May 26, 2010

(^.^) SENYUMLAH KEMBALI (^.^)

Sudah masuk hari ke-2 usia Blog ini dan sudah 2 hari lah aku mencari. Namun tiada khabar gembira yg dapat aku kongsi, hanya duka yang sering menapak dalam hati. Mungkinkah Dia tiada di sisi? Tidak. Perasaan ini sama sekali berlainan daripada perasaan yang pernah aku alami. Tidak sedap hati.

Ke mana hilangnya senyuman ini. Puas aku mencari, tidak jua aku temui. Wahai duka, cepatlah kau pergi. Aku ingin ceria kembali. Aku malu menghadap si Dia dalam keadaan begini. Sedangkan Dia pernah berpesan, jangan terlalu bersuka, kelak kamu akan berduka. Hati, tenanglah. Tenanglah seperti air yang mengalir tanpa henti. Jangan kau berduka lagi. Diri, bacalah kalimatNya. Sembah lah Dia. Adu lah padaNya kerana Dia maha segalanya. Jangan merasa keseorangan kerana Dia sering menemani. Jangan merasa takut dengan dunia kerana dunia hanyalah sementara. Janganlah berpaling dariNya kerana Dia tidak pernah mengabaikan kita. Ucaplah syukur padaNya kerana memberi kita kehidupan. Cantiknya kita, baiknya kita, sihatnya kita, semua adalah anugerah dan rezeki dariNya.

Hati ini milikMu, Jiwa ini mulikMu, Jasad ini milikMu, Nyawa ini juga adalah milikMu. Terima Kasih kerana memberi insan sepertiku meminjam harta-harta dariMu. Sesungguhnya, aku sangat lemah kerana terlalu mudah melupakanMu. Kuatkanlah ingatanku, Teguhkanlah imanku, Terangilah hatiku agar aku dapat melihat jalan menuju redhaMu.

Maaf kawan2, agak beremosi pada hari ini. Luahan ini adalah pesanan buat diri aku sendiri n kawan2 ku yg berada di luar sana.. SENYUMLAH kerana Dia sentiasa mengambil berat tentang kita.



No comments: