May 26, 2010

-- ANTARA AKU DAN SI F --

Sudah terlalu lama aku menyimpan perasaan ini. Mungkinkah si dia tahu hasratku ini? Setiap hari aku hanya mampu memandangnya. Tidak mampu menyentuh dan membelainya. Adakah aku terlalu takut untuk berhadapan dengannya? Harga dirinya sendiri terlalu tinggi untuk aku mengenalnya dengan lebih dekat. Apakah insan sepertiku tiada peluang untuk bersama dengannya?

Ya, memang terlalu ramai yang inginkan mereka. Dia dan adik-beradiknya yang lain, semuanya mempunyai pakej yang lengkap untuk memegang status REBUTAN pemuda-pemuda yang menggilai mereka. Pernah satu ketika aku mengambil keputusan untuk mengalah kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk memilikinya. Namun kini aku bersyukur, kerana aku tidak pernah tunduk dan memberi peluang kepada orang lain utnuk merebutnya daripada aku. Tetapi ada satu perkara yang sering bermain di fikiranku. Bilakah gamaknya aku dengan si F ni dapat bersama, menjadi pasangan yang sah?

Jika aku sudah mampu memilikinya sekali pun, aku juga perlu membuat keputusan yang tepat agar aku tidak menyesal di kemudian hari. Antara Fs, Ft, Fjm, Fj, Fm, aku hanya mampu memiliki salah satu daripada mereka berlima. Memang memeningkan kepala jika kita hanya mampu memilih salah satu daripada lima yang kita suka. Tolonglah aku memilih yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemilang ye.. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang menjadi pelepas rinduku pada mereka.

 
Ini yang 1st. Nama dia 
Kenny Wayne Shepherd Stratocaster®.
Ini yang 2nd. Nama beliau
Jim Adkins JA-90 Telecaster® Thinline.
Yang cute ni ke-3. Namanya
Thurston Moore Jazzmaster®.
Yang ni plak madu yang ke-4. Nama diberi
Special Edition Jaguar® HH.
 Yang last ni namanya
Classic Series '65 Mustang®.
Itulah antara aku punya partner-to-be. F itu adalah FENDER. Sejenis branded name la dalam arena per muzikan ni. Pening sangat pale aku memikirkan nya. Semuanya $ 1,000 ++ sehingga $ 2,000 ++. Mana la aku nak cekau duit nak beli kan. tapi xpe, satu hari nanti, aku akan dapatkan jugak antara mereka ber 5 ni.. emm...

No comments: