Salam sejahtera. mungkin beberapa post terakhir sebelum blog ini disimpan dalam almari kaca. tidak akan dapat di view oleh orang awam seantero dunia. buat selama lamanya. (hang nak piii dah ka?)
Bismillah... saja nak huraikan sedikit mengenai pilihan. semenjak dua ni terlalu banyak pilihan yang perlu dibuat. salah langkah, akibatnya mungkin agak berat. soooo....
Dari sejak lahir, kita diberi banyak pilihan. hidup atas dunia ni, penuh dengan variasi pilihan.
Makanan, minuman, kawan-kawan, pelajaran, semua benda ada saja pilihan yg kita boleh pilih.
Tapi pilihan kita terbatas oleh beberapa faktor. kalau kecik2 dulu, mungkin larangan dari family, itu tak boleh, ini tak boleh. sebab apa? sebab pilihan kita waktu tu mungkin banyak yg tidak betul, sebab kita masih belum pandai menilai baik buruk sesuatu benda.
Namunnn, bila semakin berusia, semakin menjalani kehidupan, semakin matang dalam menilai segala aspek, kita diuji pulak dengan kehendak dan keperluan diri sendiri yg sukar dipenuhi. yang tak semua pilihan tu akan memihak kepada kita. dan kita tahu, akibat jika tersalah memilih sesuatu benda. Fitrah manusia, suka kan cabaran. benda yang tak boleh, yang tu lah yg kita nak cuba.
Rezeki kita pun diberi pilihan. Jika kerja sebegini, ini lah rezekinya. Jika kita memilih untuk bekerja sendiri, inilah rezekinya. pokok pangkalnya, rezeki itu memang telah ditetapkan. namun ianya akan mengikut pilihan apa yang kita buat. sebab itu manusia diberi akal fikiran, yang takda dekat haiwan atau makhluk lain. selain akal fikiran, kita juga mempunyai emosi yg sangat rumit untuk dihuraikan. dan kadang2 emosi itulah yang akan mengganggu akal fikiran dan keputusan seseorang dalam memilih.
Mungkin dari dulu, dalam pilihan2 hidup yang aku pernah buat, dan sesiapa pun yang pernah terlibat, yang seingat aku agak ramai, aku nak memohon ampun dan maaf. sebab mungkin takkan terjumpa dah orang2 yang aku pernah buat salah dulu. Pilihan2 yg aku buat tu mungkin dah pernah memberi kesan kepada hidup seseorang atau dua orang atau tiga orang atau ahli2 keluarga sendiri sekalipun, yg mana aku terlepas pandang dari segi percakapan dan perbuatan, yg menyebabkan hubungan semakin renggang. harap boleh dimaafkan.
Justeru, aku selitkan MV di bawah, sebab teringat lagu Dadali ni. tapi maksud lagu ni lebih berkisarkan pasal hubungan berpasangan la. cuma apa mesej yang aku nak sampaikan adalah, hidup ni memang penuh dengan pilihan. jika kita memilih untuk buat sesuatu benda, jangan menyesal. dan aku pun cuba untuk tak salahkan orang lain atas pilihan2 yang aku dah buat. semua itu atas aku sendiri, kerana aku bukan lagi budak2. dah bapak budak. sooo, pesan aku kepada diri sendiri, belajar lah sesuatu dari situ, supaya kita sedar, dan kita ambil tanggungjawab dalam pilihan yang kita dah buat. baik atau buruk, itu yang aku pilih. aku sebagai lelaki, kena hadap apa saja yg terjadi. mungkin berat, mungkin penat, mungkin sakit, mungkin sikit lagi nak mati, tapiii... jalan terus. sebab aku yang memilih atas apa yg aku lalui atas dunia ni. dan aku berhak tentukan apa yang aku nak, walaupun pilihan aku mungkin salah di mata orang. biarlah aku belajar dari kesilapan sendiri. supaya ada benda untuk aku nak cerita, dekat anak cucu nanti (kalau panjang umoq) ha ha . K lah, tu sajaa. layannnn lagu ini