Feb 1, 2012

MALAM TERUS KELABU.

Mencari cahaya d malam hari,
supaya menjadi petunjuk jalan,
engkau berjanji tidak kan pergi,
tapi kenapa aku kau tinggalkan?

Walau d hambur seribu cacian,
sepenuh hati aku bertahan,
hanya kerana seorang insan,
yang dulunya bersama sebagai teman.

Pemilik sebuah nama yang indah,
wajahnya tenang tiada gundah,
tidak terkata untuk d madah,
tetap senyum walaupun parah.

Tidak ku duga berapa lama,
dia setia bila bersama,
tidak pernah berburuk sangka,
apalagi bermasam muka.

Setiap kali mata terbuka,
aku mencari d mana dia,
walau ku tahu dia tiada,
aku kan tunggu setiap masa.

Jika engkau sedang membaca,
ingatlah apa yg aku kata,
jangan pernah sesekali kau lupa,
segala memori yg engkau cipta.

2 comments:

laskar pelangi said...

fuh! bait bait yg terasa di awang awangan =D

Ajelip™ said...

xleh amek kuceng! haha