Sep 4, 2011

malam raya dan boxer.



nokarrom lama x apdet. abes keje sehari seblom raya. beraya xingat dunia padahal puasa entah ke mana. sebulan puasa turun 1/2 kilo. sehari selepas raya naek 30 kilo. apa dia!

ada situasi menarik yg ingin aku kongsikan sewaktu malam raya beberapa hari yg lepas. situasi itu berbunyi begini :

emak sedang asyik memasak rendang d dapur, sambil sepupu sedang mengunyah ketupat. aku pada ketika itu baharu lepas bertakbir d dalam bilik, sensorg aje. xlarat p surau, alasan baru sampai umah. cehh poodahaah! akak saudaraku secara senyap mengintai melalui tirai bilik ku yg tidak berkunci. TIRAI TAK BERKUNCI! aku yg tidak menyedari kehadiran sepasang mata itu masih lagi meneruskan aktiviti sampingan d waktu malam iaitu membutangkan butang boxer yg asek terbukak. sedang asyik aku terkial kial membetulkan butang, datang sepasang tangan membantuku membutangkan boxer dgn cepat, tangkas dan efisyen. aku terus terkedu, terkilan, dan terkesima kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas. selepas itu aku merenung akak saudaraku dgn pandangan penuh musykil dan penuh sangsi. aku terus menutup sekujur tubuh ku dgn kain selimut bertatahkan benang warna emas.

tanpa berkata sepatah pun, dia terus berlalu sambil sempat mengenyitkan mata ke arah diri ku. aku masih seperti batu, tidak bergerak apatah lagi bernyanyi. dalam kepala ku masih terbayang2 hal yg terjadi sebentar tadi. niat nya baik, datang membantu. namun.. bantuannya itu terlalu membantu rasanya. bagaimana harus ku ungkapkan dalam kata2. tidak terkata dgn suara, tidak bermadah dgn tinta, hanya tinggal kesan yg lama, masih membekas d dlm jiwa. apakah aku dlm bahaya? atau mungkin perasaan cuma? cukuplah sekali aku d noda, tidak kan tumbuh epal d gurun sahara.

semenjak kejadian itu, aku yg dulu nya terkenal dgn sifat peramah, mudah mesra, kini dalam dilemma. bagaimana aku boleh menghadapi dunia, yg penuh dgn tanda dan tanya. apakah aku masih boleh d terima masyarakat setelah apa yg berlaku? bukan ku pinta kejadian itu berlaku, tidak ku damba pertolongan penuh hawa nafsu. maafkan lah diriku ini, yg tidak berdaya melakukan apa2. hanya berdiam tanpa sepatah kata, menunggu kebenaran tegak dgn sendiri nya.

-insan keliru-


menarik kan situasi ini? hahahahahahaha! jangan risau, cuma rekaan semata. memang betul akak saudaraku tolong membutangkan butang boxer ku, tetapi yg sudah siap d basuh dan d lipat. bukan yg sedang d pakai. aku pon nak kalo tlg butangkan ketika aku sedang memakainye pun. haduii. hahahh!