Jam menunjukkan 11.45pm, Rabu 02/09. Semua sudah dibuai mimpi.
Seusai mandi dan bersiap. aku membawa sebuah beg yang telah diisi dengan perkakas dan baju.
Hidupkan enjin kereta, dan bergerak dari rumah untuk pulang ke kampung.
Berseorangan. Menghayati keindahan malam bersama kerlipan lampu kenderaan yang bersilih ganti sepanjang perjalanan.
Kenapa seorang?
Kenapa lepas semua tidur?
Kenapa tak balik awal?
................................................................
Tiba di kampung jam 12.48am, Khamis 03/09. Adik yang kecil buka kan pintu.
'Mana depa Along?'
Aku pun menjawab dengan bertanya kembali
'Awat hg xtidoq lagi?'
30 minit kemudian, aku masuk ke dalam rumah.
Dengan baju yg sama, aku baring di sofa sambil sambung melihat telefon.
Sedar tak sedar, mata terlelap sambil menggenggam seberkas kunci. mungkin sekitar jam 2.30am.
Kunci apa?
Apa yang terjadi?
.................................................................
Terjaga jam 5.00am tepat.
Seperti biasa, ke tempat pembuangan dahulu sebelum mandi dan solat.
Selepas bersiap, hidupkan kereta dan angkat beg yang dibawa dari semalam, masukkan ke dalam bonet.
Perlahan menyelusuri kekabus pagi. Jam 6.30am dari kampung, aku bergerak menuju ke arah selatan.
Nak ke mana?
Kenapa tak balik ke rumah?
Cuti ka hari ni?
................................................................
Berehat di Tapah sebelum sambung perjalanan ke selatan. Jam sudah 8.30am.
Kabus tebal pagi ni. Seperti tebalnya kekaburan dalam fikiran.
Sambung kembali perjalanan selepas sedikit aktiviti pembakaran.
................................................................
Sepanjang perjalanan, masih mengingati sedikit sebanyak cebisan memori di setiap simpang/jalan/exit/tempat.
Tiba di KLIA jam 10.30am. Menunggu di pintu ketibaan.
Masih keliru, mahu tiba, atau mahu berlepas.
Masih adakah sisa semangat yang tinggal. untuk terus menanti.
Menunggu atau Ditunggu?
Nak pergi jauh ka?
................................................................
Akan disambung. Jika sempat.....
No comments:
Post a Comment