Feb 3, 2012

LELAKI GATAL MELEBIHI PEREMPUAN?

Situasi 1: Seorang wanita cantik bertudung ayu sopan santun ingin menyucuk duit d bank berhampiran tempat kerjanya. ketika tiba d mesin ATM, dia terpaksa berbaris hampir 4 kilometer jaoh kerana saja-saja nak memenatkan diri. oleh kerana d hadapan nya berdiri 15 orang lelaki berwajah mencurigakan, dia mengambil keputusan utk blah dari tempat kejadian. sebelum sempat dia berbuat demikian, dia d panggil oleh salah seorang lelaki berkenaan.

Lelaki Gatal Itu: Hai cik adik, belum cucuk dah nak blah. mai abang tolong cucuk kan. (sambil wt muka mintak kaki saiz 16).

Wanita Cantik Itu: Eh tak apa la sedara, xyah susah2. bapak saya polis. abang2 saya suma pembunuh bersiri. mak saya pandai santau kan orang. sedara nk tolong saya tak?

Lelaki Gatal Itu: Eleleh bergurau pula sayang abang ni. abang rela kena bunuh sambil d santau kalau itu yg sayang inginkan. hikhikhik.

Wanita cantik itu terus berlalu tanpa menoleh mahupun menoreh.



Situasi 2: Alia (bukan nama sebenar) sedang asyik menyapu halaman rumah nya yg seluas 30 hektar menggunakan penyapu lidi. Lalu datang sekumpulan pemuda yg d kenali sebagai geng jantan, terus bersidai depan halaman rumah Alia.

Geng Jantan: Hai lia, nmpak sweet hari ni. bila lia nk pilih antara kami semua ni untuk d jadikan peneman d malam hari bila alia sunyi?

Alia: Apa ni???

Geng Jantan: Ala, lia kena la pilih antara abang2 semua ni. xkan lia nak kawen ngn kami semua kot. penat lia nanti. huehuehuehue

Alia: Pakkkk!! oooo Paakkkk! ada laki gila depan umaaaaahh!!

Geng Jantan: Ha molek la tu, boleh la bawak bincang ngn abah lia terus tentang majlis persandingan abang2 dengan lia nanti..

Alia terus berlari selaju 100km/h menuju garisan penamat tanpa berhenti walau sesaat.



Situasi 3: Kenduri rumah Pak Maon yg mengahwinkan anak lelakinya dengan seorang gadis kacukan (pan asia gitu) d adakan secara bersederhana d samping menggunakan barang2 yg d beli dari Kedai Rakyat 1Malaysia. Pemuda2 kampung kelihatan sedang asyik melepak sambil menghisap rokok berhadapan dengan laluan para tetamu wanita, gadis, pemudi, yg memakai baju berwarna warni. Seorang gadis yg anggun bertudung hana tajima memakai baju kebaya dan kain batik bercorak menarik kelihatan sedang terkial2 berjalan dengan heels nya takot terpijak lopak2 air yg kotor. Tanpa dia sedari, sejuta pasang mata sedang meratah seluruh pelusuk tubuh nya.

Pemuda-pemuda Itu: Tudiaaaa maii dah. Nokharromm awekk uuuu. Piwiiiitttt! Nak p mana Kak Long. Mai singgah sap kok luu. Kalo rokok sebatang pon tak dak, batang len bercambah dok adaaa. hahahaha. uhhhuhhk uhhhuhk (tersedak asap rokok).

Gadis Itu: Haaaa? (tidak mengerti).

Pemuda-pemuda Itu: Amboih bukan men lagi dok wat comey buleh. Bok mai no. talipon. buleh abang2 tulih kat tandas2 awam, 'bohsia sedang mencari mangsa'.... HAHAHA

Gadis berkebaya itu tidak jadi nak makan kenduri kerana takot dia akan d makan oleh ikan2 haruan yg nampak tidak keruan setiap kali terpandang ikan segar d pasaran.


Memang perempuan lebih ramai daripada lelaki. Tapi, jumlah lelaki gatal yg hanya segelintir telah menenggelamkan jumlah perempuan yg berlambak2 d luar sana. Adakah lelaki sememang nya gatal? atau mereka d paksa untuk menjadi gatal oleh sebab faktor2 sekeliling? Ye aku adalah seorang lelaki, yakni tidak mampu untuk mengandung. Di sini aku tak berpihak kepada mana2 pihak kerana tak mahu d anggap jantan tak guna atau mak nyah part timer. Tapi pada pandangan aku la kan, untung ke kalo kena kacau ngn laki tiap masa xkira d mana jua anda berada? Memang betul ada lelaki yg penggatal tegar, dia xkira bini orang, tunang orang, suma dia sebat. Tetapi untuk kaum lelaki yg d paksa untuk jadi gatal sebab perempuan itu sendiri tergedik terkinja nak sangat d kacau oleh lelaki lepas tu repot kt balak dia ckp dia kena kacau ngn laki. WTW!!! (what the what) hehe.

Perempuan kena tahu, lelaki akan mengalami fasa kegatalan (tak kira kuat atau tak) pada awal usia remaja sehinggalah dia berkahwin. Fasa itu akan berhenti sekejap, sebelum ia bersambung semula bila lelaki itu memasuki umur awal 40-an sehingga lah tua tak sedor ke diri. Walau apa pon yg terjadi pada kita semasa tua, ingatlah itu adalah refleksi kepada perangai d waktu muda kita. Ingin jadi baik, bermulalah baik dari sekarang. Semua dengan izin Nya :)

7 comments:

| CIKZEK | said...

lelaki mmg gatal. hakhak pntang nmpak pmpuan. lebih pada nakal pn ye jgk :D

Ajelip™ said...

hahaha. fitrah lelaki :P

ekabukanmakcikkau. said...

laki pon satu, dah nampak pompuan tu gedik memandai ah sound ke hempuk kepala otak dia ke atau makan nasik je ke. hah kan banyak jugak mende nak buat lagi tu. asal menggatal jugak kau pilih? hahahaa sentap lah tu

gadis oren said...

lelaki gatai , perempuan gedik . sepadan sgt la tuhh ! huhuhu

ratu zuleyqha said...

HAHA ! cter tergantung neyh.. rse cm nk mntk sambungan jek, boley x ?? :P

Ajelip™ said...

mna ada sambungan! haha

manis said...

aduii..penat tahan gelak..=P