Nov 11, 2010

ALALA COMEY2.

15 tahun yang lepas. Ketika aku masih berjiwa kecil.

aku : mama, mama, paseipa kta xleh minum beer?


mamaku : sebab minuman tu minuman syaitan nak..


aku : oh. syaitan reti minum jugak?


mamaku : itu adalah kerana ia boleh memabukkan nak..


aku : oh. tapi awat depa leh minum?


mamaku : agama kita melarang kita minum kerana banyak unsur2 negatif yang boleh menjurus kepada rosaknya akidah kita sebagai umat islam..


aku : blurr...


sesungguhnya, ayat mamaku telah d skemakan demi pembaca mengambil mood antagonis dan mendapat mesej yg cuba d sampaikan.

Kebanyakannya, anak2 kecil akan bertanya sesuatu yang mereka ingin tahu dan nampak menarik d mata mereka. Jika kita lihat seorang anak kecil yang kool dan pendiam, terlintas d hati kita. Budak ini tampak genius. Sebaliknya, jika kita lihat anak kecil yg super aktif atau terlampau aktif sehingga merosakkan harta benda. Terlintas d pikiran kita, sungguh nakal tidak terhingga. Dan jika seorang anak kecil yang kelihatan blurr dan rasa nak tampar tiap kali memandang, itulah aku tika dulu. Kita lihat contoh seterusnya.

aku : bah, bah, awat kita xleh nak bunuh orang?


bapaku : hemm. kita pun nak hidup. mcm 2 jugak org lain. buat apa nk bunuh membunuh..


aku : tapi awat depa masih dok bunuh2 dlm berita tu?


bapaku : terdapat segelintir manusia yg hilang unsur kemanusiaan dlm dirinya mungkin kerana tekanan dan masalah jiwa. org yg normal akan berfikir sebelum bertindak..


aku : jadi, kalau org bunuh along (aku la tu), babah bunuh org tu balek dak?


bapaku : awat ckp lagu tu, xbek. hidup mati bukan manusia yg tentukan. kalau kena tembak 100 das pn, kalau belum ajal, xkan mati jugak. kita cuma perlu bersedia sebab mati itu pasti bagi setiap benda hidup..


aku : x menjawab soalan la bah ni.


bapaku : biah, ooo biah. (mama aku la tu). amek budak ni p tempat len. 


aku : frust...

Ya, aku perlukan semua jawapan bagi setiap soalan x bermoral yg aku ajukan dulu. Tapi, aku lebih sukakan hidup seorang anak kecil. Yang tidak tahu apa2. Yang naif. Yang nakal. Yang bersih. Yang suci. Yang bermutu. Yang boleh guna jari aje. Aku rindukan saat aku masih menyusu dahulu. Sedap ke tak. Aku dah lupa..


motif : bosan mengadap buku (-.-)

2 comments:

Syifa Alshah (wutwut) said...

aku: abah, nape burung boleh terbang?

abah: sebab burung ada sayap.

aku: abah kenapa superman boleh terbang tapi takde sayap pun?

abah: aku taknak ngaku kau anak aku kalau kau pakai spendar kat luar seluar, tau?!


:D

Ajelip™ said...

haha. msti ko salu pkai dlu kan.