Nov 10, 2010

HILANG.

Aku tidak terasa kewujudan aku di celah keramaian.
Mungkin tiada yang ingin peduli.
Atau mungkin langsung tidak disedari selama ini.

Pernah rasa hilang dompet yang penuh dengan kertas dipanggil duit dan kad kredit?
Ya, begitulah aku rasa bila tiada yang mahu dekati.
Benarkah aku ini wujud. Atau aku cuma bayangan sesuatu yang mereka pernah lihat.
Aku bingung. Benarkah aku berada di alam realiti.
Atau bermain dengan fantasi buatan sendiri.

Aku juga ingin disedari. Atau sekurangnya ada yang menegur sapa.
Supaya aku tidak terus hanyut. Dan hilang dalam dunia kamu semua.
Mereka melihat, bukan mengamati. Mereka mendengar, bukan memahami.
Mereka hanya tahu, bukan ingin mengambil tahu.

Kenapa aku yang perlu lalui semua ini.
Kenapa tidak kau. Dia. Mereka.
Apa kerana aku suka menanggung derita.
Dan suka terus sengsara.

Ya, aku tahu.




Kerana aku hanya seekor kucing.

(ini adalah luahan hati seekor kucing ketika aku terserempak dengan beliau d hadapan tandas).

Nov 9, 2010

HAMPARAN.

Terkadang ku lihat corak dan warna.
Tertarik diri ingin memuja.
Namun tiada apa ku rasa.
Hanya secebis dusta semata.

Aku ingin menjadi seperti hamparan kain yang putih.
Tiada yang boleh dibangga. Tiada apa boleh dipuja.
Tiada yang hargai, hingga tiba saatnya. Tampak tidak berharga.
Namun menyimpan sejuta makna.
Saat dibalut tanpa nyawa.

Tika itu ramai menangis. Mungkin terpaksa.
Air mata tiada harga. Boleh didapati di mana-mana.
Keikhlasan dan kejujuran. Bukanlah barang mainan.
Jangan persenda dengan menyalahguna sentimen keinsanan.

Bilakah saatnya kita pula.
Melangkaui batas pemikiran jiwa.
Satu alam yang tidak terbayang.
Mungkin sengsara menanti akhirnya.

Atau juga bahagia selama-lamanya.

Biar susah sebelum senang. Biar sakit meredah derita.
Biar panas mentari membara. Biar gelap malam gelita.
Kerana semua itu hanya dunia.
Kerana semua itu hanya sementara.

Mampukah kita bersabar sehingga tiba saat perjanjian.
Tiada yang tahu selain tuhan.
Aku harap kekuatan iman.
Temani diri di saat aku perlukan.

PENUKARAN.

Setiap orang mahukan perubahan. Setiap manusia perlukan perubahan. Act memang malas aku nk ubah. Tapi terpaksa walau hati pedih terasa. Bayang. Bagi aku sangat bermakna walau hanya boleh dilihat tanpa dirasa. Aku cuma perlukan sedikit masa. Aku juga ingin berjaya. Tapi aku tahu, usaha aku tidak sama dengan usaha mereka. Aku hanya mampu lakukan apa yang termampu.

Oh sebenarnya aku nk bagitahu yang aku dah tukar link. Perasan x link aku dulu tu. Sepatutnya yang tu link asal ketika nama blog ni " Andai ink mampu bicara " dulu. Ingat x?? tau dh korg x ingat. Tape2. Asal aku ubah, kenapa letak nama tu, asal x letak nama laen, kenapa masih xbyk ubah, haa. Sebab aku xreti nk ubah byk2. Yang aku tau, aku ubah nama. Oh dan sebenarnya jugak aku agak dlm tekanan sbb minggu exam kan. So memang agak busy lah walaupon aku ni bkn yg jenis rajin study mcm korang. Busy membuat benda selain study. Aku juga tekanan melihat sahabat yang celik mata buku, lunch buku, high tea buku, maghrib buku, tengah mlm bangun plak, masih buku. Apa masalah diorang ni? Mungkin aku yang bodoh xikut cara mereka. Tapi yang pasti aku tidak bodoh dlm menjaga makan tidur aku. Walaupon sekarang jam 3.00 pagi. Aku akan cukupkan tidur selama 8 jam. huahua

Setakat tu dulu. Sapa ada masalah, xpuas hati bagitau. Aku akan puaskan hati korang. Dan lagi satu, aku nak berterima kasih dan meminta maaf kepada seluruh umat blogger selama aku berBW kt blog kamu. Andai ada silap dan salah, maafkan la dulu. Nanti kita cari pasal len. Kita sudah berada di fasa yg ke-4. Memang dunia sangat2 d akhir zaman. Halalkan mana terlebih kurang. Dengan aku xpe. Xde hal punya. Korang jgn riso. Aku cuma inginkan kehidupan tanpa berhutang budi mahupon harta. Hati manusia boleh berubah jika perasaannya terancam. Ok selamat menjalani final exam yaaa!

Nov 8, 2010

ADUUH..

Musim exam..
Musim accident..
Musim bencana..
Musim merana..
Musim kelaparan..
Musim kebuncitan..
Musim sedih..
Musim merajok..
Musim bawa diri..
Musim malas mandi..
Musim ini d kenali musim GILA..
Ye aku tau korang busy, aku pon busy jugak..


Tapi aku dah bosan ngn template nih. Aku nk ubah..
Tapi tersangat la MALAAASS!
Serius memang aku nk ubah..
Tapi serius jugak memang aku malas..


Korang free x?
Nak tolong aku x??
HAHAHA!


Sape leh tolong aku edit, jadi seperti apa yg aku inginkan..
Dah sebulan xupdate, suma orang tuka template. Ciss..
Sape nk tolong leh tolong..
Sape tanak tolong, tolong blah..


Memang aku paksa korang tolong aku. Nak benci aku pon benci lah..
Aku dh xlarat nk edit2, lagipon memang aku xreti hape pon..
Jadi meh tolong aku edit, xpon bagitau ape yg patot aku edit.. 
Aku serius ni. Xpenah aku seserius ni..
Dengan penoh serius, aku nk berkias.


Mengapa d cari puteri d gunung, andai d hati tersemat bidadari..
Mengapa bermimpi menjadi raja, andai realiti ilusi semata..
Mengapa menangis bazirkan air mata, andai senyum itu penawar duka..


Ternyata sukar ku sentuh jiwanya, kerana tiada lintasan bayangnya..
Ku cuba berdiri gagahkan hati, hanya ku mampu merangkak pergi..
Sakitnya jasad tidak ku peduli, apa ku mahu damai d hati..


Tolong aku.. Ok.. Nanti aku bagi no. tepon umah atok aku.. Leh calling2. kan..

Nov 6, 2010

KEMBALI!

Fuhh.. Puuuhhh! Shhuuhh! Huuuhh! Cuuuhh! Duuuhh! juuhhh! aeiouuuhhh! pehal tuan meow nih..

Lama.. Serius lamaaa! Dekat sebulan x hapdet! Wadefak wadefak..

Jangan tanya aku pehal. G tanya lecturer2 aku yg bg esemen sampai x ingat dunia ni hanya sementara T.T

RINDU GILA KAT KUCING AKU ATAS 2!

Meh papa kiss2 hug2 meh. muacks2! mucha cha! ahah. GILA!!

Serius lagi. Memang aku dh gila buat esemen ala2 10 proposal PTA. Apedehal. Baru dunia. PTA akhirat lom siap! wuwuwu. wuwuwu. wuwu lagi. wuwuwuwu lagi lagi. 

Banyak la benda aku nk story. Tapi xde masa sbb masa dh xde.  t(-.-!)t

Aku rasa rindu nk melampias dan menghamburkan kata2 sepatah dua kata =.='' buat kwn2 belog aku.

Cukup la mlm ni. Esok kalo d beri waktu utk bersama, aku akn hapdet lg. Jom bejalan! lama x jalan weh! Moh ramey2 kita g daki puncak cinta teragung.. =.=''

Izinkan aku akhiri dengan 15 rangkap pantun :

Ungkaplah cinta sambut tanganku,
Ku hadir kini meneman mimpi mu,
Maaf ku pinta pada perindu,
Kini ku kembali ingin bertemu..

Sekian~ 

Para penonton : Mana lagi 14??

Pemantun : Satu je aku ingat.. T____T