Mar 7, 2011

RINTIHAN HATI PEMUJA SEPI.

resah gelisah hati d sentap,
rasa manis bertukar pahit,
jagalah mulut tika bercakap,
agar tiada merasa sakit.

keluh kesah duduk menunggu,
melihat bayang pergi berlalu,
sudah asyik aku termanggu,
dalam berkata aku membisu.

apa d cari masih d sini,
tidak mampu beralih arah,
cukup sudah rasaku ini,
jangan d garu luka yg parah.

gugur lah air dari mata,
mengalir deras tanpa henti,
seorang diri menahan derita,
ke mana pergi pujaan hati.

bukan ku pinta tanah d bumi,
tidak ku harap harta menteri,
cuma ku ingin mentari pagi,
terus bersinar cerah menyinari.

biar bulan tidak gerhana,
biar tiada segaris cahaya,
tetap aku berada d sana,
bila masa engkau kecewa.

perlahan aku mendaki masa,
berkali jatuh bangun semula,
apa yg nampak mungkin tiada,
hanya yg ada segunung duka.

jujur kata bijak berbahasa,
pandai memuja luluhkan jiwa,
manakan sama rasa dan sisa,
cuba mencari makna tiada.

ingin layarkan sebuah bahtera,
sanggup pergi melawan samudera,
aku terlupa pesan si Raja,
jangan berani tidak semena.

aku harap kembali kuat,
untuk menempuh guruh dan kilat,
teruskan perjalanan menuju akhirat,
pesalah tetap tak kan selamat.


* terima kasih sekali lagi kerana membuat diri ini mampu berkata seindah irama.