Kadang2, melepaskan sesuatu yang kita 'nak' sangat tu, adalah lebih baik. dari terus menggenggam benda yang tidak pasti, yang mungkin akan merosakkan kita satu hari nanti. Allah lebih mengetahui, Allah maha baik, Allah maha Kaya.  Dia yang berkuasa atas segala sesuatu. Gerakan jari ini pun, atas keizinan Allah. 


Semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi apa jua cabaran. Ingat, dunia ini persinggahan yang cuma sementara. kesusahan, kepayahan, keinginan, kemahuan, kesenangan, SEMUA nya bersifat sementara kalau atas dunia. jangan pernah berbangga berlebihan. jangan pernah anggap kamu lebih baik dari orang2 lain. semua kita sama, tetap HAMBA pada yang ESA. 


Semoga baik2 saja dalam mengharungi sisa baki kehidupan atas dunia. Bersangka baik dengan Allah, adalah berbillion kali lebih baik. daripada kita terus bersedih atas kehilangan sesuatu yang kita tahu, bukan milik kita. semuanya Dia yang punya. 


Jika baik untuk kita, maka akan hadir cepat atau lambat. jika tidak baik untuk kita, ya udah. teruskan perjalanan. jangan berhenti lama untuk meratapi. serahkan semua pada Dia. 




-hambayanghina-