Nov 9, 2010

HAMPARAN.

Terkadang ku lihat corak dan warna.
Tertarik diri ingin memuja.
Namun tiada apa ku rasa.
Hanya secebis dusta semata.

Aku ingin menjadi seperti hamparan kain yang putih.
Tiada yang boleh dibangga. Tiada apa boleh dipuja.
Tiada yang hargai, hingga tiba saatnya. Tampak tidak berharga.
Namun menyimpan sejuta makna.
Saat dibalut tanpa nyawa.

Tika itu ramai menangis. Mungkin terpaksa.
Air mata tiada harga. Boleh didapati di mana-mana.
Keikhlasan dan kejujuran. Bukanlah barang mainan.
Jangan persenda dengan menyalahguna sentimen keinsanan.

Bilakah saatnya kita pula.
Melangkaui batas pemikiran jiwa.
Satu alam yang tidak terbayang.
Mungkin sengsara menanti akhirnya.

Atau juga bahagia selama-lamanya.

Biar susah sebelum senang. Biar sakit meredah derita.
Biar panas mentari membara. Biar gelap malam gelita.
Kerana semua itu hanya dunia.
Kerana semua itu hanya sementara.

Mampukah kita bersabar sehingga tiba saat perjanjian.
Tiada yang tahu selain tuhan.
Aku harap kekuatan iman.
Temani diri di saat aku perlukan.

No comments: