Jan 16, 2011

TERIMA KASIH KAWAN.

aku cuba bercakap. dia hanya berdiam. aku cuba bertanya. tiada jawapan yg aku jumpa.

terlalu ramai manusia yg mungkin hanya inginkan keselesaan sendiri. patotkah dgn cara tidak mempedulikan perasaan org lain?

jika benar aku bersalah, tunjukkan. jika benar aku mengharap balasan, tunjukkan. aku hanya inginkan seorang teman. sahabat. yg dahulu pernah bersama dlm apa jua keadaan.

hati aku dah kematu. dah lali dgn rasa terpinggir.

mungkin ketika ini aku dlm kesusahan, dia ingin jauhkan diri. takut aku mengharap sesuatu daripadanya.

janganlah risau. aku tidak mengharap ehsan manusia. selagi aku mampu berjalan, aku akan terus berjalan.

mungkin dulu ketika berkongsi kesusahan, terlalu banyak yg aku minta daripadanya.

mungkin dgn bersama aku, tiada apa yg aku boleh berikan.

aku x punya harta untuk d beri. aku x punya benda untuk d kongsi. aku hanya ada telinga utk mendengar caci maki. aku hanya ada hati yg dah mati. aku hanya ada kaki yg xmungkin dpt lari.

terima kasih KAWAN. aku akan ingat sampai MATI. walaupon mungkin kita akan berbaik semula. satu hal yg aku pasti, tiada lagi kenangan utk d ukir. aku akan hidup walaupon terpaksa makan rumput.

bukan aku yg mahu semua ni. xpernah aku mintak aku jadi sebegini. kalau kau xdapat nk terima aku dgn kelemahan yg aku ada, jgn harap engkau akan dpt mencari sahabat yg sempurna.

satu sahaja pesan aku kepada kau sahabat. carilah aku tika kau dlm kesusahan, jika xdpt membantu, aku mampu mendengar. jika xmampu mendengar, aku akan membelai. jika xdapat membelai, aku akan sentiasa doakan yg terbaik untuk kau.

yang pasti, aku tidak seperti kau sahabat. sekarang masa kau. mungkin kau lupa. Dia maha melihat dan mengetahui. aku hanya berharap kau akan dpt petunjuk.

selamat ya sahabat. moga kau bahagia dgn hidup kau akan datang.