Feb 18, 2012

MENYENTUH HATI ITU.

*tengah malam membawa aku ke alam sentimentalisma. kisah benar ini berlaku dalam abad ke- 27.

Pernah juga aku bertanya,
Kenapa dia yang harus ku puja?
Mungkinkah kerana luaran dan rupa?
Atau harta sembahan dunia?

Lalu ku nekad untuk bersuara.
Engkau siapa, muncul kenapa?
Ingin membuat aku sengsara?
Atau menjerat apa yang ku rasa?

Seterusnya aku sambung berkata.
Sudah tahu salah siapa.
Engkau hanya membawa derita.
Memaksa aku terlibat bersama.

Amarahku kian menjadi jadi.
Ego melambung naik meninggi.
Memandang dia jijik sekali.
Aku terus menghina dan memaki.

Dia terdiam kaku di situ.
Hanya menahan tohmahan melulu.
Sebelum sempat berkata sesuatu,
Dia meratap tangisan lalu.

Aku ingin dia berlalu.
Tidak tahan melihat penipu.
Tetapi dia tetap membisu.
Menapak perlahan meninggalkan aku.

Mengapa dia tidak melawan?
Apa benar seperti d perkatakan?
Aku terbayang dia berkata 'bukan'.
Tetapi nyatalah itu khayalan.

Selepas sebulan dia pergi,
Setiap hari aku bermimpi.
Dia menangis saban hari,
Mengharap aku terimanya kembali.

Tersedar aku dari fantasi.
Mungkinkah fitnah berjaya lagi?
Menghukum mereka yang asyik berjampi,
Dengan mentera hukuman diri.

Kenapa aku terburu buru.
Melihat pilihan hanya satu.
Aku terlupa solusi beribu.
Yang boleh membuka lembaran baru.

Memang sesalan tiada guna,
Aku bertekad bertemu dia.
Tidak kira d mana dan bila.
Hanya ku perlu jawapan tulus nya.

Terkial aku mencari dia.
Di alam mimpi mahupun nyata.
Usahaku kini hanyalah sia.
Kerana dia tidak lagi bernyawa.

Jika diberi peluang walaupun satu,
Aku kan berusaha sehabis mampu.
Bukakan semua halangan dan pintu,
Untuk ku kembali menyentuh hati itu.


T__________________________T

7 comments:

Liyaa Mf said...

Kesah benar?

anis madu said...

aku dah la tengah sedih. kau buat puisi sedih pulak. okay, aku menangis weii. :'(

*pujuk balik. :((

Ajelip™ said...

HAHA malas nk pujok. nangis je la situ

Lyssa Faizureen said...

reka sendri ? Woww !!

Ajelip™ said...

iye. wow

ratu zuleyqha said...

~beribu sesalanku..~ huhu

Basya said...

nice...