Aug 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY BIG BOSS!


Korang nk tahu x? 3 Ogos hari ni adalah besday Boss aku. hoho..

Boss dalam hidop aku.. Dia jaga aku sejak aku lahir smpai la besau skang ni..

Baek x Boss aku tu? hoho. Dia d lahirkan pada 3 Ogos 1964..

Anak ke- 4 daripada 7 adik beradik.. Ada sorang abang, 2 kakak, sorang adik pompuan, 2 adik laki..

Hidop dia sentiasa penoh dgn dugaan, xkesah la daripada masyarakat mahupon keluarga sendiri..

Namun dia tabah, membesarkan kami dengan berusaha bersungguh2..

Dia xpunya pelajaran yg tinggi mcm org lain.. SPM pon dia xamek, bukan sebab dia xpandai..

Dia xboleh bayar yuran ketika itu, d mana, keluarga nya sedang mengalami krisis dalaman..

Cikgu telah menghalaunya ketika hari last study week sebelum menduduki SPM..

Dia xpernah malu untuk mengaku dia xmampu membayar yuran, dia melangkah keluar sekolah pada hari itu jugak.. Dia tahu, walaupon dia teruskan pembelajaran dgn mengharap ehsan orang lain, dia akan terus d belenggu dgn hutang, hutang budi yg d tabur oleh manusia yg tidak ikhlas membantu..

Tetapi mengapa saudara yg lain punya peluang utk melanjutkan pelajaran, tapi bukan dia?

Mengapa ketika dia inginkan sesuatu utk dirinya, dia xpernah dpt?

Ibunya mengutamakan adik beradik yg lain.. Cuma ayah nya sahaja yg tahu sikap sebenar dirinya..

Tetapi ayahnya tidak dpt berbuat apa2 ketika itu..

Dia tidak pernah menyesal akan apa yg terjadi, dia terus berusaha menyara keluarga dan adik2 ketika itu..

Abang dan kakaknya tidak lagi berada d rumah.. Dia lah yg jadi ketua keluarga bila ayahnya tidak pulang ke rumah.. Tetapi mengapa ibunya masih tidak mahu menghargai pengorbanannya?

Dia inginkan belaian ibu.. Namun dia tidak pernah d manjakan seperti yg lain.. Mungkin ini yg mengajarnya utk hidup berdikari, tidak mengharapkan bantuan dari pihak lain..

Orang lain sentiasa d sambut bila pulang ke rumah, dirinya umpama x wujud ketika org lain sedang berseronok, bergembira.. Dia hanya akan d cari apabila mereka memerlukan pertolongan..

Namun dia bersyukur kerana adik2 yg berada d bawahnya, semua memahami dirinya..

Sehingga sekarang, lelah hidup, pahit getir, dugaan yg melanda, dia tempuhi dgn penuh sabar..

Alhamdulillah, dia berjaya dgn usahanya sendiri.. Adik2 sentiasa menyokong nya..

Walau cmne pon, dia tetap menghormati abang dan kakak nya.. Mereka tetap darah dagingnya..


Aku SAYANG Big Boss aku. Korang syg x? hoho. Hargai, hormati, ikut lah apa yg dia perintah kan sementara kita masih berpeluang melakukan sedemikian.. Kelebihan seorang ayah ialah dia lebih memahami anak2 nya walaupon dia xpernah bercakap dgn anaknya itu.. Dia sentiasa bangga dgn setiap pencapaian anak2 nya walaupon dia xpernah memandang anak nya itu.. Percaya lah, kasih Ayah tiada penghujung nya.. Mungkin aku xdapat membalas kesemua jasamu wahai Big Boss ku, namun aku akan cuba membahagiakan mu d hari tua mu.. Itu janjiku sebagai seorang anak..

Ya Allah, janganlah kau ambil nyawa kedua orang tua ku sebelum aku sempat memberikan senyuman (kebahagiaan) kepada mereka.. Amin Ya Rabb~

Pes tym menaip sambil menangis. huhu. Pe pon aku respect sama lu Big Boss! Mayb aku xboleh menjadi setabah dirimu, namun aku ingin menjadi se matang dirimu..

Selamat Hari Lahir Abah ku yg ke-46! Moga Allah sentiasa merahmati keluarga kita, dan memberikan kebahagiaan kepada kita dunia akhirat.. Aku ingin sentiasa bersama mu dlm susah senang.. Kitorang 4 beradik amat menyanjungi kamu, Abah! Jangan sakit2, nanti kitorang risau. hoho..

T_________T

5 comments:

IzzIbnIbr said...

selamat ulangtahun kelahiran uncle!

Ajelip™ said...

hoho. sama2 nak.. uhhuhkk! :D

Cikbelog said...

hepi besdayy untuk beliau =)

Ajelip™ said...

tengs cikbelog! :D

I'm Arfaz said...

epi bday abah...=p