Nov 10, 2010

HILANG.

Aku tidak terasa kewujudan aku di celah keramaian.
Mungkin tiada yang ingin peduli.
Atau mungkin langsung tidak disedari selama ini.

Pernah rasa hilang dompet yang penuh dengan kertas dipanggil duit dan kad kredit?
Ya, begitulah aku rasa bila tiada yang mahu dekati.
Benarkah aku ini wujud. Atau aku cuma bayangan sesuatu yang mereka pernah lihat.
Aku bingung. Benarkah aku berada di alam realiti.
Atau bermain dengan fantasi buatan sendiri.

Aku juga ingin disedari. Atau sekurangnya ada yang menegur sapa.
Supaya aku tidak terus hanyut. Dan hilang dalam dunia kamu semua.
Mereka melihat, bukan mengamati. Mereka mendengar, bukan memahami.
Mereka hanya tahu, bukan ingin mengambil tahu.

Kenapa aku yang perlu lalui semua ini.
Kenapa tidak kau. Dia. Mereka.
Apa kerana aku suka menanggung derita.
Dan suka terus sengsara.

Ya, aku tahu.




Kerana aku hanya seekor kucing.

(ini adalah luahan hati seekor kucing ketika aku terserempak dengan beliau d hadapan tandas).

4 comments:

alin said...

kucing tu luahkan kat awk ea??kikiki...comel kucing.. :)

Ajelip™ said...

ye. maceh :)

Syifa Alshah (wutwut) said...

eh layout dah tukar kaler putih ke atau ~.~ mata dah blur ?? -.-

Ajelip™ said...

suci. seperti tuan yg masih suci :)