Aug 25, 2010

APEDEHAL NGN CEMBURU..


Kesah ni terjadi pada abad ke-20 sebelom masihi, ketika aku masih menimba ilmu di perantauan. Haiseh.. Di sebuah kampung, terdapat 3 ekor kucing. Dua daripadanya adalah jantan.. Jantan yang pertama, yg membawakan watak Protagonis, iaitu watak baik di beri nama TOM. (malu2!) dan watak Antagonis dipegang oleh MOT.. Heroin merangkap awek hot dlm kesah ni d beri nama VAVY. ahah..

Pada mulanya, sebelom TOM berpindah ke kampung itu, MOT dan VAVY dikenali ramai dgn Teman Tapi Mesra.. Sejak mereka dilahirkan, mereka xpernah melihat wajah ibu dan bapa mereka. Mereka berkenalan di sebuah kedai makan ketika mencuri ikan. Mereka hidup di pinggiran, melata d atas jalan, mengiau xtentu hala, berkejaran xkira masa. Namun kerana pengalaman itulah, telah mengajar mereka hidup berdikari. Tanpa VAVY sedari, MOT mempunyai niat tidak elok terhadapnya. Kucing mana yg xnak kalo tgk VAVY kan. Vavy mempunyai paras rupa seekor kucing. (Memang la!) yang sgt2 cute. Bulunya yang gebu, alis matanya yang lentik, senyuman nya yg menggoda, badannya yg hot, lehernya yg jinjang, lidahnya yg panjang. HAHA. Ok2, dh. Memang kompom suma kucing jantan beratur tunggu turn.. Tapi VAVY ni bukan jenis murahan. Dia xnak kalau nanti dia ada anak, anak2 dia dpt naseb yg sama mcm dia. Dia ingin cari yg betol2 bertanggungjawab memikul amanah sebagai bapa kepada anak2 dia nanti. Cellamak. Kau tu kucing je VAVY oi. Pape pon, dia xkan layan la mamat2 selebet yg dok suit2 dia kt tepi jalan tu.. Sebab itulah jugak si MOT masih belum menjankan rancangannya. Dia menunggu saat VAVY terleka..

Sehinggalah suatu hari, TOM berpindah ke kampung itu kerana telah di buang daerah oleh Majistret Kucing di Siam. TOM telah difitnah membunuh seekor ikan dalam akuarium yg terletak di Pejabat Pegawai Majistret tersebut.. TOM redha akan nasibnya. Dia juga sudah tidak tahan bergelumang di dalam kancah politik yg mementingkan duit daripada kebahagiaan bersama.. Setibanya di kampung itu, TOM mencari tempat utk bermalam. Kebetulan ketika itu hujan lebat, TOM terus berlindung d bawah kotak d belakang sebuah bangunan, yg merupakan rumah VAVY. TOM tidak tahu bahawa terdapat penghuni d situ. Dengan rileknye TOM bukak baju, lap2 badan, keringkan bulu2.. VAVY yg sedang nyenyak tidur terkejut dan terkesima. Dia terus amek toslet, (torchlight) suluh ke arah pintu masuk kotak nya. TOM menjerit kemalu an apabila seluruh tubuhnya d suluh. Cepat2 dia pkai balek baju dan boxer. Cehh ada plak boxer. VAVY terus ketawa melihat gelagat TOM yg kelam kalibut menutup bahagian tertentu. Dia terus menghampiri TOM..

VAVY : Ape awk buat dlm rumah sy?

TOM : Err, maaf mengganggu. Sy cuma ingin berteduh kejap sementara hujan masih belum reda..

VAVY : Awak bukan kucing sini kan?

TOM : Yup, actually i came from Thai. Terdapat sket masalah yg menyebabkan sy tidak lg boleh tggl d sana..

VAVY : OIC.. Em, so ape plan awk kalo hujan masih belum benti?

TOM : Xmanis pula kalo kucing laen nmpk kita berdua mlm2 mcm ni.. Xpe la, lepas baju sy kering, sy pegi cari hotel mana yg berdekatan.. Awak tahu hotel apa dekat2 sini?

VAVY : Dekat 2 x la, tapi if u amek jln pintas dekat la jugak.. Tapi, sy xkesah kalo awk nk bermalam pn. Sebab kotak ni luas. Asalkan awk jgn masuk kawasan sy.. Ok?

TOM : Betol xpe ni? Awak jgn riso, sy xkan masuk kawasan awk.. Terima kasih ye. BTW, im TOM. Awak?

VAVY : Ok2, xde hal. Dah kira rezeki awak la sbb jumpa tmpat ni mlm2 cmni. Mayb awk boleh mendatangkan rezeki kt sy bila2 kn. Sy VAVY, TOM ek.. Nice name..

TOM : Hehe, my grandpa give it 2 me.. Sbb dia suka layan TOM N JERRY. Tah dh tua2 pon tgk katun lg..

VAVY : Haha. oo xpe2. Seswai nama tu dgn awak. Ok TOM, if u need anythg, juz let me know k. Sy masok tido dlu ek.. Nite TOM..

TOM : Ok thanx again VAVY.. Im gud, no need anythg. Nite VAVY..

Keesokan harinya, ketika MOT datang ke rumah VAVY, ingin mengajak VAVY mencuri ikan.. Dia terkejut dgn kehadiran seekor kucing jantan yg segak tampan bergaya dan mempunyai raut wajah yg kacak d rumah VAVY. TOM yg ketika itu baru selesai bersenam d hadapan kotak VAVY terus menghampiri MOT..

TOM : Oh hai.. Awak kawan kpd VAVY ke?

MOT : Sape kau ni? Pehal ada dpn kotak VAVY pepagi cmni?

TOM : Emm, saya TOM. Bukan orang sini. Sebenarnya sy baru smpai semalam. Tym hujan lebat. Terserempak dgn kotak VAVY dan dia pn bg sy bermalam kt sini.. 

MOT : O. Baek sgt la kau ni?

TOM : Ape maksud saudara?

MOT : Dah r. Muka seposen mintak penampor. Ke kau saja2 buat2 xde tmpat nk berteduh.

TOM : Oh x.. Memang sy singgah sbb sy sangkakan tiada org.. Maafkan sy kalo mengganggu saudara..

Tanpa mempedulikan TOM, MOT terus masok ke dalam kotak mencari VAVY. VAVY yg baru sahaja selesai berdandan terus keluar. Dia mengajak TOM mengikut dia dan MOT mencari makanan. Tetapi apabila TOM melihat muka bengis mintak penerajang MOT, terus xjadi. Mungkin itu adalah kekasih VAVY, bisik hati kecil TOM.. TOM pon berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada VAVY.. Dia terus berharap akan bertemu lagi dengan VAVY satu hari nanti.. Kenapa dia seperti ada perasaan pelik bila memandang VAVY. Sudah ramai kucing betina yg TOM kenal, tapi kenapa kucing d jalanan yg dia rindu kan.. Tetapi apabila memikirkan yg VAVY sudah ada MOT, dia terus mematikan perasaan itu..

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Siapa sebenarnya yg cemburu? Apa kah mesej yg ingin d sampaikan oleh penulis? Haa. Itu kita x tahu.. HAHA.

er.. xlarat plak nk karang. nanti la ek. pening sgt pale hari ni. baru pas exam.. duh. =.='



5 comments:

Roxy zai said...

hadoi..pening2 pun update blog lgi..hebat2!!

aku gastrik2 pun update blog gak walaupun bongkok2 kalah udang ni..haih~=)

Ajelip™ said...

HAHA. bagus2.. sementara boleh menaip lg, taip la pe yg ptot :)

hamzah ian said...

makan makan..

Ajelip™ said...

jom la! :D

a n a b e l l a said...

haha. comel gile cite neh..
sambung la sambung la..