May 28, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 3

" Jgn kau pandang, bibir yg manis. Kerna dia bisa menghancurkan. Jgn kau pandang wajah yg indah, kerna dia bisa meracun mu.. " Pesanan melalui lagu oleh abang RAMLI SARIP kita. Kebanyakan pemuda pemudi zaman teknologi berirama sensasi skang ni, hnya nampak satu benda, yakni HARTA DUNIA. (termasuk la juga yg sedang menaip ni). Sebenarnya, apa yg aku ingin kait kan ialah bgaimana Zana berhasil memperdaya Zali dan mengaburi mata Zali dgn kecantikan luaran yg dia ada. Sesungguhnya kecantikan luaran akan lenyap dalam sekelip mata saja tuan2.. Mcm penceramah bertauliah plak rasenye. Emm, sebagai cntoh. Jika muka si cantik tertomoih tersembam dkt lantai simen lepas tersadung bendul pintu, anda rasa bgaimna dgn hidungnya? Bgaimna dgn giginya? Bagaimna dgn kucingnya yg tgh lapar? (xde kaitan) Ya, sbb itulah jgn terlalu mudah hanyut bila memandang wajah yg indah seblom mengenal peribadi seseorang itu..

Jadi, marilah kita sama2 melihat, mengikuti perkembangan abg Zali malang kita ni. Seblom itu, ingin aku ingatkan kpd pembaca sekalian, andai nama2 watak dan jalan cerita ini bersangkut paut dgn anda ataupun sahabat anda, jgn lah d amek port sgt. hehe. Sbb cerita ini hnyalah imaginasi seorang hamba Allah dlm usahanya untuk meningkatkan ketakwaan kpd Allah.. Berbalik kpd Zali. Setelah menyedari akan kekurangan dlm perhubungan mereka itu, Zali mengambil tindakan yg drumstick drastik utk bersuara menuntut keadilan yg saksama bg dirinya.. Zasss~


********************************************


Suatu petang yg damai, Zali d lihat menanti seorg teman, sape lg kalo bkn cik Zana.. Punya la baiknya si Zali ni, tggu smpai berpeluh-peluh ketiak rilek je. Mmg penyabar orgnye. Setelah hmpir dua jam, Zana pon tiba dgn melenggang kangkung, kangkung tepi telaga. Diorang pon pegi la mkn kt hotel. Mana mau tempat cikai2 ni. Xstandard la kan.. Sewaktu mkn 2 la, Zali jadi serba serbi. Nak d luahkan, takot Zana pikir yg bukan2. Kalo x diluahkan, ke mna nk dikongsi perasaan nya itu.. Akhirnya, Zali luahkan juga apa yg terkitab terbuku dlm hati. Habis semua peristiwa, semenjak awal pekenalan mereka, Zali ungkit kembali. Apa yg dia rasa, brape kali dia terasa, bagaimna dia x terasa, bila yg dia boleh merasa. ehemm.. So, last skali, Zana hnya membalas dgn satu ayat sahaja.. " Awak nk tinggalkan saya ke? " sambil mula mengeluarkan air mata palsu berguguran jatuh ke pipi mulus nya. Zali memaling muka, memandang ke arah yg lain. Baru sebentar tadi dia nekad untuk meninggalkan Zana tetapi setelah melihat air mata itu, seluruh tubuhnya mnjadi lemah. Hatinya menjadi sayu, jiwanya merintih hiba, perasaan nya meronta-ronta. Jauh d susut hatinya, ingin sahaja dia memeluk tubuh yg bergetar, teresak-esak menahan tangisan itu. Tapi dia masih ingat, belom muhrim.. Selepas mereka pulang pd mlm itu, Zali xboleh tidur. Jadi dia pon menari, (xde sebab) "Ku ke kiri, kau ke kanan, kita maju ke hadapan" lagu Adam dan Stacy menjadi pilihannya utk menari bersungguh2 pd ketika itu. Masih juga, resah d hati belom dpt d kurangkan. Apa lagi setelah membaca mesej Zana yg bertaip " Terima kasih ats sumanya. Selepas saya dh mula sygkan awak, awak pegi tgglkn saya. Saya xkn lupa. " Namun itu semua adalah ideology Zana semata-mata dlm mmbuat Zali mnjadi serba salah dan terus brsama dgn nya kerana masih byk lg benda yg dia inginkan melalui harta Zali ni. Tetapi lain pula bg Zali, mungkin kerana hati yg telah d asuh agar tidak berprasangka buruk terhadap org, dia akhirnya mengalah dgn perasaan nya itu. Itulah dia bgaimana murninya hati Zali sehingga x bertempat. Kita tggalkn dlu Zali dan Zana. Kita lihat pula bgaimna kisahnya si Zack.. Zasss lagi~ 


********************************************


Zack ni terkenal dlm kuliahnya. Bese la, punyai rupa paras yg segak, tampan, macho dan smart. Ramai la peminat rahsia dia ni. Tapi sbb dia ni seorang player, xramai pula yg berani rapat dgn dia. Ada la sorang minah ni, muka leh tahan comey, cucu bekas menteri perdagangan dan mendagangkan, juga merupakan antara yg ter loaded la dlm U 2.. Setelah menyiasat latar belakang yg diberi nama Zee Eve ni, Zack pon melancarkan plan A. Perhatian, Zee ni bukanlah ZEE AVI, (semalam i call u, u x answer) 2 ye. Ha, Zee ni bukan juga yg jenis menggedik xtahwan hala. Walaupon dia kurang ilmu agama, kerana kedua ibu bapanya xpernah nk mngajar dia utk melakukan apa2 ibadah, namun dia berminat dan sentiasa bertanya kpd kwn2 yg lebih tahu. Ramai lelaki yg takot nak rapat ngn Zee sbb dia ni pendiam dan digelar makhluk misteri oleh budak2 yg lain. Tapi dia buat derk je pe org nk ckp. Dia cuma ingin belajar dan terus menimba ilmu demi masa depan nya sehinggalah.. Zack hadir dlm hidupnya..

Zack juga merupakan pelakon pakar yg berjaya menipu semua mata kasar yg melihat. Zack tahu Zee berminat dgn ilmu agama cuma xberkesempatan utk mempelajarinya dgn lebih mndalam. Jadi Zack pon berpura-pura menjadi seorang lelaki yg pemurah dan baik hati serta kuat ilmu agamanya. Ketika satu ceramah d adakan d dewan U tersebut, Zack telah mngikut gerak geri Zee lalu muncul d hadapan Zee yg sedang dlm perjalanan ke dewan tersebut. Zee tergamam kerana belum pernah ada lelaki yg dekat dgn nya seperti itu. Zack mula menyapa dan mengajak Zee ke dewan bersamanya. Pada mulanya memang Zee mempunyai rasa curiga terhadap Zack yg tetiba sahaja menegurnya. Tetapi, lama kelamaan, Zee merasa selesa bersama dgn Zack sbb Zack ni ckup pndai amek hati org, lucu bebenor, dan dlm stiap percakapannya dia akan selitkan elemen2 agama yg berkaitan dgn topik yg diorg sembangkan. Huh, sape yg xnk laki cmni. Aku pon nk. Muahahaha. Kawan2 Zee sudah puas menasihati Zee agar jgn terlalu rpt ngn Zack 2, tp Zee ni degil. Selagi dia xrasa bersalah membuat sesuatu perkara, dia xkn dgr ape yg org lain ckp. Ketegaq ngat aih. Hem, jadi hubungan mereka pon semakin akrab dari hari ke hari. Hoho. Kita fast forwardkan sket ye. Banyak2 bkn nye korg bace pon. (malas nk menaip). Semakin hari, Zack mula menunjukkan belang nya. Pada awalnya, Zack yg belanja mkn, minum, tgk wayang, tp cuma utk satu minggu sahaja. Selepas itu, setiap hari Zack akn meminta wang daripada Zee. Zee ni pon ala-ala bengap la jugak, bila dh sayang 2, kena la jaga katanya, jadi, dia pon bg je bila Zack mintak..

Zack dan Zana selalu berjumpa ketika mereka xbersama pasangan masing2. Tym 2 la diorg joli sakan hasil drpd cinta tipu mereka. Senang kan hidup kat dunia ni? Asalkan mempunyai pakej yg lengkap utk membuat org jatuh hati.. Sehingga satu hari ni, mereka telah sepakat untuk mengerjakan harta dua hamba Allah yg xbersalah 2 secukup-cukupnya. Apakah rancangan mereka? Saksikan episod akhir cerita ini pada entry yg akan dtg.. Penaip sudah penat nk berfikir. Berikan dia masa ya. muahahaha. Maaf la kalo cerita ni membosankan. Spe soh korg bace. hehe. Ape pon, kita tggu post finale yg akn d tayangkan pd bila2 masa. Hanya d CERITERA-SEHELAI-KERTASSelamat Hari Gawai  

MyEm0.Com

3 comments:

hanie@nisya said...

haha sesuai sgt la zana ngan zack tuh :)

Bukan Kerna Nama said...

seswai ek? hoho

chaddo1990 said...

ishx cita betoi ka nieh weyh?