Jan 28, 2012

DIA MUNGKIN MILIK ORANG.

Bukan salah mu aku termanggu,
bukan silap mu aku tertunggu.
Mungkin takdir aku kan lemas,
terkadang mengharap berhujan emas.

Seribu kenangan aku lampirkan,
sejuta kesalahan aku maafkan.
Namun dirimu tak kan kembali,
walau ku rayu berkali-kali.

Setiap detik aku teringat,
saat pertama aku terpikat.
Gadis sempurna bertudung ungu,
wajah yg manis menawan kalbu.

Senyuman itu masih terbayang,
suara itu masih terngiang.
Seperti semalam salam perkenalan,
mungkinkah kini waktu perpisahan.

Oh hati kuatkah lagi,
oh sengsara cukuplah sekali.
Kasihani lah dia yg tidak berdaya,
untuk melawan kehendak orang tua.

Jangan khuatir kekasih hati,
jangan bersedih tanpa ku d sisi.
Tempat mana pun engkau berada,
ingatlah aku walau hanya nama.

Mungkin dia bukan pilihan mu,
siapa tahu dialah jodoh mu.
Walaupun engkau seperti d jual,
tabah lah seperti dirimu kebal.

Aku tetap berada d sini,
menunggu hadirnya dirimu kembali.
Menadah tangan berdo'a pada Nya,
semoga hidup mu tetap sempurna.

Percayalah pada kuasa yg Esa,
takdir tertulis kita berusaha.
Bukan sengaja aku mengarang,
kerana dia mungkin milik orang.


(T__________T)


apa yg boleh aku lakukan..
apa yg perlu aku lakukan.. Ya Allah..

8 comments:

Liyaa Mf said...

Haih! Best poem. Bleh nanges ni. Hehe

Ajelip™ said...

:'(

Cik tikah said...

jgnlah sedih2. t cik tikah pun sedih. pe kata awak cuba bz kan diri :)

syafiqakarim said...

ada jodoh ada la.
tuhan merancang dan menentukan :)

starzieti said...

berdoa adalah yg terbaik. :)

Shakin Ziki said...

do not belive in love..kdang2 cinta tu menipu kita

alyaclumsy said...

comelnya kucing gerak2 atas ni. hehehe

Ajelip™ said...

apa ni. org tgh sdeh, dia ckp sal kucing. hahaha!