Jan 19, 2011

MUNGKIN DUNIA TERLALU INDAH.

berselimut dalam kedinginan pagi bersama pusingan kipas bernombor 3 atau berpendingin hawa 23 darjah celcius menyebabkan tubuh kita lemah, terlalu liat untuk bangun. mungkin terlalu takut untuk menyentuh air yang d rasakan terlalu sejuk. sesungguhnya tidur itu memang indah. bagi mereka yang menghargai masa tidur yang sepatutnya. sedarkah kita bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba? apakah tugas seorang hamba? hanya DUA rakaat subuh pun kita tak dapat tunaikan kerana merasakan tidur yang cukup adalah lebih penting daripada bangun menyembah sang pencipta.

ketika masuk waktu lunch. selepas puas membaham segala macam makanan, rezeki yang Dia bagi, adakah kita mengucapkan terima kasih? bersembang, bergosip, sampai habis waktu lunch, kemudian masuk kerja balik. berapa banyak masa yang kita ada untuk Dia? tidak perlu mengetepikan dunia. cukuplah sekadar mengingati apa arahan Nya. waktu yang Dia susun sudah terlalu cantik. bersesuaian hingga akhir zaman.

ketika mahu pulang kerja, letih. mengeluh dalam kesesakan trafik. perlukah kita bersesak? salahkah jika berhenti sekejap, menunaikan apa yang dia arahkan? kereta dari mana datang? duit untuk membeli kereta dari mana datang? kerja yang kita dapat supaya boleh menyara keluarga, dari mana datang? semua itu rezeki. kita boleh ucap terima kasih pada seseorang yang memberi BlackBerry Torch sebagai hadiah hari jadi. kenapa kita tidak mahu ucap terima kasih kepada pemberi nyawa?

sesampainya d rumah, terus melandingkan diri atas sofa yang empuk. bukak tv, tengok Tiramisu. azan maghrib berkumandang, baru nak mandi. kemudian bersiap2 nak keluar makan dengan housemate2 lain. mungkin tak salah kalau keluar ketika orang lain sedang berjemaah d masjid yang berada d sebelah rumah. sudah biasa, tiada yang ingin berpesan. terus lepak kedai mapley sampai lewat malam. tak salah nak lepak, asalkan kewajipan yang sepatutnya sudah d tunaikan terlebih dahulu.

balik2 rumah dah dekat tengah malam. mungkin sampai ke pagi kalau tengok bola. terus tarik selimut, tutup lampu, huh sedapnya tidur. letih2 pejam mata terus melayang. bila nak isya'? oh xpa, lebih afdhal jika isya' d buat lewat malam. nak bangun ke kalau dah terbongkang tido xsedar ke diri? esok pulak nak sambung keje, buang masa je bangun. tidur kena cukup, baru boleh kerja dgn senang hati gitu.

indah kan dunia? islam itu mudah. betol! memang islam itu mudah. tapi jangan permudah-mudahkan islam! apa beza kita dengan orang kafir? SOLAT 5 WAKTU DALAM SEHARI. BUKAN 5 HARI SEWAKTU. itu pun susah rasanya.

Dia mencipta alam semesta, ilmu Nya tak kan pernah habis kita belajar walau d beri 1000 tahun kehidupan pun. siapa yang sepatutnya lebih sibuk? Dia atau kita?

semua yang kita ada hanyalah pinjaman. kalau PTPTN xmasuk, tau pulak nak mengeluh, mengamok. cuba kalau Dia buang udara atas bumi. ape nak buat? memang xleh buat apa2. masing2 dah tinggal nama je. cukupla Dia bagi pinjam semua ni. tiang agama pun dok bergoyang nak mintak macam2.

bukan semua orang macam ni. aku pun mengaku, subuh, zohor, asar, maghrib, isya', ada je yang terlepas. sebagai ingatan untuk diri sendiri dan rakan2. sementara matahari belum terbit d ufuk barat. Dia sentiasa menanti, menunggu kita. tah esok lusa, kita tak sempat tengok matahari dah.

aku x baik. sesame street je. semua orang pernah buat silap. manusia yang susah memaafkan manusia. tapi bukan Dia. cuba lah berubah. pelan2 kayuh. nak kalut p mana. Dia xkan lari. kita yang sentiasa melarikan diri.

boleh?